SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

15 February 2009

BN Pilih Anak Tempatan Tanding Parlimen Bukit Gantang

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Barisan Nasional (BN) telah memutuskan bahawa anak tempatan daripada Umno akan dipilih sebagai calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Timbalan Perdana Menteri berkata calon yang akan dipilih adalah daripada kalangan yang bergerak aktif di peringkat bahagian dan boleh diterima oleh rakyat.

Katanya dengan keputusan itu, sebarang spekulasi mengenai ada calon luar yang akan dipilih tidak akan berlaku lagi.Najib mengumumkan demikian selepas mempengerusi mesyuarat tertutup BN Perak di ibu pejabat Umno Perak di sini yang membincangkan mengenai pilihan raya kecil berkenaan dan kedudukan kerajaan negeri baru BN di Perak.

Pilihan raya kecil berkenaan diadakan berikutan kematian penyandangnya Roslan Shaharum, 50, daripada PAS pada 9 Feb lepas akibat serangan jantung.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan penamaan calon bagi kerusi kawsan itu akan diadakan pada 29 Mac, dan jika ada pertandingan, pengundian akan berlangsung pada 7 April.Menjawab pertanyaan pemberita, Najib berkata syarat utama yang ditetapkan bagi pemilihan calon adalah anak tempatan yang boleh diterima oleh semua.

"Mesti anak tempatan... kita ada senarai panjang dan pendek. Nama akan ditentukan kemudian, kita punya masa lagi untuk buat tinjauan dan pilihan raya lama lagi. Kita akan buat (persediaan) apa yang patut," katanya.

Pemilihan anak tempatan sebagai calon BN hangat diperkatakan ekoran kekosongan kerusi berkenaan kerana pemilihan calon luar sebelum ini dianggap salah satu sebab kubu kuat BN itu terlepas kepada pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Bekas Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali kelmarin turut meminta BN belajar daripada kesilapan pada pilihan raya umum lepas serta menghormati kehendak penduduk tempatan.

Desakan supaya anak tempatan dipilih turut disuarakan oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang Datuk Rosli Husin.

Pada pilihan raya umum lepas BN meletak Bendahari Umno Datuk Seri Azim Zabidi sebagai calon manakala pada pilihan raya umum 2004, kerusi berkenaan dimenangi oleh Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe.

Selain kalah di parlimen itu pada pilihan raya umum 2008, BN hanya mempertahan satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen itu iaitu DUN Trong manakala DUN Kuala Sepetang dan Changkat Jering dirampas oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sementara itu,mengenai kedudukan kerajaan negeri baru Perak, Najib berkata keutamaan sekarang adalah untuk memberi gambaran bahawa kerajaan yang baru itu adalah kerajaan yang akan memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat yang perlukan pembelaan.

"(Penuhi) keperluan dan kehendak semua kaum... ini kerajaan semua kaum dan ini dasar BN," katanya.

BN menguasai semula kerajaan negeri Perak dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan (ADUN) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dilantik Menteri Besar selepas memperolehi majoriti 31 kerusi (28 Pakatan Rakyat) apabila tiga wakil rakyat, dua daripada PKR dan satu DAP keluar parti dan mengisytihar sokongan kepada BN.

Najib berkata BN juga perlu memberi keutamaan kepada semangat, prinsip dan kepentingan BN sebagai sebuah parti yang mencerminkan perpaduan. Katanya, kepentingan indidividu atau mana-mana komponen mesti diketepikan bagi menghadapi cabaran yang perlu dihadapi oleh kerajaan yang baru ditubuhkan.

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak selepas itu mempengerusi pula mesyuarat tertutup Umno Perak.

- BERNAMA
.