SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

31 October 2008

Perhimpunan agung Umno 24-28 Mac

Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini telah menetapkan perhimpunan agung Umno akan diadakan dari 24 hingga 28 Mac depan.

Perhimpunan kali ini juga bakal menyaksikan pertandingan jawatan tertinggi Umno.Keputusan itu sekaligus menamatkan spekulasi bahawa tarikh pemilihan pucuk pimpinan tertinggi Umno akan dipercepatkan kepada Disember.

Bercakap dalan sidang akhbar selepas mesyuarat MT, PresidenUmno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ekoran keputusan tersebut, bahagian Umno yang telah bermesyuarat, diminta menghantar laporan kepada ibupejabat Umno.

Menurutnya, mesyuarat MT hari ini juga membincangkan tentang perbuatan melobi untuk merayu undi bagi calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi parti kali ini yang didapati berleluasa sekarang.

Berikutan itu, katanya, MT akan mengeluarkan arahan mengenai aktivit pelobi dan perayu undi yang mendorong perwakilan mengundi calon mereka dan jangan calon lain.

"Gelaja ini berleluasa berlaku di hotel-hotel dan tempat-tempat pertemuan," katanya.

Sehubungan itu, Abdullah memberi amaran kepada mereka yang terbabit supaya menghentikan segera perbuatan tersebut sebelum mereka dikesan oleh pemantau parti.

Tegah guna jentera k'jaan

Beliau juga meminta calon-calon yang bertanding supaya jangan menggunakan jentera kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Abdullah tidak menyebut calon-calon yang dimaksudkan tetapi dipercayai ia dituju kepada mereka dari kalangan menteri dan timbalan menteri yang bertanding kali ini.

Beliau juga kesal dengan penyebaran SMS kempen yang berniat jahat dan menasihatkan mereka yang terbabit supaya menghentikan perbuatan tersebut.

Sebaliknya, beliau mahu mereka merujuk semula dan mematuhi tataetika ahli Umno yang telah ditetapkan.

Abdullah memberi amaran bahawa mereka yang didapati terbabit, akan dihadapkan kepada lembaga disiplin Umno.

Perdana menteri juga berkata, mesyuarat hari ini turut membincangkan kedudukan ekonomi negara sekarang.

Beliau berharap keadaan itu tidak sampai melemahkan ekonomi negara.

Beliau berkata, Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib akan mengumumkan langkah-langkah untuk menghadapi tekanan yang akan ditambil sewaktu sesi penggulungan bajet di Dewan Rakyat pada 4 November depan.

"Tidak payah tanyalah sekarang apa yang hendak dicerita," katanya.

"Harapan kita dengan pengumuman itu, insya-Allah kita harap rakyat akan lebih yakin untuk sama-sama menghadapi cabaran dan masalah yang mungkin timbul akibat daripada kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang ini," tambahnya.

Serah kuasa

Menurutnya, Najib yang juga timbalan perdana menteri akan membuat pengumuman tersebut supaya rakyat lebih yakin dengan langkah kerajaan dalam menghadap krisis ekonomi.

Abdullah juga berkata, ibupejabat Umno akan mengatur program kempen bagi calon-calon yang bertanding bagi merebut jawatan tinggi parti kali ini.

"Majlis tertinggi juga membuat keputusan untuk membolehkan calon-calon bertanding di peringkat Majlis Tertinggi, mereka akan dibenarkan bertemu dengan ahli-ahli parti. Tetapi ini akan dibuat, disusun... Ibupejabat akan aturkan.

"Setiap negeri, siapa juga akan menjadi calon, bertanding dalam jawatan-jawatan majlis tertinggi bolehlah pergi ke majlis-majlis berkenaan, mengambil kesempatan untuk bertemu (ahli-ahli parti).

"Tidak ada acara-acara lain untuk dijalankan. Jadi dengan cara ini saya percaya mereka dapat bertemu dengan ahli-ahli Umno di negeri-negeri tertentu," katanya.

Ditanya mengenai tempoh kempen yang lama, beliau berkata, garispanduan telah dikeluarkan dan panduan telah diberikan.

Abdulah turut ditanya mengenai kenyataan yang pernah dibuatnya sewaktu melawat Sabah bahawa Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam boleh bertanding Timbalan Presiden UMNO.

Menurut perdana menteri, beliau hanya mahu menjelaskan bahawa sesiapa juga berhak untuk bertanding.

"Kamu mahu bertanding, kamu bertandinglah. Kalau orang tanya bagaimana beliau (Mohd Ali) hendak bertanding. Biarlah dia bertanding, apa salahnya. Itu hanya menyuarakan seseorang itu ada hak untuk bertanding. Itu saja," katanya.

Mohd Ali telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden Umno. Sehingga ini beliau mendapatkan 23 undi dan belum layak bertanding. Kelayakan minima bagi calon timbalan presiden ialah 39 pencalonan.

Setakat ini, Tan Sri Muhyiddin telah layak bertanding selepas memperolehi 65 pencalonan. Manakala seorang lagi calon, Tan Sri Muhammad Muhd Taib baru mendapat 17 pencalonan.

Ditanya sama ada kenyataan beliau di Sabah itu bermaksud meyokong Mohd Ali kerana Muhyiddin dilihat bersifat lantang dalam beberapa perkara, Abdullah secara berseloroh menjawab: "(Tan Sri) Muhyiddn kempen le tu..."

Beliau ditanya bila akan menyerahkan kuasa kepada penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Selepas mesyuarat (perhimpunan agung) bagi saya beberapa hari untuk selesai perkara...," katanya.

.

Mahkamah bebaskan Razak Baginda

oleh malaysiakini.com

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun, dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh Altantuya, diperintah membela diri.

Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.

Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, pula dituduh bersubahat dengan mereka di Wilayah Persekutuan antara jam 9.54 pagi 18 Oktober dan 9.45 malam 19 Oktober tahun 2006.

Mahkamah menetapkan 10 November ini untuk Azilah dan Sirul Azhar membela diri. Kedua-duanya memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah.

Mayat Altantuya telah diletupkan dan cebisan daging dan tulangnya ditemui bertaburan di kawasan Puncak Alam.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Razak, 48.

Pihak pendakwa dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Abdul Razak itu.

Razak diwakili oleh peguam Wong Kian Kheong. Azilah diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar manakala Sirul diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Merican dan Ahmad Zaidi Zainal.

Pendakwaan pula diwakili Timbalan Pendakwaraya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Noorin Badaruddin, Manoj Kurup dan Hanim Rashid.Peguam Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo dan Ram Karpal Singh pula bertindak peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya.

Pihak mendakwa selesai berhujah pada 23 Jun lalu selepas mahkamah mendengar keterangan daripada 84 saksi selam 151 hari. Abdul Razak yang jelas kelihatan gembira dengan keputusan tersebut, meninggalkan mahkamah dengan ditemani isteri dan anak perempuannya pada kira-kira jam 10.10 pagi.

Beliau bagaimanapun enggan menjawab soalan wartawan yang menunggunya, dan hanya berkata: "Saya mahu pulang ke rumah".

