"Pergi Jahanamlah UMNO", ungkapan keramat terbaru Nik Aziz. Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh orang paling 'warak' dalam Pas mengenai kemungkinan wujud salam persaudaraan sesama bangsa dan seagama.
Mungkin bagi sebilangan orang akan melihat kecaman terbaru dan paling sensasi oleh Nik Aziz ini akan menggambarkan tidak ada lagi titik pertemuan antara dua parti Melayu Islam ini pada masa akan datang.
Ada beberapa kerat golongan penentang kerajaan melihat kecaman ini sebagai jaminan Pas untuk terus kekal setia 'bersedudukan' dengan DAP dan PKR.
Ramai juga melihat gelagat Nik Aziz ini akan membuatkan UMNO tawar hati untuk kembali menjalin silaturrahim yang telah terputus lama dengan Pas.
Tetapi apa yang penting rakyat dapat melihat sendiri realiti politik Nik Aziz. Selama ini seruan Raja-Raja Melayu dan Mufti agar Melayu Islam bersatu bukan dihalang oleh orang bukan Islam, tapi oleh Nik Aziz sendiri.
Biarlah Nik Aziz dengan dunianya. Biarlah Nik Aziz cakap apa saja kerana gelagat Nik Aziz itu sedikitpun tidak meninggalkan kudis kepada UMNO.
Kepada rakyat malaysia yang mahu melihat UMNO - Pas bersilaturrahim bersabarlah, tunggulah sehingga Nik Aziz sudah tiada dalam Pas.
.