SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

11 November 2008

Tiada pertandingan jawatan Ketua, Naib Ketua Wanita UMNO


KUALA LUMPUR 10 Nov. — Mesyuarat Exco Pergerakan Wanita UMNO hari ini sebulat suara bersetuju supaya proses peralihan kuasa kepimpinan pergerakan itu kekal seperti yang dirancangkan pada Jun tahun depan.

Ini bermakna tiada pertandingan untuk dua jawatan utama pergerakan itu pada pemilihan semasa Perhimpunan Agung Umno pada Mac tahun depan.

Tan Sri Rafidah Aziz akan kekal menjadi Ketua Wanita Umno sehingga Jun 2009 dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mendapat pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita Umno tidak akan bertanding jawatan berkenaan dan kekal sebagai Naib Ketua Wanita sehingga Jun.

“Kita telah berbincang dengan panjang lebar mengenai pencalonan. Exco bersetuju dengan pelan peralihan yang telah diputuskan dan akan berlaku pada bulan Jun, 2009.

“Exco juga menegaskan supaya tidak ada pertandingan untuk jawatan ketua dan naib ketua. Ini telahpun dibincangkan dan diputuskan sedemikian untuk menjamin perpaduan dalam Umno.

“Ia juga untuk membantu dalam proses pemulihan Umno dan untuk kita memberi kekuatan kepada parti dan juga kepada presiden Umno,” kata Rafidah pada persidangan akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Wanita di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Mesyuarat itu bermula pukul 10.30 pagi dan berlangsung selama kira-kira enam jam.

Sementara itu, Shahrizat pada persidangan akhbar yang sama berkata beliau menerima keputusan yang telah dibuat pada mesyuarat Exco hari ini.

“Saya masih menghormati pelan peralihan yang telah diumumkan Tan Sri (Rafidah) pada bulan Ogos lepas dan hari ini apabila kita berbincang dan saya sendiri tanya Tan Sri... setuju atau tidak tentang pelan peralihan. Kita buka untuk perbincangan (pada mesyuarat exco).

“Mereka meminta demi perpaduan Wanita Umno dan untuk mengukuhkannya, maka kita kekalkannya sampai bulan Jun,” katanya.

Mengenai kenyataan beliau semalam yang meminta Rafidah mempertimbangkan tarikh peralihan kuasa dalam pergerakan itu diselaraskan dengan pemilihan parti pada Mac depan, Shahrizat menjelaskan sebagai seorang peguam beliau hanya menyatakan pandangannya dan juga sebagai mengambil kira kehendak akar umbi.

“Saya hanya ingin fokus kepada pandangan saya. Saya tidak fikir ini salah.

Saya sendiri yang membuat draf kenyataan itu, saya hanya mahu berkongsi pandangan saya tetapi saya bukan jenis yang mementingkan diri sendiri.

“Jadi, saya dengar... saya dengar kehendak akar umbi... saya berterima kasih kepada mereka, saya dengar apa kehendak Exco, tetapi paling penting, saya percayakan Tan Sri punya kepimpinan. Jadi, saya kata ok. Ini demi kebaikan negara, parti... sebab itu saya menerimanya,” kata Shahrizat.

Dalam perkembangan yang sama, Shahrizat dan Rafidah akan mengadakan perjumpaan dengan Datuk Kamilia Ibrahim, exco Wanita Umno yang mendapat pencalonan yang cukup untuk mencabar Shahrizat bagi jawatan Naib Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti Mac ini.

Shahrizat berkata beliau “akan mengambil inisiatif untuk berunding dengan Datuk Kamilia bersama-sama Tan Sri Rafidah. Saya percaya keputusan yang elok lah yang akan dapat dan tercapai.” Kamilia tidak menghadiri mesyuarat Exco yang diadakan hari ini.
— BERNAMA

.