Sementara itu, Bernama melaporkan Keluarga Abdul Razak dicengkam emosi selepas Zaki memutuskan yang beliau mendapati tiada kes prima facie terhadap pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia itu.

"Prima facie" dalam bahasa Latin merujuk kepada kes yang mempunyai bukti yang cukup dan pada kadar minimum yang diperlukan untuk membolehkannya diteruskan dalam proses kehakiman.

Zaki berkata seluruh isi kandungan afidavit Abdul Razak mengandungi kenyataan pembuktian tidak bersalah yang patut diterima dan diberi pertimbangan sewajarnya.

Kenyataan pembuktian tidak bersalah ialah kenyataan yang dibuat oleh defendan atau tertuduh yang cenderung membebaskan defendan/tertuduh daripada kesalahan seperti pertuduhan, atau kenyataan yang cenderung memberikan justifikasi atau alasan bagi tindakan atau kehadirannya.

Abdul Razak yang mengenakan kemeja berjalur biru muda, pada awalnya kelihatan seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh hakim namun riak wajahnya bertukar kepada lega dan tersenyum lebar.

Isteri Abdul Razak, Mazlinda Makhzan, anaknya Rowena dan anggota keluarganya menitiskan air mata gembira dan kesemua mereka bergegas memeluk Abdul Razak sebaik sahaja keputusan itu diumumkan.

Abdul Razak enggan memberikan sebarang komen ketika ditanya oleh media mengenai perasaannya berhubung pembebasannya itu. Beliau beredar dari premis mahkamah di tingkat empat bangunan itu melalui tangga belakang.

Sementara Azilah dan Sirul Azhar mempunyai tiga pilihan untuk membela diri iaitu memberi keterangan bersumpah, memberi keterangan dalam kandang tertuduh atau berdiam diri. Kedua-duanya memilih untuk memberi keterangan bersumpah.

Pertimbangan sewajarnya akan diberikan kepada tertuduh yang memilih untuk memberikan keterangan bersumpah, di mana tertuduh boleh diperiksa balas oleh pendakwaan. Keterangan yang diberikan dalam kandang tertuduh pula tidak akan diperiksa balas oleh pendakwaan.

Jika tertuduh memilih berdiam diri, tertuduh akan disabitkan dan dihukum mengikut penalti yang ditetapkan dalam seksyen yang tertuduh didakwa. Dalam kes ini, hukumannya ialah mati mandatori.

Dalam penghakimannya, Zaki menerima kenyataan yang diberikan oleh Azilah dan Sirul Azhar kepada polis sebagai sebahagian keterangan. Azilah memberikan kenyataan yang mendedahkan lokasi tempat Altantuya ditembak dan mayatnya diletupkan manakala Sirul Azhar mendedahkan kepada polis tempat barangan kemas milik Altantuya disembunyikan.

"Saya berpuas hati bahawa wujud kes prima facie terhadap tertuduh pertama (Azilah) dan tertuduh kedua (Sirul Azhar) untuk menjawab pertuduhan terhadap mereka. Saya dengan ini memutuskan tertuduh pertama dan kedua untuk membela diri," katanya.

Altantuya, ibu kepada dua anak lelaki masing-masing berusia 4 tahun dan 10 tahun, mendapat latihan sebagai guru dan penterjemah dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Rusia di National University of Mongolia.

Pembunuhannya digambarkan sebagai amat kejam kerana mayatnya diletupkan dengan bahan letupan. Pakar forensik menemui cebisan dagingnya bertaburan di kawasan di Puncak Alam di Shah Alam.

Kes itu mendapat liputan meluas kerana Altantuya dilaporkan datang ke Malaysia untuk mencari Abdul Razak yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengannya.

Mahkamah telah mengambil masa selama 151 hari bermula 4 Jun tahun lepas untuk mendengar keterangan daripada 84 saksi pendakwaan sebelum menangguhkan keputusan itu sehingga hari ini selepas kes pendakwaan ditutup pada 23 Jun lepas.

Hakim Zaki mengambil masa kira-kira 25 minit dari 9.40 pagi untuk menyampaikan penghakimannya. Mahkamah kemudian menangguhkan prosiding kira-kira 15 minit bagi memutuskan tarikh bagi Azilah dan Sirul Azhar membela diri.

Apabila prosiding disambung semula, Hakim mahu mendengar pembelaan diri oleh tertuduh petang ini tetapi menetapkan 10 November selepas membenarkan permohonan peguam yang mewakili Azilah, Datuk Hazman Ahmad, dan peguam bela Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamaruddin.

Hazman memaklumkan kepada mahkamah yang beliau mungkin akan memanggil enam hingga tujuh saksi manakala Kamarul Hisham berkata beliau akan memanggil penulis blog Raja Petra Kamarudin dan memanggil semula penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk memberikan keterangan.

Raja Petra sedang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau telah membuat akuan bersumpah mengaitkan seorang ahli politik kanan dan isterinya dalam pembunuhan itu.

Balasubramaniam juga membuat akuan bersumpah serupa tetapi menarik balik akuan itu tiga hari kemudian dalam satu lagi akuan bersumpah.

Mahkamah juga membenar peguam bela Abdul Razak, Wong Kian Kheong untuk bertindak sebagai peguam pemerhati pada perbicaraan peringkat pembelaan.

.

Harga petrol, diesel turun 15 sen lagi


Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa esok.

Sehubungan itu, harga runcit petrol dan diesel adalah seperti berikut:
.
• Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter;
.
• Petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter; dan
.
• Diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.
.
Dalam satu kenyataan hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penurunan itu dibuat ekoran harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini.Katanya, kerajaan juga telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya.

Ini merupakan penurunan harga kali keempat kerajaan mengumumkan bagi minyak petrol dan diesel.

Pada 15 Oktober lalu kerajaan menurunkan harga minyak petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter manakala harga petrol RON92 diturunkan 10 sen kepada RM2.20 seliter. Harga minyak diesel pula diturunkan 20 sen kepada RM2.20.

Pada 4 Jun lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen atau kira-kira 41 peratus, kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter, berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia ketika itu.

.

28 October 2008

Biarkan parti kuasai semula kerajaan

Calon timbalan presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, konsep parti menguasai kerajaan perlu diamalkan semula untuk mengembalikan sokongan ahli Umno kepada parti itu.

Katanya, ahli-ahli Umno akar umbi merasa kecewa kerana banyak cadangan dan kehendaknya tidak dilaksanakan oleh parti dan rakyat akhirnya merasakan mereka tidak dapat menentukan dasar kerajaan.

Beliau berkata, mereka menyokong Umno seperti yang digambarkan melalui slogan, manifesto dan janji tetapi jika itu semua tidak dilaksanakan, ia akan menggugat parti dan BN dalam pilihanraya umum.

Katanya, sistem sekarang sebaliknya ditentukan oleh kerajaan dan Umno menurut apa yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Keadaan ini telah menyebabkan keyakinan ahli-ahli Umno kepada parti kurang kerana agenda dan manifesto parti tidak dilaksanakan secara berkesan.

