
Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim percaya, kesungguhan UMNO sebagai tulang belakang Barisan Nasional (BN) memperjuangkan nasib Melayu akan menjadikan parti itu kuat dan diterima oleh rakyat.
Persoalan berkenaan dirumuskan oleh Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara sepertimana diminta Hakim Jumaat lalu, lapor Bernama.
Selepas persoalan berkenaan diumumkan, peguam kanan Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar mengemukakan bantahan atas alasan persoalan itu tidak relevan dengan permohonan mereka bagi semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.
"Persoalan itu tidak timbul daripada permohonan bagi pengisytiharan dalam semakan kehakiman, dan sehubungan itu, apa juga jawapan yang mungkin diberikan Mahkamah Persekutuan, ia bukan penentu muktamad terhadap isu yang telah dibangkitkan," katanya.
Permohonannya bagi penangguhan perintah rujukan kepada Mahkamah Persekutuan, sementara menunggu rayuannya kepada Mahkamah Rayuan yang telah ditolak atas alasan bahawa permohonan sama (bagi penangguhan) telah dibangkitkan dan ditolak oleh Lau pada 6 Mac.
Pada 13 Feb, Mohammad Nizar, 52, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi diisytiharkan beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah dan injunksi untuk menghalang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.
.
Mungkin tidak menyangka saiz ‘Bajet Mini’ yang cukup besar akan diumumkan, Najib yang juga Menteri Kewangan langsung tidak diganggu oleh Ahli Parlimen termasuk pembangkang sepanjang pembentangan sejam 17 minit – berbeza ketika beliau membentangkan pakej rangsangan pertama RM7 bilion November tahun lalu.
“Jumlah RM60 bilion ini merupakan hampir sembilan peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Pelaksanaan Pakej Rangsangan yang bersaiz besar seperti ini adalah kali pertama dilakukan dalam sejarah ekonomi negara,” katanya ketika membentangkan Rang Undang- undang Perbekalan Tambahan 2009 atau Bajet Mini itu bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Najib, daripada jumlah pakej rangsangan kedua itu, sebanyak RM15 bilion merupakan suntikan fiskal, RM25 bilion Dana Jaminan, RM10 bilion pelaburan ekuiti, RM7 bilion daripada inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan off-budget serta RM3 bilion insentif cukai.
Beliau yakin peruntukan RM206 bilion dalam Bajet 2009, ditambah RM7 bilion Pakej Rangsangan Pertama dan kini RM60 bilion dalam Bajet Mini mampu mengurangkan kesan penguncupan ekonomi global ke atas ekonomi negara.
Memandangkan senario ekonomi global yang meruncing, Najib berkata, Pakej Rangsangan Kedua ini perlu bersifat lebih komprehensif dan bersaiz besar yang menjangkau lebih banyak sektor ekonomi dan kumpulan sasaran.
Ini termasuk pekerja, pengguna, pelabur, peniaga kecil dan sederhana, pengeksport dan graduan menganggur.
Di samping itu, langkah-langkah yang dirangka bukan sahaja memberi tumpuan kepada usaha merangsang ekonomi dalam tempoh terdekat tetapi merangkumi inisiatif membina kapasiti ekonomi jangka panjang.
Ini menurutnya, akan menjamin Malaysia lebih bersiap sedia untuk meraih segera peluang tatkala ekonomi global kembali pulih kelak.
“Kerajaan beriltizam untuk terus melakukan segala yang termampu untuk mengukuhkan keyakinan rakyat dan meringankan keperitan yang dirasai terutamanya kepada mereka yang mudah terjejas.
“Kerajaan akan memastikan kesejahteraan semua rakyat akan terus dibela dan tiada yang terpinggir daripada mendapat manfaat langkah- langkah yang dilaksanakan,” katanya.
Sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap kerumitan rakyat, teras pertama dan kedua dalam Bajet Mini memberi tumpuan menyeluruh daripada soal memberi latihan, menjaga kebajikan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada pekerja yang diberhentikan serta siswazah menganggur sehingga kepada subsidi tol, gula, roti dan tepung gandum.
Menurutnya, sebanyak RM674 juta diperuntukkan sebagai subsidi tambahan untuk mengelakkan kenaikan harga bahan makanan harian.
“Tanpa subsidi ini, harga gula akan meningkat 47 sen sekilo, tepung gandum naik 60 sen sekilo dan roti 400 gram meningkat 26 sen,” katanya sambil menambah sebanyak RM480 juta lagi disediakan supaya kadar tol tidak dinaikkan.
Untuk mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan, Najib berkata, kerajaan akan mewujudkan 163,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di sektor awam dan swasta. Ini meliputi 63,000 kakitangan untuk mengisi kekosongan jawatan di pelbagai agensi kerajaan termasuk 13,000 jawatan pegawai kontrak.