SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

16 February 2009

Sidang Parlimen ke-12 dirasmikan pagi ini

Sidang Parlimen selepas pilihan raya umum ke-12 masuk tahun kedua hari ini dengan dijangkakan ia akan "lebih panas" berbanding penggal lalu.

Parlimen bersidang di sebalik perkembangan krisis politik di Perak dan ketika pilihan raya kecil diadakan membabitkan kerusi Bukit Gantang.

Mesyuarat penggal kedua Parlimen ke-12 akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebentar lagi.
Mesyuarat pertama Dewan Rakyat akan berlangsung selama 19 hari bermula hari ini.

Sementara itu, mesyuarat kedua Dewan Rakyat akan bermula selama 10 hari bermula 15 Jun dan Dewan Negara selama enam hari bermula 6 Julai.

Bagi mesyuarat ketiga, Dewan Rakyat akan bersidang selama 35 hari bermula 19 Oktober dan Dewan Negara selama lapan hari bermula 9 Disember.

Bajet 2010 pula dijadualkan dibentang pada 23 Oktober.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan bajet mini pada 10 Mac ini.

Dewan Rakyat akan menerima seorang ahli Parlimen baru bagi kerusi Kuala Terengganu apabila Mohd Abdul Wahid Endut daripada PAS dijadualkan mengangkat sumpah esok.

Beliau memenangi pilihan raya kecil bagi kawasan itu pada 17 Januari lalu, sekali gus merampas kerusi Parlimen tersebut yang sebelum ini diwakili Barisan Nasional (BN).

Pembukaan sesi penggal kedua ini juga bakal mencatatkan sejarah. Ia merupakan yang terakhir bagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang akan melepaskan jawatan Perdana Menteri, dijangka awal April ini.

Beberapa akta baru juga dijadual dibentangkan pada sesi kali ini termasuk yang berkaitan dengan perkhidmatan polis.
.