"Keputusan parti perlu dilaksanakan dan jika ini dilakukan kita boleh menyelesaikan banyak masalah."Jika Barisan Nasional (BN) ingin meyakinkan semula orang Melayu konsep parti menguasai kerajaan perlu dilihat dengan serius," kata ketua menteri Melaka, dalam temubual dengan Malaysiakini di ibu negara, Rabu lalu.

Mohd Ali, kini naib presiden Umno, menawarkan jawatan nombor dua dalam pemilihan Mac tahun depan susulan keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan jawatan presiden Umno.

Daripada kuota 39 pencalonan untuk layak bertanding, beliau mendapat 23 sokongan di belakang seorang lagi naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi mendahului ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Mohd Taib (17 pencalonan).

Mohd Ali berkata, beliau mahu dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Umno dilaksanakan secara berkesan untuk membantu orang Melayu.Beliau juga mempersoalkan sebab dasar pembangunan untuk membantu orang Melayu tidak dilaksana supaya pemilikan aset orang Melayu mencapai 30 peratus seperti sasaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) hampir 40 tahun lepas.
.
"Kita hanya menguasai 19 peratus sedangkan kita ada kuasa dan keputusan kabinet dan parlimen sudah dibuat. Mengapa tidak dilaksanakan.

"Dasar kita semua baik tetapi semua keputusan mesti dilaksanakan. Misalnya orang merungut mengenai peranan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan kelambatan sistem penyampaian.

"Kalau kita (parti) kata GLC tolong, GLC mesti tolong kerana ini suara parti.

"Saya nak beri contoh UDA (Lembaga Pembangunan Bandar), dah berapa kali dalam perhimpunan agung kita kata mesti tolong pemilikan tanah orang Melayu dalam bandar.

"Kita dah bincang dan kita dah buat keputusan tetapi belum buat lagi. Patut bincang sebulan dua sahaja, perhimpunan nak datang lagi belum buat lagi.

"Siapa yang berkuasa parti atau pegawai atau kerajaan. Bukan kita nak ambil kedudukan pegawai kita, tetapi kita nak dilaksanakan secara berkesan.

"Buatlah dalam masa munasabah bukannya mengambil masa bertahun-tahun kerana ini boleh hilang kerajaan," katanya lagi.
.

Lantik Low: Pakatan 'tidak baca' sejarah PKNS

Umno mendakwa pelantikan seorang pegawai kanan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menunjukkan seolah-olah kerajaan Pakatan Rakyat "tidak membaca sejarah" agensi pembangunan ekonomi itu yang ditubuhkan untuk membantu bumiputera.

Wakil rakyat Kuang, Abdul Syukur Idrus menambah, beliau kesal dengan pelantikan timbalan pengurus korporat dan akaun PKNS Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar perbadanan tersebut.

Abdul Syukur, yang juga ketua Pemuda Umno Selangor, berkata tindakan menteri besar tersebut dipercayai atas desakan pihak lain, kemungkinannya DAP "untuk menguasai kerajaan."

Sementara wakil rakyat MCA bagi Sungai Pelek, Yap Ee Wah berkata beliau bersikap berkecuali terhadap pelantikan Low itu asalnya rakyat miskin di negeri itu mampu memiliki rumah.

"Mungkin (menteri besar) ada alasan tersendiri melantik Low," katanya.

Wakil rakyat DAP bagi Kampung Tunku, Lau Weng San pula menggesa PKNS melantik seorang tokoh pentadbir yang berwibawa tanpa mengira kaum.

Sambil menyifatkan pelantikan yang dibuat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "tepat pada masanya", Lau berkata: "Kita perlu memastikan supaya seseorang yang dilantik untuk menyandang jawatan ini merupakan seseorang yang berkemampuan untuk menepati sasaran ini tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan jantinanya."

Tambahnya, PKNS perlu bertanggungjawab kepada semua lima juta rakyat Selangor dan "bukan puak-puak tertentu sahaja".

"Adalah tidak masuk akal untuk kita menjadikan sebuah anak syarikat kerajaan itu sebagai sebuah syarikat yang memperjuangkan agenda-agenda sesetengah masyarakat sahaja padahal separuh daripada rakyat Selangor ialah golongan bukan Bumiputera," kata Lau di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
.

Dr. Mahathir tidak setuju mansuh ekuiti bumiputera

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan cadangan untuk memansuhkan syarat pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam.

Menurut Mahathir ketika ini bukan masa yang sesuai untuk membuat sebarang perubahan.

"Saya fikir sekarang ini bukan masa yang sesuai untuk membuat sebarang perubahan. Dunia pun huru-hara lagi,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai yang meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat penyenaraian awam bagi memastikan ia terus berdaya saing.

Tegasnya, perkara tersebut perlu dibincang dalam mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu.

“Benda-benda macam ini patut bawa kepada BN, tak payah bincang di luar. Kalau kita isytihar orang akan mintak nanti," katanya.

Ditanya adakah cadangan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera itu akan menggugat hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, Mahathir berkata:

“Kita sering bercakap mengenai hak orang Melayu dan Bumiputera tapi sebenarnya orang bukan Melayu pun ada hak dia juga.

"Jika kita ambil hak orang Melayu, kita juga kena ambil hak yang bukan Melayu pun...ini yang jadi masalah."

Jelasnya isu tersebut perlu dibincang secara rasional dan tidak boleh ditumpu kepada satu pihak sahaja.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahu Dasar Ekonomi Baru (DEB)dimansuhkan secara beransur-ansur, Mahathir berkata:

“Kalau sudah tercapai matlamat DEB kita patut hapuskan.

"Tapi sekarang ini kita belum capai, banyak lagi nak kena buat."

Mengulas mengenai cadangan debat terbuka antara calon yang merebut jawatan pada pemilihan Umno kelak, beliau berkata masyarakat Malaysia belum mencapai tahap seperti di Amerika yang mengadakan perbahasan seperti itu.

“Kita belum sampai tahap Amerika lagi. Orang kita bukan peduli sangat apa kita debat pun,” katanya.

Jelas beliau, setiap calon dipilih oleh ahli parti bukannya orang luar dan debat tersebut tidak akan memberi sebarang kesan.

“Jika dia orang Umno dia sokong Umno. Dia orang Pas dia sokong Pas. Dia orang MCA dia sokong MCA atau parti-parti Cina yang lain.

"Tentang apa yang kita bincang tak ada kesan, kalau nak tunjuk kita pandai bolehlah,” katanya.
Kelmarin, calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo menyahut cabaran Khairy Jamaluddin yang mengajak calon-calon Ketua Pemuda supaya berdebat bagi menjelaskan pendirian dan pelan masing-masing.

Bagaimanapun seorang lagi calon, Datuk Mukhriz Mahathir tidak bersetuju dengan cadangan itu menyatakan soal pemilihan parti merupakan hal ehwal dalaman Umno dan tidak wajar dilakukan secara terbuka.

Sementara itu, ketika ditanya adakah pertandingan jawatan Ketua Pemuda antara Khairy dan anaknya, Mukhriz akan mewujudkan perpecahan dalam sayap Pemuda, Mahathir berkata:
"Saya tengok dulu untuk jawatan Naib Ketua, Khairy tak ada langsung pertandingan tapi bila sebut nama Khairy dia kena 'boo'.

