SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

29 July 2009

UMNO tidak hilang serinya tanpa senyum Nik Aziz..

Cekati Tembaga menulis..

"Pergi Jahanamlah UMNO", ungkapan keramat terbaru Nik Aziz. Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh orang paling 'warak' dalam Pas mengenai kemungkinan wujud salam persaudaraan sesama bangsa dan seagama.

Mungkin bagi sebilangan orang akan melihat kecaman terbaru dan paling sensasi oleh Nik Aziz ini akan menggambarkan tidak ada lagi titik pertemuan antara dua parti Melayu Islam ini pada masa akan datang.

Ada beberapa kerat golongan penentang kerajaan melihat kecaman ini sebagai jaminan Pas untuk terus kekal setia 'bersedudukan' dengan DAP dan PKR.

Ramai juga melihat gelagat Nik Aziz ini akan membuatkan UMNO tawar hati untuk kembali menjalin silaturrahim yang telah terputus lama dengan Pas.

Tetapi apa yang penting rakyat dapat melihat sendiri realiti politik Nik Aziz. Selama ini seruan Raja-Raja Melayu dan Mufti agar Melayu Islam bersatu bukan dihalang oleh orang bukan Islam, tapi oleh Nik Aziz sendiri.

Biarlah Nik Aziz dengan dunianya. Biarlah Nik Aziz cakap apa saja kerana gelagat Nik Aziz itu sedikitpun tidak meninggalkan kudis kepada UMNO.

Kepada rakyat malaysia yang mahu melihat UMNO - Pas bersilaturrahim bersabarlah, tunggulah sehingga Nik Aziz sudah tiada dalam Pas.
.

21 July 2009

Durian Kunyit dan ikan sungai kenangan manis di Manek Urai..

Cekati Tembaga menulis..

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai telah berlalu kira-kira seminggu. Manek Urai yang sejak sebulan yang lalu penuh sesak dengan kenderaan berpusu-pusu kini kembali lengang. Kalau bukan kerana Manek Urai terletak di tepi jalanraya utama Kuala Krai - Gua Musang, pastinya ia tidak akan lagi menjadi perhatian pengguna jalanraya berkenaan.

Kalau bukan juga kerana jalan raya itu, durian kunyit yang pada hari-hari akhir menjelang hari mengundi melonjak sehingga RM30 sebiji, durian kunyit Manek Urai mungkin sekadar dapat dinikmati oleh penduduk tempatan sahaja.

Hari ini ekoran bahang pilihanraya tempoh hari, pengguna jalan raya Kuala Krai - Gua Musang masih lagi berhenti di gerai-gerai durian sepanjang jalan di Manek Urai. Cuma harganya tidak lagi semahal RM30 sebiji tetapi masyarakat luar yang pernah datang ke Manek urai akan tetap mengenang keenakan durian kunyit Manek Urai.

Itulah uniknya Manek Urai.

Kalau dulu berapa kerat sangat rakyat Malaysia yang pernah mendengar nama Manek Urai, apatah lagi berapa ramai pernah menjejak kaki di bumi subur di pedalaman Kelantan ini.

Kalau dulu siapa yang tahu di Manek Urai selain lemang yang melata di kiri kanan jalanraya, terdapat juga gerai ikan sungai yang enak masakannya. Sebut saja ikan apa, masak apa.. semua ada. Kalau sebelum pilihanraya menu ikan sungai bakar, masak tempoyak dan singgang untuk 4 atau 5 orang makan, harganya kira-kira RM40 tetapi siapa sangka pada musim pilihanraya ada yang menjangkau hampir RM200. Bukan salah peniaga itu tetapi adat demam pilihanraya, semua benda menjadi 'raya'.. harga pun melonjak menjadi 'raya' juga... biasalah...

Pernahkah orang Manek Urai terfikir untuk menyewakan rumah sehingga RM8000 untuk cuma 2 minggu? Sehinggakan ada penduduk yang sanggup keluar dari rumah untuk sementara, menumpang di rumah kawan dan saudara, semata-mata mengejar peluang tawaran yang sangat menarik ini. salahkah orang Manek Urai meletakkan harga sebegitu? Tidak. Inilah yang dinamakan sebagai rezeki pilihanraya.

Syabas dan tahniah kepada orang Manek Urai atas kehebatan mereka..

Tahniah dan syabas bukan kerana durian kunyit yang mencecah harga puluhan ringgit sebiji. Tahniah bukan kerana masakan ikan sungai dengan resepi istimewa bernilai ratusan ringgit sehidangan. Tahniah juga bukan kerana bijak mendagangkan rumah sewa sehingga ribuan ringgit.

Tetapi syabas dan tahniah kerana orang Manek Urai sudah buktikan yang mereka sedang menuju perubahan. Orang Manek Urai buktikan mereka menyahut seruan pembangunan yang dilaungkan kerajaan.

Walaupun kemenangan atas kertas diisytiharkan menyebelahi Pas, tetapi kemenangan sebenarnya adalah milik rakyat Manek Urai sendiri. Hampir 1200 majoriti undi yang dibekalkan oleh bekas YB Pak Su Weil diberikan oleh pengundi Manek Urai sendiri kepada BN sebagai menyahut seruan BN agar mereka sendiri yang tentukan kehendak masyarakat di situ.

Dalam manifestonya BN menjanjikan jambatan baru yang lebih besar dan selesa akan dibina menggantikan jambatan sempit sedia ada, merentangi sungai Kelantan menghubungkan Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama.

Sungguhpun jambatan ini dijanjikan sekiranya BN menang dalam pilihanraya kecil ini, tetapi kesungguhan pengundi membuat 'u-turn' kembali kepada BN sehingga BN hampir-hampir sahaja berjaya merampas kerusi Manek Urai, menunjukkan trend sokongan pengundi Melayu dan Islam telah kembali menyokong BN. Dan sewajarnya sebagai menghargai kepercayaan itu kerajaan BN melaksanakan pembinaan jambatan itu sebagai hadiah meraikan sokongan pengundi Manek Urai.

Insyaallah dalam pilihanraya akan datang, YB Manek Urai akan berlambang dacing.
.