SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

11 November 2008

Jangan cabar kewibawaan Majlis Fatwa: Zahid Hamidi


PUTRAJAYA: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan Islam diminta jangan mencabar kewibawaan Majlis Fatwa Kebangsaan jika tidak mempunyai asas hukum-hakam Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata mempertikaikan fatwa majlis hanya mengikut logik akal saja boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat.

Katanya jika NGO mempunyai sebarang kekeliruan atau inginkan penjelasan mengenai latar belakang sesuatu fatwa itu, beliau sedia menganjurkan majlis perbincangan.

Beliau mengulas mengenai tindakan NGO bukan Islam, Katagender dan Foot-not-Bombs, Jumaat lalu yang mengadakan demonstrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan perlakuan ’pengkid’ atau wanita yang menyamai lelaki.

Ahmad Zahid berkata isu ’pengkid’ misalnya, kini sudah menjadi permasalahan masyarakat apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima aduan dan atas dasar itu Majlis Fatwa merasakan wajar fatwa mengharamkannya dikeluarkan.

“Kalau masalah seorang perempuan lari kepada lelaki lain ada undang-undang yang boleh menyelesaikannya tetapi jika ada perempuan lari kepada perempuan lain mesti ada peranan lelaki di kalangan perempuan itu,” katanya kepada pemberita selepas diwawancara dalam program INFAQ di sini hari ini.

Portal berita kedua-dua NGO itu menyiarkan kenyataan Pengarah Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Ivy Josiah bahawa fatwa yang dikeluarkan itu menyekat kebebasan wanita selain menjadikan negara ini dipandang serong dan ditertawakan negara luar.

Mengenai pembinaan hotel di tanah wakaf di lima negeri, Ahmad Zahid berkata tender akan dikeluarkan dalam waktu terdekat. Beliau berkata lima lokasi tanah wakaf sudah dikenal pasti sesuai untuk pembinaan hotel iaitu di Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan dan Perak.

- Bernama

.