"Maknanya pecah-pecah juga walaupun tak ada pertandingan."

Mengenai Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menawarkan diri bagi jawatan Presiden Umno tetapi sehingga kini belum mendapat sebarang pencalonan dari mana-mana Umno bahagian yang bermesyuarat sejak 9 Oktober lepas, Mahathir berkata sukar bagi Tengku Razaleigh untuk bertanding sekiranya satu pencalonan pun belum diterimanya.

"Kalau kita dah setuju masih ada kuota untuk bertanding kena ikut kuotalah.

"Tapi kalau tak dapat pencalonan satu pun payahlah nak bertanding," katanya.

.

PM: Kerajaan tangguh beli eurocopter


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pembelian Eurocopter buat masa ini kerana krisis kewangan yang dihadapi negara.

Abdullah yang juga Menteri Pertahanan berkata, rancangan pembelian eurocopter yang secara keseluruhannya bernilai RM1.67 bilion akan ditangguhkan sehingga keadaan ekonomi mengizinkan.

"Pada waktu ini, keputusan yang telah diambil ialah Eurocopter tidak akan dibeli sebab kita memerlukan peruntukan-peruntukan untuk banyak lagi projek-projek yang lain.

"Sementara itu, menjimatkan itu adalah amat penting pada waktu ini oleh sebab kita menghadapi satu situasi ekoran daripada kedudukan ekonomi yang bersabit dengan krisis kewangan," katanya kepada media selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Katanya, keputusan penangguhan tersebut dibuat pada 13 Oktober lalu semasa mesyuarat Majlis Ekonomi.

Sebelum ini, Perdana Menteri telah mengumumkan kerajaan mungkin perlu menyemak semula pelaksanaan sesetengah projek utama termasuk pembangunan koridor ekonomi berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Bagaimanapun isu pembelian 12 Eurocopter EC-725 bagi menggantikan pesawat Nuri untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) timbul sebaik ianya diumumkan Abdullah pada 26 September lalu.

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid, berkata pihaknya akan meneliti isu pembelian helikopter Eurocopter pada mesyuaratnya akhir bulan ini kerana dipertikaikan banyak pihak yang mendakwa kerajaan membayar harga yang terlalu tinggi.

27 October 2008

Memahami KONTRAK SOSIAL MALAYSIA

1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.

9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi “tetamu-tetamu” ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.

23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.

26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.

27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.
.
30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.

32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.

41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Tetapi kerana Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asasnya kalah dalam pilihanraya 2008 dan sekarang mengetuai Kerajaan yang lemah, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini. Majlis Peguam kini telah menjadi sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya.

44. UMNO Abdullah tidak berdaya menangkis apa-apa serangan terhadap kontrak sosial ini. Jika apa-apa terjadi Abdullah dan UMNO harus dipertanggungjawabkan

.

Pencalonan Terkini UMNO : Najib 103, Muhyiddin 65, Muhd Ali 23, Muhd Taib 17


7.30 pm - Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-103 untuk jawatan presiden dari bahagian Maran yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan Timbalan Presiden.

Dengan itu, Muhyiddin kin memperolehi 65 pencalonan. Manakala dua lagi calon - Datuk Mohd Ali Rustam mendapat 23 pencalonan manakala Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat 17 pencalonan.

Bagi jawatan naib presiden pula, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Dr Ahmad Zahid turut mendapat pencalonan dari bahagian Maran.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah;

Datuk Hishammuddin Hussein (85)
Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (62)
Datuk Shafie Apdal (46)
Datuk Khaled Nordin (50)
Datuk Syed Hamid Albar (22)
Datuk Rais Yatim (9)
Tan Sri Isa Samad (8)
Datuk Jamaluddin Jarjis (6)
Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (8)
Datuk Shahidan Kassim (6)
Datuk Mohamad Hassan (3)
Datuk Musa Aman (2)
Datuk Mohd Ali Rustam (1)
Tan Sri Annuar Musa (1)

5.00 pm - Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-17 untuk jawatan timbalan presiden selepas mendapat pencalonan daripada dua bahagian Umno yang bermesyuarat hari ini.

Beliau mendapat pencalonan dari bahagian Penampang dan Kota Tinggi, yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden, Penampang mencalonkan Datuk Dr Jamaluddin Jarjis, Datuk Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Syed Hamid Albar.

Bahagian Kota Tinggi turut mencalonkan Syed Hamid. Manakala dua calon lagi ialah Datuk Khaled Nordin dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala bahagian Jeli pula mencalonkan gandingan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.

Bagi naib presiden, bahagian tersebut mencalonkan Hishammuddin, Ahmad Zahid dan Datuk Shafie Apdal secara sebulat suara.

..

26 October 2008

Mustapa Mohamad : Gandingan Najib Dan Muhyiddin Dapat Kembalikan Kekuatan Parti

JELI, 26 Okt (Bernama) - Gandingan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden dan Timbalan Presiden parti diyakini dapat mengembalikan imej Umno yang tercabar sebelum ini.

Ketua Umno Bahagian Jeli Datuk Mustapa Mohamed berkata kedua-dua pemimpin telah lama berkhidmat dalam parti dan amat berpengalaman dan sewajarnya menerima sokongan daripada peringkat akar umbi.

"Saya harap (Timbalan Perdana Menteri) Najib dan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) Muhyiddin diberi peluang mengetuai Umno masa kini" katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Jeli di Kompleks Umno Bukit Nangka, di sini.

Mustapa yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata kekuatan Umno terletak pada kekuatan dalaman parti yang memerlukan kerjasama dan perpaduan.

"Kerjasama dan perpaduan di dalam parti perlu didukung dengan jujur dan ianya sentiasa dipupuk," katanya.

Mustapa berkata bagi memastikan Umno tiada lagi kemelut dalaman, semua anggota perlu berusaha mencapai matlamat itu dan menyedari lawan sebenar adalah parti pembangkang dan bukannya anggota Umno sendiri.

Beliau turut menegaskan akan pentingnya semangat setiakawan dikembalikan dan membuang sifat berdendam atau berhasad dengki antara satu sama lain.

"Jika perkara ini (dendam dan hasad dengki) berlaku ianya akan membawa kepada perpecahan sampai ke mati.

"Ini bukan matlamat kita. Matlamat kita untuk memastikan Umno menang dan dapat merampas kembali kerajaan yang diperintah pembangkang pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

- BERNAMA

.

Saingan 3 Penjuru Ketua Pemuda : Mukhriz 66, Khairy 47, Khir 43


7.05 pm - Datuk Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-43 bagi jawatan ketua Pemuda dari bahagian Bukit Bintang, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

5.30 pm - Datuk Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-42 untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Ayer Hitam, Johor, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

5.25 pm - Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-47 untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Penampang, Sabah yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua.

4.15 pm - Pemuda bahagian Pasir Salak, Perak mencalonkan Khairy Jamaluddin untuk jawatan ketua Pemuda manakala exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican dicalonkan sebagai naib ketua.

