SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

11 November 2008

Jangan cabar kewibawaan Majlis Fatwa: Zahid Hamidi


PUTRAJAYA: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan Islam diminta jangan mencabar kewibawaan Majlis Fatwa Kebangsaan jika tidak mempunyai asas hukum-hakam Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata mempertikaikan fatwa majlis hanya mengikut logik akal saja boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat.

Katanya jika NGO mempunyai sebarang kekeliruan atau inginkan penjelasan mengenai latar belakang sesuatu fatwa itu, beliau sedia menganjurkan majlis perbincangan.

Beliau mengulas mengenai tindakan NGO bukan Islam, Katagender dan Foot-not-Bombs, Jumaat lalu yang mengadakan demonstrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan perlakuan ’pengkid’ atau wanita yang menyamai lelaki.

Ahmad Zahid berkata isu ’pengkid’ misalnya, kini sudah menjadi permasalahan masyarakat apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima aduan dan atas dasar itu Majlis Fatwa merasakan wajar fatwa mengharamkannya dikeluarkan.

“Kalau masalah seorang perempuan lari kepada lelaki lain ada undang-undang yang boleh menyelesaikannya tetapi jika ada perempuan lari kepada perempuan lain mesti ada peranan lelaki di kalangan perempuan itu,” katanya kepada pemberita selepas diwawancara dalam program INFAQ di sini hari ini.

Portal berita kedua-dua NGO itu menyiarkan kenyataan Pengarah Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Ivy Josiah bahawa fatwa yang dikeluarkan itu menyekat kebebasan wanita selain menjadikan negara ini dipandang serong dan ditertawakan negara luar.

Mengenai pembinaan hotel di tanah wakaf di lima negeri, Ahmad Zahid berkata tender akan dikeluarkan dalam waktu terdekat. Beliau berkata lima lokasi tanah wakaf sudah dikenal pasti sesuai untuk pembinaan hotel iaitu di Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan dan Perak.

- Bernama

.

SENARAI PENCALONAN BAGI PEMILIHAN UMNO

BERIKUT pencalonan jawatan utama bagi pemilihan Umno peringkat Majlis Tertinggi (MT). Sehingga semalam 185 bahagian telah mengadakan persidangan masing-masing.

PRESIDEN (Kuota: 58 pencalonan)

1. Datuk Seri Najib Tun Razak (184)
2. Tengku Razaleigh Hamzah (1)

TIMBALAN PRESIDEN (Kuota: 39 pencalonan)

1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (92)
2. Datuk Seri Mohd Ali Rustam (48)
3. Tan Sri Muhammad Muhd Taib (45)
4. Datuk Shahrir Abdul Samad (1)

NAIB PRESIDEN (Kuota: 20 pencalonan)

1. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (148)
2. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (103)
3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (82)
4. Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (70)
5. Datuk Seri Syed Hamid Albar (32)
6. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (26)
7. Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (27)
8. Datuk Seri Dr Rais Yatim (26)
9. Tan Sri Rahim Thamby Chik (16)
10. Datuk Seri Shahidan Kassim (6)
11.Datuk Seri Mohamad Hasan (3)
12. Datuk Seri Musa Aman (2)
13. Tan Sri Annuar Musa (1)
14. Datuk Dr. Affifuddin Omar (1)
15. Datuk Halimah Mohamad Sadique (1)
14. Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1)

KETUA PEMUDA (Kuota: 39 pencalonan)

1. Datuk Mukhriz Mahathir (74)
2. Datuk Seri Mohamad Khir Toyo (61)
3. Khairy Jamaluddin (52)
4. Datuk Zahidi Zainul Abidin (1)

NAIB KETUA PEMUDA (Kuota: 39 pencalonan)

1. Razali Ibrahim (98)
2. Datuk Rizal Merican Naina Merican (74)
3. Bahrul Razha Chuprat (4)
4. Alawi Dalim (2)
5. Khairy Jamaluddin (1)
6. Faizal Abdullah (1)
7. Marzuki Yahya (1)
8. Megat Firdaus Megad Junid (1)
9. Megat Zulkarnain Omardin (1)

KETUA WANITA (Kuota: 39 pencalonan)

1. Tan Sri Rafidah Aziz (113)
2. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (74)

NAIB KETUA WANITA (Kuota: 29 pencalonan)

1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (113)
2. Datuk Kamila Ibrahim (54)
3. Datuk Seri Azalina Othman Said (19)
4. Datuk Halimah Mohamed Sadique (2)
5. Datuk Maznah Mazlan (1)
6. Datuk Dr. Norraesah Mohamad (1)
7. Kamariah Hashim (2)

