SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

16 February 2009

Aduan polis foto bogel Exco Selangor

Seorang exco kerajaan Selangor telah membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum. Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam.

Difahamkan foto-foto yang dirakam tanpa kebenarannya itu - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) wanita itu, dalam usia lewat 30-an dan masih bujang, dijangka mengeluarkan kenyataannya hari ini.

Beliau menjadi sasaran kedua berkaitan dakwaan seks selepas serangan terhadap seorang wakil rakyat PAS, yang juga exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali yang didakwa ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang.
.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong mengaku gambar bogel yang tersebar kini adalah gambarnya. Beliau yang pernah menjadi jadi pembantu khas kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan membuat laporan polis hari Isnin. Kini timbul desakan agar beliau meletak jawatan kerana moralnya dipertikaikan.
.
Sementara itu, Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu gambar bogel Elizabeth Wong. Katanya, PKR akan mendapatkan keterangan Exco itu serta laporan polis sebelum memutuskan tindakan lanjut. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula berkata isu itu akan dibincang dalam mesyuarat Exco Negeri, Rabu ini

Sambil menafikannya, beliau membuat aduan polis hujung bulan lepas terhadap sebuah laman web pro-Umno berhubung penyiaran tuduhan tersebut.
.

Agong rakam penghargaan kepada PM

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan dalam titahnya semasa merasmikan sidang Dewan Rakyat hari Isnin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang akan menyerahkan kepimpinan kepada Timbalan Perdana Menteri bulan hadapan. Baginda berharap, peralihan kepimpinan itu akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan.

"Sehubungan ini, Beta merakamkan penghargaan kepada kepada Memanda Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi di atas kepimpinan dan segala sumbangannya terutama dalam isu-isu integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam Hadhari," titahnya.

Dalam titahnya juga, Seri Paduka melahirkan rasa kecewa kerana isu-su perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu. Sehubungan itu, baginda menegaskan, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang cuba memecah belahkan rakyat. Dengan itu baginda mahu seluruh rakyat meningkatkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara. Baginda turut mengingatkan agar semua pihak menghormati Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh itu, Beta mengingatkan semua piak supaya menghormati kedudukan tersebut dan tidak mempersoalkannya," tegas Seri Paduka.
.

Sidang Parlimen ke-12 dirasmikan pagi ini

Sidang Parlimen selepas pilihan raya umum ke-12 masuk tahun kedua hari ini dengan dijangkakan ia akan "lebih panas" berbanding penggal lalu.

Parlimen bersidang di sebalik perkembangan krisis politik di Perak dan ketika pilihan raya kecil diadakan membabitkan kerusi Bukit Gantang.

Mesyuarat penggal kedua Parlimen ke-12 akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebentar lagi.
Mesyuarat pertama Dewan Rakyat akan berlangsung selama 19 hari bermula hari ini.

Sementara itu, mesyuarat kedua Dewan Rakyat akan bermula selama 10 hari bermula 15 Jun dan Dewan Negara selama enam hari bermula 6 Julai.

Bagi mesyuarat ketiga, Dewan Rakyat akan bersidang selama 35 hari bermula 19 Oktober dan Dewan Negara selama lapan hari bermula 9 Disember.

Bajet 2010 pula dijadualkan dibentang pada 23 Oktober.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan bajet mini pada 10 Mac ini.

Dewan Rakyat akan menerima seorang ahli Parlimen baru bagi kerusi Kuala Terengganu apabila Mohd Abdul Wahid Endut daripada PAS dijadualkan mengangkat sumpah esok.

Beliau memenangi pilihan raya kecil bagi kawasan itu pada 17 Januari lalu, sekali gus merampas kerusi Parlimen tersebut yang sebelum ini diwakili Barisan Nasional (BN).

Pembukaan sesi penggal kedua ini juga bakal mencatatkan sejarah. Ia merupakan yang terakhir bagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang akan melepaskan jawatan Perdana Menteri, dijangka awal April ini.

Beberapa akta baru juga dijadual dibentangkan pada sesi kali ini termasuk yang berkaitan dengan perkhidmatan polis.
.