Dengan itu, Khairy kini mendapat 46 pencalonan manakala Reezal pula mendapat 57 pencalonan.

3.40 pm - Mesyuarat perwakilan Pemuda hari ini nampaknya menyebelahi Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Kota Tinggi, Johor.

Dengan itu beliau mendapatkan 41 pencalonan setakat ini. Bahagian itu juga turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

3.30 pm - Datuk Mukhriz Mahathir mendapatkan pencalonan pertamanya hari ini dari bahagian Pekan, Pahang yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim bagi jawatan naib ketua.

Dengan itu, Mukhriz mendapat 66 pencalonan dan Razali pula menambah pencalonannya kepada 74.

2.57 pm - Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-40 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Tanjung Karang, Selangor.

2.20 pm - Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo layak bertanding jawatan ketua Pemuda Umno selepas mendapatkan dua lagi pencalonan hari ini.

Dengan itu, perebutan jawatan ketua Pemuda Umno kali ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Pencalonan untuk beliau mencecah tahap kelayakan minima 39 apabila mendapat pencalonan dari bahagian Balik Pulau dan Segamat yang bermesyuarat hari ini.

Balik Pulau turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua Pemuda.Manakala Segamat pula mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim.

Sehingga ini, Datuk Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin masing-masing telah melepasi kelayakan minima 39 pencalonan.

Mukhriz sehingga ini mengumpul 65 pencalonan manakala Khairy pula telah mendapat 45 pencalonan.

Bagi jawatan naib ketua, Reezal sehingga ini mendapat 56 pencalonan sejak bahagian bermesyuarat mulai 9 Oktober lalu.

Manakala Razali pula mendapat 73 pencalonan sehingga ini.

Pencalonan Terkini : Najib 99, Muhyiddin 63, Mohd Ali 23, Muhd Taib 15


7.40 pm - Sehingga ini keputusan mesyuarat perwakilan bahagian Umno hari ini menunjukkan Datuk Seri Najib Tun Razak masih menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden, dengan mendapat 99 pencalonan.

Manakala bagi tiga calon timbalan presiden pula - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat 63 pencalonan, Datuk Mohd Ali Rustam mendapat 23 pencalonan manakala Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat 15 pencalonan, terbaru dari bahagian Seputeh.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (79), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (58), Datuk Shafie Apdal (46), Datuk Khaled Nordin (48), Datuk Syed Hamid Albar (20), Datuk Rais Yatim (9), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (8), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

7.15 pm - Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-22 bagi jawatan timbalan presiden dari bahagian Gopeng, yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden.

Bagi naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan gandingan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Rais Yatim.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (79), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (56), Datuk Shafie Apdal (44), Datuk Khaled Nordin (47), Datuk Syed Hamid Albar (20), Datuk Rais Yatim (9), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (7), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

Dua lagi calon presiden - Tan Sri Muhyiddn Yassin mendapat 60 pencalonan manakalal Tan Sri Muhammad Taib mendapat 13 pencalonan.

4.40 pm Datuk Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib masing-masing mendapat satu lagi pencalonan bagi jawatan timbalan presiden.

Mohd Ali dicalonkan oleh bahagian Kuala Kangsar manakala Muhd Taib dicalonkan oleh bahagian Petaling Jaya Utara.

Dengan itu, Mohd Ali kini mengumpul 21 pencalonan manakala Muhd Taib mendapat 14 pencalonan.

Bagi naib presiden pula, Petaling Jaya Utara mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Syed Hamid Albar dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kuala Kangsar pula mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (79), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (54), Datuk Shafie Apdal (44), Datuk Khaled Nordin (46), Datuk Syed Hamid Albar (20), Datuk Rais Yatim (8), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (7), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

Dua lagi calon presiden - Tan Sri Muhyiddn Yassin mendapat 60 pencalonan manakalal Tan Sri Muhammad Taib mendapat 13 pencalonan.

4.20 pm Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing mendapat dua lagi pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden dari bahagian Pulai dan Kluang, kedua-duanya di Johor.

Dengan itu, Najib kini mendapat 93 pencalonan manakala Muhyiddn mendapat 62 pencalonan.

Bagi naib presiden pula, kedua-dua bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (77), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (52), Datuk Shafie Apdal (43), Datuk Khaled Nordin (46), Datuk Syed Hamid Albar (19), Datuk Rais Yatim (8), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (7), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

Dua lagi calon presiden - Tan Sri Muhyiddn Yassin mendapat 60 pencalonan manakalal Tan Sri Muhammad Taib mendapat 13 pencalonan.

4.05 pm Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-20 bagi jawatan timbalan presiden, yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Cik.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (75), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (50), Datuk Shafie Apdal (43), Datuk Khaled Nordin (44), Datuk Syed Hamid Albar (19), Datuk Rais Yatim (8), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (7), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

Dua lagi calon presiden - Tan Sri Muhyiddn Yassin mendapat 60 pencalonan manakalal Tan Sri Muhammad Taib mendapat 13 pencalonan.

3.45 pm Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-19 dari bahagian Johor Bahru yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Syed Hamid Albar.

3.40 pm Umno bahagian Sipitang, Sabah mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Dengan itu, Najib kini mendapat 89 pencalonan manakala Muhyiddn mendapat 60 pencalonan.
Bagi naib presiden pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Khaled Nordin.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (73), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (50), Datuk Shafie Apdal (42), Datuk Khaled Nordin (43), Datuk Syed Hamid Albar (18), Datuk Rais Yatim (8), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (6), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1). Dua lagi calon presiden - Datuk Mohd Ali Rustam mendapat 18 pencalonan dan Tan Sri Muhammad Taib mendapat 13 pencalonan.

3.15 pm Umno bahagian Sembrong, Johor mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Dengan itu, Najib kini mendapat 88 pencalonan manakala Muhyiddn mendapat 59 pencalonan.
Bagi naib presiden pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Rais Yatim.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (72), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (49), Datuk Shafie Apdal (42), Datuk Khaled Nordin (42), Datuk Syed Hamid Albar (18), Datuk Rais Yatim (8), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (6), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

Dua lagi calon presiden - Datuk Mohd Ali Rustam mendapat 18 pencalonan dan Tan Sri Muhammad Taib mendapat 13 pencalonan.

3.10 pm Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-13 bagi jawatan timbalan presiden dari bahagian Sabak Bernam, yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden.

Bagi naib presiden pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Khaled Nordin, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Datuk Shafie Apdal.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (71), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (49), Datuk Shafie Apdal (41), Datuk Khaled Nordin (42), Datuk Syed Hamid Albar (18), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (6), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

Dua lagi calon presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat 58 pencalonan manakala Datuk Mohd Ali Rustam mendapat 18 pencalonan.

3.00 pm Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-12 bagi jawatan timbalan presiden dari bahagian Sabak Bernam, yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden.

Bagi naib presiden pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Shafie Apdal.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (71), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (49), Datuk Shafie Apdal (40), Datuk Khaled Nordin (41), Datuk Syed Hamid Albar (18), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

Dua lagi calon presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat 58 pencalonan manakala Datuk Mohd Ali Rustam mendapat 18 pencalonan.

