SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

10 June 2008

MB KEDAH : Amiruddin ganti Azizan ?

dipetik dari malaysia-hariini
KEDUDUKAN Ustaz Azizan Razak sebagai Menteri Besar Kedah dijangka tidak akan bertahan lama apabila sudah usaha-usaha dibuat untuk menggantikan Menteri Besar tersebut oleh wakil rakyat PAS yang lain dan calon Menteri Besar baru tersebut telah dikenalpasti dan dijangka ADUN Anak Bukit, IR Amiruddin Hamzah akan mengambil alih teraju kepimpinan baru kerajaan PAS di Kedah.

Ustaz Azizan dijangka memberikan laluan kepada calon muda tersebut memandangkan beliau sendiri menghadapi masalah kesihatan yang kronik dan dilihat tidak mampu memenuhi agenda PAS bagi membuktikan kemampuan mentadbir negeri Kedah selepas menang dalam pilihan raya lalu.

Menurut sumber daripada PAS Kedah, Azizan tidak ada pilihan dan walaupun umum melihat ada calon lain yang lebih layak namun dengan kedudukan Amiruddin, Exco paling senior dalam kerajaan PAS Kedah, maka ADUN Anak Bukit ini dilihat sebagai orang yang layak menggantikan Azizan Razak.

“Meskipun pelantikan Amiruddin akan menimbulkan kemarahan kepada tokoh lain namun sebagai tokoh muda dan pemimpin yang lama berada dalam PAS, beliau adalah calon yang paling layak menggantikan Azizan dan kita percaya Amiruddin mampu memenuhi aspirasi PAS Kedah untuk terus menjadi kerajaan di negeri ini,” ujar sumber tersebut sewaktu dihubungi sambil menambah,

“ Masalah kesihatan Ustaz begitu membimbangkan dan kita tidak mahu faktor kesihatan ini dijadikan senjata oleh musuh-musuh poltik untuk menumbangkan kerajaan kita dan kita percaya perubahan kepimpinan perlu dibuat sebelum keadaan menjadi lebih buruk serta tidak terkawal,” kata sumber itu lagi.

Selain daripada masalah kesihatan, Ustaz Azizan juga tidak mampu menangani pertembungan tiga kumpulan dalam PAS Kedah di mana dua kumpulan tersebut sering memberikan tekanan kepada beliau untuk mengosongkan kerusi Menteri Besar.

Selain satu kumpulan yang menyokong Azizan, dua kumpulan lagi masing-masing dipercayai diketuai oleh Amiruddin Hamzah dan juga Mahfuz Omar dilihat tidak mampu memberikan kerjasama yang baik kepada Azizan sebagai Menteri Besar dan Azizan sendiri turut dipercayai sudah bosan dengan karenah golongan-golongan muda dalam parti yang rakus mahu mengejar kuasa dan kedudukan sedangkan usia PAS memerintah Kedah baru sahaja setahun jagung.
Menjawab pertanyaan berkaitan, sumber dari PAS Negeri juga tidak menafikan bahawa pelantikan Amiruddin nanti akan menimbul serta memanjangkan pergolakan dalam parti serta kerajaan tetapi mereka yakin Amiruddin yang dinamakan untuk menggantikan Azizan mempunyai cara tersendiri untuk meyakinkan semua pihak bahawa pemilihan beliau sebagai Menteri Besar yang baru sewajar diterima dan dihormati.

“Kita sedar banyak pihak dilihat layak tetapi kedudukan Amiruddin sendiri melayakkan beliau untuk pengambilalihan tampuk kepimpinan negeri dan kita tetap percaya dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh Azizan akan diteruskan oleh beliau. Jadi tidak ada sebab pihak lain melihat Amiruddin seperti mahu merampas kuasa,” kata sumber itu lagi.

Namun ada pihak lain pula melihat pertukaran Menteri Besar yang bakal berlaku di Kedah ini membuktikan kegagalan PAS Kedah untuk menangani masalah dalaman parti tersebut dan Azizan terpaksa `dikambing hitam’kan bagi memenuhi kehendak pihak yang sentiasa menuntut kerusi tersebut.

Apa pun perkembangan ini merupakan satu perkembangan terbaik bagi PAS Kedah kearah mematangkan parti tersebut untuk dilihat berjaya sebagai sebuah kerajaan baru selepas merampas daripada kerajaan Barisan Nasional dan semua pihak PAS di Kedah meletakkan kepentingan parti lebih utama daripada individu malah pengunduran Ustaz Azizan untuk memberi peluang kepada Amiruddin Hamzah juga disifatkan sebagai satu pengorbanan cukup besar untuk PAS.