SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

15 July 2008

Perjanjian Pangkor II : PAS sanggup meninggalkan negara Islam?

Inikah agaknya situasi apabila Perjanjian Pangkor II ditandatangani dalam Pakatan Rakyat di Perak?

dipetik dari tulisan Anak jati Perak

Perhimpunan 'PROTES sejuta rakyat’ pada 6.7.2008 telah membuka satu lembaran baru dalam kerjasama antara PAS, PKR dan DAP yang membentuk Pakatan Rakyat. Terlalu banyak kepincangan yang ada dalam penganjuran perhimpunan tersebut hingga kemuncaknya aksi memalukan ’londeh seluar’ oleh kumpulan muzik ’Sosialis’ Carburetor Dung yang bersama-sama PR melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Kerajaan melalui lagu satira politik murahan berjudul ’Mari Jilat Menjilat’.

Lebih menyedihkan sahabat teman memberitahu terlihat tangisan hiba seorang makcik ketika berlansungnya persembahan daripada anak didik Hishamuddin Rais yang menjadi ’otai’ menguruskan acara persembahan pada ketika itu. Bak kata pepatah Melayu ”terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”, ucapan maaf dan kononnya tangisan penyesalan Hishamuddin tidak berguna lagi.

Sebagai orang Islam teman merasa begitu kecewa dan malu dengan insiden ini apatah lagi ia merupakan anjuran bersama oleh PAS yang memperjuangkan Islam sebagai wadah politiknya. Namun teman tidak melihat elemen-elemen islamik sebaliknya diselitkan dengan muzik undergound semasa menghadiri perhimpunan PROTES ini.

Timbul persoalan di hati teman, Adakah PAS telah lupa sehingga sanggup menggadaikan matlamat asal perjuangan mereka menegakkan negara Islam demi menjaga hati PKR dan DAP? Pemerintahan PR telah melewati 100 hari namun apa yang dilihat telah mula menampakkan bibit-bibit akan berlaku ’perceraian’ yang mungkin diakhiri dengan lafaz ’talak’ dalam alam ’rumahtangga’ yang masih di fasa berbulan madu.

Jika diambil kira komposisi Menteri Besar, PAS menguasai 3 kerusi Menteri Besar, PKR 1 kerusi dan DAP 1 kerusi dan teman melihat PAS dilihat sebagai ’Ketua Keluarga’ namun senario politik semasa menyaksikan PAS lebih banyak membisu berbanding PKR dan DAP. Adakah PAS telah hilang taringnya dan tidak lagi dihormati oleh PKR dan DAP? Pilihanraya Umum ke-12 (PRU-12) menyaksikan PAS banyak bertolak ansur dan berdiplomasi termasuk menyerahkan kerusi-kerusi Melayu yang mampu dimenanginya untuk ditandingi oleh PKR.

Tapi malangnya selepas PIRU-12 'ilmu guna-guna’ yang digunakan oleh PKR dan DAP telah mula menampakkan keberkesanannya sehingga PAS dilihat bersikap dayus dan tidak mampu membuat keputusan tidak kira dalam penentuan dasar di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Contoh yang terbaik ialah rakyat negeri Perak sendiri terkejut dengan pendedahan Mohd. Fadzil Jamaluddin, Abang kepada MB Perak, Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin bahawa wujudnya ’Perjanjian Pangkor II’ yang ditandatangani dengan DAP sebelum pembentukan Kerajaan Negeri.

Intipati perjanjian ini antara lain melarang Menteri Besar menyebut negeri Perak diperintah oleh Islam dan terma-terma politik yang berkaitan PAS atau bahasa Arab seperti hudud dan Qisas.

Umum mengetahui bahawa termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri yang mensyaratkan Menteri Besar merupakan orang Melayu dan Islam. Rentetan daripada itu, jika diimbas kembali kemelut politik yang berlaku sebelum pembentukan Kerajaan Negeri di Perak, kebimbangan telah wujud di kalangan orang Islam sendiri apabila majoriti kerusi DUN yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat adalah DAP 18 kerusi, PKR 7 kerusi dan PAS 6 kerusi. Kemelut berakhir dengan pelantikan Nizar sebagai MB Perak walaupun perkara ini nyata tidak disenangi oleh DAP.

Telahan teman bahawa Nizar tidak mampu dibeli oleh DAP nyata meleset apabila melodrama ini akhirnya terbongkar dengan pendedahan bahawa wujudnya ’perjanjian pangkor II’ antara PAS dan DAP kononnya sebagai jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi kemelut yang berlaku.

Namun, kesan terhadap orang Melayu/Islam semakin dirasai dan membuktikan kebenaran perjanjian terutamanya dengan dasar-dasar Kerajaan Negeri yang memihak kepada bukan Islam serta tiada dasar-dasar yang menguntungkan orang Islam sebagaimana pemerintahan PAS di Kedah dan Kelantan. Siapa yang harus dipersalahkan?

Adakah PAS sanggup mengakui kesilapan mereka? Walaupun pemimpin dan penyokong PAS sendiri pada awalnya menegaskan bahawa Nizar bukan ’MB Boneka’ dan tidak akan tunduk kepada tekanan namun sejauhmana ia mampu bertahan. Adakah DAP terlalu bodoh untuk membiarkan ’rezeki’ yang terhidang di depan mata begitu sahaja?