1.50 tengahari Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin masing-masing mendapat dua lagi pencalonan masing-masing bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Kedua-duanya dicalonkan oleh bahagian Parit Sulong dan Seri Gading, kedua-duanya di Johor. Dengan itu, Najib kini mendapat 85 pencalonan manakala Muhyiddin mendapat 58 pencalonan.

Bagi naib presiden, bahagian Seri Gading mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Khalid Nordin dan Datuk Shafie Apdal.

Manakala Parit Sulong pula mencalonkan Hishammuddin, Khaled dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (70), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (48), Datuk Shafie Apdal (39), Datuk Khaled Nordin (41), Datuk Syed Hamid Albar (18), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

Dua lagi calon presiden - Datuk Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib - masing-masing mendapat 18 dan 11 pencalonan.

1.20 tengahari Tan Sri Muhyiddin mendapat pencalonan ke-56 untuk calon timbalan presiden dari bahagian Jelutong yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden.

Bagi naib presiden pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Shafie Apdal.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (68), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (48), Datuk Shafie Apdal (38), Datuk Khaled Nordin (39), Datuk Syed Hamid Albar (18), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

Dua lagi calon presiden - Datuk Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib - masing-masing mendapat 18 dan 11 pencalonan.

1.10 tengahari Tan Sri Muhyiddin mendapat pencalonan ke-55 untuk calon timbalan presiden dari bahagian Jelutong yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden.

Bagi naib presiden pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Syed Hamid Albar.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (67), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (47), Datuk Shafie Apdal (37), Datuk Khaled Nordin (39), Datuk Syed Hamid Albar (18), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

Dua lagi calon presiden - Datuk Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib - masing-masing mendapat 18 dan 11 pencalonan.

1.00 tengahari Pencalonan untuk jawatan tertinggi Umno berterusan hari ini, dengan Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-18 dari bahagian Bukit Mertajam bagi jawatan timbalan presiden. Datuk Seri Najib dicalonkan untuk jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Syed Hamid Albar.

Dengan itu, Najib kini memperolehi 81 pencalonan, manakala seorang lagi calon timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin masih kekal dengan 54 pencalonan dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengumpul 11 pencalonan.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (66), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (46), Datuk Shafie Apdal (37), Datuk Khaled Nordin (39), Datuk Syed Hamid Albar (17), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3) dan Tan Sri Annuar Musa (1).
.

Pembangkang dakwa bajet negeri Kelantan tidak mampu tingkat hasil

KOTA BAHARU: Bajet Kelantan yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan (DUN) Kelantan hari ini disifatkan pembangkang sebagai tidak mampu menjana peningkatan hasil kerajaan negeri yang terus menyaksikan jumlah hutang Kelantan terus tinggi.

Timbalan ketua pembangkang di DUN itu, Datuk Noor Zahidi Omar (BN-Pengkalan Kubor) berkata bajet yang bertemakan "Bajet Berimbang" itu sebenarnya langsung "tidak berimbang" dan banyak merugikan kerajaan Kelantan.

"Hutang awam Kelantan kini sudah melebihi aset iaitu sebanyak RM326 juta tahun lalu akan terus meningkat pada masa depan dan jika tidak ada usaha untuk berbuat sesuatu keadaan hutang Kelantan semakin membimbangkan.

"Titah Sultan Kelantan juga harus diambil kira apabila menegur ada beberapa hasil kerajaan negeri yang tidak dimasukkan dalam hasil wang yang disatukan," katanya ketika membahaskan Bajet 2009 itu.

Kerajaan Kelantan hari ini membentangkan bajet defisit bagi 2009 dengan anggaran hasil yang diperolehi sebanyak RM339.98 juta berbanding perbelanjaan mengurus sebanyak RM360.26 juta.

Walaupun kerajaan negeri menjangkakan jumlah defisit pada 2009 sebanyak RM20.28 juta, jumlah itu bagaimanapun berkurangan berbanding defisit bajet 2008 sebanyak RM23.73 juta.

Bajet itu dibentangkan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa (PASSalor) berikutan keuzuran Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Noor Zahidi berkata rakyat Kelantan terus "digulagulakan" seperti Ladang Rakyat yang belum lagi ditanam dan mendatangkan hasil tetapi sudah diberikan dividen.

"Saya ingin bertanya adakah hasil penebangan balak untuk tanaman ladang rakyat itu dimasukkan ke dalam hasil wang yang disatukan," katanya.

Beliau berkata adalah menghairankan apabila bajet kerajaan negeri itu dimaklumkan peruntukan yang tidak pernah cukup sedangkan Kelantan kaya dengan hasil yang boleh memberi keuntungan kepada negeri.

Noor Zahidi juga mempersoalkan skim penanaman getah klon balak di hutan simpan sama ada di hutan simpan itu tidak mempunyai balak atau sebaliknya.

"Apa yang dikhuatiri penanaman klon getah ini akan menjadi seperti penanaman sentang yang akhirnya perkara ini tidak berlaku," katanya.

Beliau juga hairan mengapa kerajaan negeri memperuntukkan kos yang begitu tinggi untuk menyelenggarakan sekolah agama seliaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) sebanyak RM40 juta.

Katanya jika sekolah-sekolah agama itu diserahkan kepada kerajaan Pusat untuk ditadbir, kerajaan negeri akan dapat menjimatkan perbelanjaan.

"Sekolah YIK ini kebanyakannya sangat daif dan memerlukan peruntukan besar untuk menyeliakannya," katanya.

Menurutnya kerajaan negeri juga boleh menjimatkan lagi perbelanjaan dengan membenarkan kerajaan Pusat membina laluan bertingkat landasan keretapi di Pasir Mas. Katanya, tidak ada faedah untuk kerajaan negeri berlumba-lumba membina laluan bertingkat itu sedangkan tidak mampu untuk berbuat demikian.

Beliau juga menyelar bajet itu meminggirkan terus manifesto PAS pada pilihan raya umum lalu seperti tiadanya tabung untuk peniaga wanita.

Sementara itu di luar dewan, ketua pembangkang Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) meminta kerajaan negeri supaya tidak memasukkan peruntukan pemberian baja sebanyak RM2 juta dalam bajet berkenaan. Katanya kerajaan Pusat telah memberi baja kepada semua petani di Kelantan tanpa mengira fahaman politik dan peruntukan kerajaan negeri itu boleh disalurkan kepada perkara lain.

"Kerajaan negeri juga tidak melaksanakan manifesto PAS untuk memberikan cuti bersalin kepada 90 hari dan pembinaan kompleks sukan untuk wanita," katanya.

- BERNAMA


.

Kelantan bentang bajet 2009 dengan anggaran defisit RM20.28 juta


KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan membentangkan bajet defisit bagi tahun 2009 dengan anggaran perolehan hasil sebanyak RM339.98 juta berbanding perbelanjaan mengurus sebanyak RM360.26 juta.

Dengan tema "Bajet Berimbang", kerajaan negeri menjangkakan jumlah defisit pada tahun 2009 sebanyak RM20.28 juta, berkurangan berbanding dengan defisit Bajet 2008 yang berjumlah RM23.73 juta.

