SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

12 November 2008

Shahrizat tersepit ….dan akan 'langgar' Rafidah?


Tiada senyuman dan gelak ketawa yang dapat menutup gegaran dalam Pergerakan Wanita UMNO. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kini berada dalam keadaan yang cukup kronik.

Malah siapa saja ahli politik pasti tidak mahu berada dalam kedudukannya yang serba salah itu. Mahu tak mahu jika tidak ada satu penyelesian segera dicapai adalah selamat untuk menduga Naib Ketua Wanita UMNO pasti kena ‘langgar’ bosnya Tan Sri Rafidah Aziz setelah pelan peralihan kuasa bulan Jun 2009 meletakkannya dalam kedudukan yang tersepit. Soalnya sekarang apa pilihan yang Shahrizat ada?

Jika tetap mematuhi pelan peralihan kuasa itu bererti beliau terpaksa berentap dengan Datuk Kamalia Ibrahim yang tetap tidak berganjak hendak bertanding jawatan itu juga setelah mendapat 56 pencalonan iaitu jauh melebihi kuota kelayakan yang ditetapkan. Shahrizat sendiri mendapat majoriti pencalonan untuk jawatan berkenaan iaitu 102.

Sebaliknya jika tidak bertanding jawatan nombor satu pergerakan itu siapa kelak yang akan mengisi jawatan Ketua wanita UMNO yang akan dikosongkan oleh Rafidah Jun nanti? Menariknya sebanyak 73 Wanita UMNO Bahagian menolak pelan peralihan dengan mencalonkan Shahrizat bertanding jawatan Ketua Wanita.

Rafidah mendapat 116 pencalonan. Bibit-bibit gegaran dalam pergerakan itu mula terserlah petang Ahad bila Shahrizat mengeluarkan satu kenyataan meminta Rafidah supaya mempertimbangkan untuk mempercepatkan tarikh peralihan kuasa jawatan tertinggi sayap itu supaya selaras dengan pemilihan parti peringkat pusat Mac depan. Beliau berkata permohonan itu dibuat berdasarkan perkembangan UMNO masa kini. Namun seperti yang semua orang sudah tahu mesyuarat Exco Wanita UMNO yang dipengerusikan oleh Rafidah dan turut dihadiri oleh Shahrizat selama lima jam di ibupejabat UMNO pagi Isnin telah memutuskan agar jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita tidak bertanding.

Pendirian Kamalia dalam soal ini sudah jelas bila beliau tidak menghadiri mesyuarat itu. Dan petang Selasa kemelut dalam pergerakan itu lebih terserlah bila Kamalia menegaskan secara terbuka beliau tetap akan bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO. Katanya beliau tawar diri kerana tidak mengiktiraf pelan peralihan kuasa pergerakan itu pada Jun 2009.

Menurutnya pelan peralihan seumpama itu tidak terkandung dalam perlembagaan UMNO dan “bukan amalan UMNO”. Exco Wanita UMNO yang dikenali tokoh yang low profile dan lemah lembut itu juga berkata beliau tidak melihat keperluan untuk bertemu Rafidah atau Shahrizat untuk berunding. Katanya beliau tak nak jumpa kerana pendiriannya sudah ada.

Menurut Kamalia setakat ini kedua-dua mereka belum menghubunginya lagi. Ditanya sama ada beliau “kisah” untuk bertanding dengan Shahrizat bagi jawatan Naib Ketua Wanita UMNO, Kamilia berkata beliau tidak akan menarik diri walaupun berdepan dengan sesiapa jua. Petang Selasa Shahrizat juga telah mengeluarkan satu kenyataan dua perenggan yang dilihat mempertikaikan pelan peralihan kuasa Jun 2009.

Berikut ialah kenyataan beliau:

Saya masih berpegang dengan pendirian bahawa Pelan Peralihan Jawatan Ketua Wanita UMNO dan Naib Ketua Wanita UMNO perlu diselaraskan dengan UMNO Induk, Pemuda dan Puteri sempena Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac 2009.

Jika kita teruskan keputusan yang dibuat pada bulan Ogos 2008, ini akan menyebabkan jawatan Ketua Wanita UMNO hanya kekal bagi tempoh tiga bulan selepas pemilihan. Seterusnya jawatan Ketua Wanita UMNO hanya sekadar memangku bagi tempoh tiga tahun manakala jawatan Naib Ketua Wanita UMNO terpaksa dikosongkan. Ini merugikan kepimpinan wanita UMNO dalam senario politik hari ini.

Lojiknya bukan kata Shahrizat malah ramai para pemerhati politik bingung melihat pendirian Rafidah nak berpegang pada pelan peralihan kuasa itu. Ini kerana jarak masanya hanya tiga bulan sahaja – dari Mac ke Jun. Semua bertanya apa yang beliau nak buat dalam tempoh tiga bulan itu? Soalnya lepas itu apa jadi ?

Ini bermaknya jika katakan Shahrizat terpaksa bertanding dengan Kamalia dan beliau menang maka jawatan Ketua Wanita perlu dipangku selama tiga tahun sehingga pemilihan akan datang. Itu kalau beliau memang.

Apa kata kalau beliau kalah ditangan Kamalia? Kata orang kalau nak berjudi nasib lebih baik tengok pada peluang yang lebih tinggi. Juga soalan yang amat menarik untuk dianalisa mampukah Shahrizat menumbangkan Rafidah jika mereka berentap?

Namun menilai pada kenyataannya petang Selasa Shahrizat nampaknya macam beliau sudah set untuk go for broke.

.