Teman difahamkan ketika kemelut pelantikan Menteri Besar lalu, telah wujud desas desus bahawa terdapat perundingan di antara PAS dan UMNO (BN) untuk bekerjasama mentadbir Perak atas dasar bagi memelihara kepentingan masyarakat Islam dan Melayu di Perak.

Difahamkan bahawa pucuk pimpinan PAS pusat sendiri telah memberikan green light dan sedia bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk Kerajaan Negeri.

Teman tertanya-tanya mengapa perkara ini tidak berlaku? Adakah UMNO terlalu ego untuk bekerjasama dengan PAS? Atau PAS sendiri tunduk kepada tekanan DAP dan PKR agar tidak bekerjasama dengan UMNO? Walaupun dikatakan pucuk pimpinan PAS telah memberikan green light, namun teman difahamkan kata putus untuk bekerjasama dengan UMNO berada ditangan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang.

Desas-desus yang mengatakan beliau enggan bekerjasama dengan ’UMNO the Zalim’ dan lebih rela bersama ’Si kafir DAP.

Jika ini benar-benar berlaku mengapa Pesuruhjaya PAS sanggup menjual maruah dan menggadaikan perjuangan Islam dengan meletakkan kebencian yang begitu ekstrem kepada UMNO sehingga sanggup mengenepikan kepentingan Melayu/Islam di negeri Perak dan menolak negara Islam.

Adakah beliau mewakili kesemua orang Islam? Apabila dilihat kembali manifesto PAS pada PRU-12 lalu, tidak hairanlah Islam tidak menjadi salah satu daripada 12 teras dalam manifesto PAS. Adakah PAS cuba mengenepikan kepentingan Melayu/Islam bagi meraih sokongan masyarakat bukan Islam?

Rakyat sedia maklum bahawa Sultan adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri. Secara tidak langsung tindakan Ustaz Ahmad Awang yang sedia bekerjasama dengan DAP seolah-olah membelakangkan Sultan sebagai Ketua Agama Islam. Rakyat masih menunggu dasar-dasar yang akan memberi manfaat kepada umat Islam setidak-tidaknya Nizar mampu bersuara dalam hal-hal berkaitan kepentingan Islam. Adakah ’UMNO the zalim’ tidak mampu ditarbiah oleh PAS? Sekurang-kurangnya corak pemerintahan Islam yang diamalkan oleh PAS boleh diterapkan ke dalam UMNO berbanding DAP yang secara terang-terangan menentang pembentukan negara Islam.

’Perjanjian Pangkor II’ ini akhirnya memakan diri PAS dan lebih memburukkan lagi menodai kepercayaan rakyat dan menggadaikan kepentingan Islam termasuk penyokong PAS sendiri di peringkat akar umbi khususnya di Perak. Timbul tanda tanya sampai bila PAS sanggup bertahan dan menipu rakayat di negeri ini dan adakah orang Islam sendiri perlu terus menyokong perkara ini. Ini seolah-olah ’gigantic propotion’ atau penderhakaan yang amat jelas.

Sebahagian ahli PAS sendiri telah mula menyuarakan pendapat lebih baik sekiranya PAS bertindak sebagai pembangkang jika kesan kerjasama ini merugikan orang Islam sendiri. Mengapa perjanjian ini dibuat tanpa pengetahuan ahli PAS?

Tiada apa lagi yang perlu dibanggakan oleh orang Islam di Perak sekiranya beginilah senario sebenarnya. Apa lagi kuasa yang ada pada Nizar? Teman sendiri tidak sanggup melihat Nizar sekadar ’Puppet’ yang telah ditentukan skrip dan jalan ceritanya oleh DAP sehingga PRU-13.

Sekiranya keadaan ini terus berlaku tiada jalan lain selain Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh MB daripada PAS wajar diturunkan. Tiada gunanya PAS melaungkan Islam, agama dan bangsa sedangkan lidah tidak mampu berkata apa-apa.

Akhirnya, PAS perlu melafazkan ’talak’ kepada DAP dan PKR sekiranya mahu memulihkan kembali kepercayaan rakyat dan memelihara imej PAS sendiri yang memperjuangkan Islam.

Antara isi kandungan ’Perjanjian Pangkor II’ yang ditandatangani Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) Nizar Jamaluddin ialah:

1) Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.

2) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain-lain lagi.

3) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.

4) Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil PAS. DAP juga menuntut wakil speaker DUN Perak dari wakil DAP.

Ulasan ringkas Cekati Tembaga

1. Nizar Jamaluddin tidak pernah menyebut bahawa Perak diperintah oleh Islam atau ditadbir dengan pentabiran Islam

2. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak pernah menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud dan Qisas atau sekurang-kurangnya ke arah itu.

3. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak pernah dilihat atau dibuktikan membuat keputusan sendiri sebagai menggunakan kuasa MB. Semua perkara yang ingin dibuat dipersembahkan terlebih dahulu kepada Exco Perak yang mana terdiri daripada 70% bukan Islam.

4. Soal Pembahagian Exco yang adalah 6 Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil PAS. DAP juga diberi jawatan speaker DUN Perak dari wakil DAP.

Ini bermakna semua 4 perkara yang menjadi syarat dan terma perjanjian tersebut bukan sahaja wujud malah sudah pun dipenuhi, jadi dengan sendirinya "Perjanjian Pangkor 2" itu memang benar-benar ditandatangani. Ini juga bermakna secara tidak langsung Perak kini "kembali dijajah", kali ini bukan oleh kuasa asing tetapi proksinya dan MB Perak dari PAS sebagai bonekanya.
.