Bajet kali ini dibentangkan di persidangan Dewan Undangan Negeri oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Datuk Husam Musa berikutan keuzuran Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Husam berkata anggaran hasil negeri bagi tahun depan sebanyak RM339.98 juta itu meliputi hasil cukai sebanyak RM80.13 juta, hasil bukan cukai sebanyak RM169.30 juta dan terimaan bukan hasil sebanyak RM90.55 juta.

"Penurunan hasil pada tahun 2009 adalah berpunca daripada penurunan beberapa sumber hasil tertentu akibat semakan semula oleh jabatanjabatan setelah mengambil kira pungutan sebenar hasil yang diperolehi pada tahun bagi tahun 2007," katanya.

Beliau berkata hasil tanah menjadi penyumbang terbesar dengan jumlah RM116.97 juta atau 34.41 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil diikuti sektor perhutanan iaitu RM94.97 juta atau 27.93 peratus. Pungutan royalti air pula dijangka kekal sebanyak RM3.41 juta.

Dalam usaha meningkatkan hasil negeri, kerajaan akan memberi kesedaran kepada pemilik tanah supaya menjelaskan premium dan cukai tanah dan tunggakan manakala agensi seperti pihak berkuasa tempatan, Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) perlu berusaha untuk tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan negeri, katanya.

Beliau berkata anggaran perbelanjaan mengurus tahun 2009 berjumlah sebanyak RM360.6 juta berbanding RM424.73 juta dalam tahun 2008, iaitu menurun sebanyak RM64.47 juta atau 15.20 peratus, merangkumi Perbelanjaan Tanggungan sebanyak RM35.99 juta dan Perbelanjaan Bekalan sebanyak RM324.28 juta.

Peruntukan pembangunan bagi tahun 2009 pula berjumlah RM184.46 juta yang dibiayai di bawah peruntukan negeri.

Husam berkata tema Bajet Berimbang dapat dizahirkan menerusi tiga aspek utama iaitu penjanaan ekonomi berterusan untuk semua rakyat, pembinaan insan yang berteraskan Islam dan pembelaan berterusan golongan daif, miskin, golongan Orang Kurang Upaya (OKU), anak yatim, ibu tunggal (armalah) dan warga emas.

Kerajaan negeri juga akan memberi perhatian serius dalam meningkatkan kemudahan infrastruktur yang menjadi pemangkin kepada pembangunan fizikal dan sosial yang lain dengan sebanyak RM26.50 juta peruntukan bagi tujuan itu, katanya.

Untuk sektor pertanian diperuntukkan sebanyak RM2.05 juta, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (RM1.55 juta), Jabatan Perikanan (RM410,000) dan pelancongan (RM1.9 juta), katanya.

Bagi program memartabatkan agama Islam, peruntukan awal RM8 juta disediakan untuk pembinaan Kompleks Islam di Gua Musang, Machang, Pasir Puteh dan Bachok manakala RM1.1 juta untuk bantuan masjid dan surau dan RM5.50 juta untuk projek pembinaan dan pembaikan masjid seluruh negeri.

Sebagai usaha berterusan membela golongan daif, miskin, golongan OKU, armalah dan warga emas, kerajaan negeri menyediakan sejumlah RM1.20 juta untuk Program Pembelaan Rakyat Miskin, RM200,000 untuk program penempatan semula penduduk, RM800,000 untuk Projek Bantuan Bekalan Air Dan Elektrik, dan RM2 juta untuk subsidi baja padi.

"Kerajaan juga meneruskan program bantuan kesihatan rakyat miskin yang menghidapi penyakit kronik dengan jumlah RM300,000 diperuntukkan, juga peruntukan sebanyak RM600,000 untuk OKU. Untuk membantu golongan armalah pula, sebanyak RM2 juta diperuntukkan," katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan negeri juga merancang membina beberapa projek Perumahan Awam Kos Rendah dengan peruntukan sebanyak RM22 juta, selaras dengan dasar kerajaan negeri menyediakan peluang kepada golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

- BERNAMA
.

25 October 2008

Pencalonan Terkini Pemuda : Mukhriz 65, Khairy 44, Khir Toyo 32

6.45 pm - Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-65 dari bahagian Sri Gading, Johor, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua. Razali kini mendapat 72 pencalonan.

6.30 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-44 dari bahagian Papar, Sabah yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

5.30 pm Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat dua lagi pencalonan, menjadi 32, bagi jawatan ketua Pemuda. Beliau mendapat pencalonan dari Sandakan dan Kluang. Sandakan turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua.

5.00 pm Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan pertama untuk hari bagi jawatan ketua Pemuda dari bahagian Tambun, Perak. Beliau kini mendapat 64 undi manakala ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalonkan untuk jawatan naib ketua.

4.45 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-43 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Tangga Batu, Melaka, yang turut mencalon ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

4.15 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-42 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Sembrong, Johor, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. Razali kini mendapat 68 pencalonan.

3.50 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-41 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Sabak Bernam, yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican. Reezal kini mendapat 54 pencalonan.

3.20 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-40 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Tawau yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican. Reezal kini mendapat 53 pencalonan.

3.00 pm Khairy Jamaluddin layak bertanding jawatan ketua Pemuda selepas mendapatkan pencalonan daripada Pemuda bahagian Gua Musang yang bermesyuarat semula hari ini.

Mesyuarat itu juga mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

Mesyuarat pertamanya dua hari lalu mencalonkan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk jawatan ketua Pemuda dan Reezal sebagai naib ketua.

Dengan ini pencalonan bagi Dr Mohd Khir kini kembali kepada 30 manakala pencalonan bagi Reezal pula kembali kepada 52.

2.00 pm Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-31 dari bahagian Parit, Perak yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua.

Seorang lagi calon naib ketua, Razali Ibrahim yang juga ahli Parlimen Muar, sehingga mengumpul 66 pencalonan.

12.30 t/hari Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hanya memerlukan satu lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan ketua Pemuda Umno parti Mac depan.

Semalam, Khairy mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Hulu Terengganu, menjadi pencalonan baginya sehingga ini berjumlah 38.

Kelayakan minima bagi jawatan ketua Pemuda ialah 39 pencalonan. Ahli Parlimen Jerlun sudah melepaskan kelayakan minima. Sehingga beliau mendapat 63 dan pencalonan terbaru adalah dari bahagian Kubang Pasu semalam.

Sebelum ini, Mukhriz dilaporkan mendapatkan 63 pencalonan, termasuk dari bahagian Beluran, Sabah.

Bagaimanapun, selepas dibuat pengiraan semula, pencalonan dimenangi oleh seorang lagi calon, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Bekas menteri besar Selangor itu kini memperolehi 30 pencalonan termasuk, satu lagi dari Marang, Terengganu semalam.

Sehingga ini, kesemua 13 daripada 15 bahagian di Kedah telah mencalonkan Mukhriz.

Manakala dua lagi Pemuda bahagian di Kedah - Kulim Bandar Baru dan Sungai Petani - dijadual bermesyuarat minggu depan.

