SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

15 February 2009

Kemungkinan Calon Bebas di Bukit Selambau?

Terdapat desas desus akan ada beberapa individu yang 'ada nama' akan menawarkan diri bertanding di DUN Bukit Selambau sebagai calon Bebas. Ini berikutan hampir pasti BN dan PKR yang sudah mengesahkan akan bertanding, akan meletakkan calon India.

Bagi PKR, meletakkan calon India di situ adalah betul kerana wakil rakyat mereka di situ sebelum ini adalah orang India. Tiada persoalan lagi.

Tapi bagi BN, walaupun dalam pilihanraya lepas calon MIC dipertaruhkan atas dasar semangat BN tetapi semua orang tahu, jika mana-mana pun calon MIC bertanding kali ini pasti akan bungkus. Sebab orang India tidak bersama BN sekarang. Apatah lagi orang Melayu Kedah tidak jauh bezanya dengan orang Melayu di Kelantan dan Terengganu. Mereka lebih bersedia mengundi orang Melayu dan beragama Islam berbanding mengundi orang lain.

Ada maklumat menunjukkan seorang tokoh Melayu yang dikenali ramai berumur 40an yang merupakan anak tempatan Bukit Selambau berminat menawarkan diri kepada pengundi. Beliau berkelulusan di peringkat Ijazah dan pernah memegang jawatan tinggi dalam NGO. Beliau sekarang Pengurus Besar sebuah yayasan di Kuala Lumpur.

Beliau cukup dikenali dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan UMNO, PAS dan PKR di peringkat nasional. Namanya.. wajar dirahsiakan buat sementara.

Sebentar tadi saya menghubungi seorang kawan yang bertugas sebagai seorang pegawai kerajaan yang skop kerjanya meneliti dan mengkaji situasi politik di Kedah. Apabila diberi gambaran tentang individu berkenaan, dengan yakin kawan saya itu mengatakan potensi untuk menang adalah besar. Pada saya pandangan beliau memang berasas.

Oleh itu, jika BN Kedah mahu menang di Bukit Selambau tiada pilihan lain selain daripada meletakkan calon UMNO bertanding.
.