KETUA PUTERI (Kuota: 2 pencalonan)

1. Rosnah Abdul Rashid Shirlin (63)
2. Datuk Shahaniza Shamsuddin (61)
3. Datin Ismalina Ismail (29)
4. Bibi Sharlizah Mohd. Khalid (22)
5. Azlina Mehtab Mohd Ishaq (10)
6. Ida Rahayu Mohd Nor (2)
7. Saarah Ali Bashah (2)
7. Nordiana Shafie (1)

NAIB KETUA PUTERI (Kuota: 2 pencalonan)

1. Nolee Ashilin Radzi (61)
2. Shahanim Mohd Yusof (45)
3. Senator Datuk Nordiana Shafie (24)
4. Dr. Wan Norashikin Wan Nordin (26)
5. Haslinda Zerain (23)
.

Tiada pertandingan jawatan Ketua, Naib Ketua Wanita UMNO


KUALA LUMPUR 10 Nov. — Mesyuarat Exco Pergerakan Wanita UMNO hari ini sebulat suara bersetuju supaya proses peralihan kuasa kepimpinan pergerakan itu kekal seperti yang dirancangkan pada Jun tahun depan.

Ini bermakna tiada pertandingan untuk dua jawatan utama pergerakan itu pada pemilihan semasa Perhimpunan Agung Umno pada Mac tahun depan.

Tan Sri Rafidah Aziz akan kekal menjadi Ketua Wanita Umno sehingga Jun 2009 dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mendapat pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita Umno tidak akan bertanding jawatan berkenaan dan kekal sebagai Naib Ketua Wanita sehingga Jun.

“Kita telah berbincang dengan panjang lebar mengenai pencalonan. Exco bersetuju dengan pelan peralihan yang telah diputuskan dan akan berlaku pada bulan Jun, 2009.

“Exco juga menegaskan supaya tidak ada pertandingan untuk jawatan ketua dan naib ketua. Ini telahpun dibincangkan dan diputuskan sedemikian untuk menjamin perpaduan dalam Umno.

“Ia juga untuk membantu dalam proses pemulihan Umno dan untuk kita memberi kekuatan kepada parti dan juga kepada presiden Umno,” kata Rafidah pada persidangan akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Wanita di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Mesyuarat itu bermula pukul 10.30 pagi dan berlangsung selama kira-kira enam jam.

Sementara itu, Shahrizat pada persidangan akhbar yang sama berkata beliau menerima keputusan yang telah dibuat pada mesyuarat Exco hari ini.

“Saya masih menghormati pelan peralihan yang telah diumumkan Tan Sri (Rafidah) pada bulan Ogos lepas dan hari ini apabila kita berbincang dan saya sendiri tanya Tan Sri... setuju atau tidak tentang pelan peralihan. Kita buka untuk perbincangan (pada mesyuarat exco).

“Mereka meminta demi perpaduan Wanita Umno dan untuk mengukuhkannya, maka kita kekalkannya sampai bulan Jun,” katanya.

Mengenai kenyataan beliau semalam yang meminta Rafidah mempertimbangkan tarikh peralihan kuasa dalam pergerakan itu diselaraskan dengan pemilihan parti pada Mac depan, Shahrizat menjelaskan sebagai seorang peguam beliau hanya menyatakan pandangannya dan juga sebagai mengambil kira kehendak akar umbi.

“Saya hanya ingin fokus kepada pandangan saya. Saya tidak fikir ini salah.

Saya sendiri yang membuat draf kenyataan itu, saya hanya mahu berkongsi pandangan saya tetapi saya bukan jenis yang mementingkan diri sendiri.

“Jadi, saya dengar... saya dengar kehendak akar umbi... saya berterima kasih kepada mereka, saya dengar apa kehendak Exco, tetapi paling penting, saya percayakan Tan Sri punya kepimpinan. Jadi, saya kata ok. Ini demi kebaikan negara, parti... sebab itu saya menerimanya,” kata Shahrizat.

Dalam perkembangan yang sama, Shahrizat dan Rafidah akan mengadakan perjumpaan dengan Datuk Kamilia Ibrahim, exco Wanita Umno yang mendapat pencalonan yang cukup untuk mencabar Shahrizat bagi jawatan Naib Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti Mac ini.

Shahrizat berkata beliau “akan mengambil inisiatif untuk berunding dengan Datuk Kamilia bersama-sama Tan Sri Rafidah. Saya percaya keputusan yang elok lah yang akan dapat dan tercapai.” Kamilia tidak menghadiri mesyuarat Exco yang diadakan hari ini.
— BERNAMA

.