Di Sabah, Mukhriz dan Khairy masing-masing mendapat tujuh pencalonan.

Di Perak, Dr Mohd Khir mendahului pungutan pencalonan dengan memperolehi enam setakat ini.

Manakala Mukhriz dan Khairy masing-masing mendapat lima pencalonan dari negeri tersebut.

Khairy pula mendahului di Kelantan dengan mendapatkan lima pencalonan setakat ini, manakala Mukhriz (1) dan Dr Mohd Khir (2).

Sebanyak 14 Pemuda Umno bahagian bermesyuarat hari ini, iaitu Kluang, Sri Gading, Petaling Jaya Utara, Sipitang, Sandakan, Tambun, Papar, Parit, Lumut, Sabak Bernam, Tangga Baru, Maran, Seputeh dan Tawau.

Pencalonan Terkini : Najib 79, Muhyiddin 53 Mohd Ali 17, Muhd Taib 11


5.35 pm - Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddn Yassin masing-masing mendapat dua lagi pencalonan dari bahagian Kuala Kedah dan Beaufort. Dengan itu Najib kini mendapat 79 pencalonan manakala Muhyiddin 53 pencalonan.

Bagi naib presiden pula, Kuala Kedah mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Isa Samad.

Beaufort pula mencalon Hishammuddin, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Khaled Nordin.

Dua lagi calon timbalan presiden - Datuk Mohd Ali Rustam (17) dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat 11 pencalonan.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (65), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (42), Datuk Shafie Apdal (37), Datuk Khaled Nordin (39), Datuk Syed Hamid Albar (14), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

5.20 pm - Datuk Mohd Ali Rustam mendapatkan dua lagi pencalonan menjadi 17 setakat ini. Beliau dicalonkan oleh bahagian Tangga Batu, Melaka dan Setiawangsa, Kuala Lumpur. Kedua bahagian tersebut turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden, Tangga Batu mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Shafie Apdal.

Manakala Setiawangsa juga turut mencalonkan Hishammuddin dan Shafie, manakala seorang lagi ialah Datuk Jamaluddin Jarjis.

Dua lagi calon timbalan presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat 51 pencalonan manakala Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat 11 pencalonan.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (63), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (41), Datuk Shafie Apdal (36), Datuk Khaled Nordin (38), Datuk Syed Hamid Albar (14), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (6), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6) dan Tan Sri Annuar Musa (1).
5.05 pm - Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-11 dari bahagian Setiu, Terengganu untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussien, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Khaled Nordin.

Dua lagi calon timbalan presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat 51 pencalonan manakala Datuk Mohd Ali Rustam mendapat 15 pencalonan.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (61), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (41), Datuk Shafie Apdal (34), Datuk Khaled Nordin (37), Datuk Syed Hamid Albar (14), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (6), Datuk Jamaluddin Jarjis (4), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6) dan Tan Sri Annuar Musa (1).
4.50 pm - Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-15 dari bahagian Dungun, Terengganu untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden, bahagian tersebut mencalonkan Tan Sri Isa Samad bagi pencalonan ketujuh. Dungun juga mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Khaled Nordin untuk jawatan naib presiden.

Sehingga ini, Hishammuddin memperolehi 60 pencalonan manakala Khaled mendapat 36 pencalonan.

Dua lagi calon timbalan presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat 51 pencalonan manakala Tan Sri Muhammad Muhd Taib memperolehi 10 pencalonan.

Calon lain bagi naib presiden ialah Datuk Shafie Apdal (34), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (40), Datuk Syed Hamid Albar (14), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (6), Datuk Jamaluddin Jarjis (4), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

4.35 pm - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalonan ke-51 dari bahagian Hulu Terengganu, untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Shafie Apdal, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Khaled Nordin.

Dua lagi calon timbalan presiden - Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib - masing-masing mendapat 14 dan 10 pencalonan.

Calon lain bagi naib presiden ialah Datuk Syed Hamid Albar (14), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (6), Datuk Jamaluddin Jarjis (4), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

4.10 pm - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalonan ke-50 dari bahagian Tanjung Piai, Johor, untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Manakala Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Khaled Nordin dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan dicalon sebagai naib presiden.

Sehingga ini, dua lagi calon timbalan presiden - Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib - masing-masing mendapat 14 dan 10 pencalonan.

Calon lain bagi naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein (58), Datuk Shafie Apdal (40), Datuk Syed Hamid Albar (14), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (6), Datuk Jamaluddin Jarjis (4), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

3.50 pm - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalonan ke-49 dari bahagian Tanjung Piai, Johor, untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Untuk naib presiden, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Khaled Nordin.

2.15 pm - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalonan ke-48 dari bahagian Simpang Renggam, Johor, untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Untuk naib presiden, ia mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Setakat ini, Hishammuddin mendapat 57 pencalonan, Zahid (38), Khaled (32) dan Datuk Shafie Apdal (33).

2.10 pm - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalonan ke-47 dari bahagian Labis, Johor, untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Untuk naib presiden pula, Labis mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

1.50 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-14 dari bahagian Jasin bagi jawatan timbalan presiden. Bahagian tersebut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Syed Hamid Albar.

1.00 t/hari - Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-10 hari ini dari bahagian Marang, Terengganu. Datuk Seri Najib Tun Razak pula mendapatkan pencalonan ke-67 bagi jawatan presiden dari bahagian yang sama.

Manakala calon naib presiden pula ialah Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal.

12.30 t/hari - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga ini mengumpul 66 pencalonan dan layak bertanding jawatan presiden Mac depan.

Begitu juga calon timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memperolehi 46 pencalonan dan layak bertanding jawatan tersebut.

Dua lagi calon timbalan presiden, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib masing-masing mendapat 13 dan sembilan pencalonan.

Bagaimanapun, penyokong mereka yakin Mohd Ali dan Muhd Taib akan memperolehi pencalonan yang cukup untuk bertanding jawatan berkenaan.

Kelayakan minima untuk bertanding jawatan timbalan presiden ialah 39 pencalonan.

Semalam, Muhd Taib dilaporkan berkata bukan menjadi masalah besar untuk calon-calon bertanding jawatan timbalan presiden Umno sekiranya mesyuarat bahagian lebih menjurus mencalonkan mereka yang berasal dari negeri masing-masing.

Menurut, perkara itu sudah menjadi kelaziman, misalnya mesyuarat bahagian di Johor sudah semestinya mencalonkan Muhyiddin dan bahagian di Melaka pula calonkan Mohd Ali.

Muhd Taib yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu yakin beliau akan melepasi kuota bertanding jawatan berkenaan kerana masih banyak lagi bahagian yang belumbermesyuarat.

"Masih ada 127 bahagian yang belum bermesyuarat dan di Selangor sendiri masih ada 15 bahagian yang belum mesyuarat," katanya kepada pemberita.

Beliau turut membayangkan keyakinan beliau akan mendapat sokongan daripada mesyuarat bahagian di Selangor.

"Masih banyak lagi... yang negeri lain itu bagi-bagilah pada calon lain pula ada banyak kan apa susahnya," katanya.
.