SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

17 June 2008

16 September…Khairy cabar dan tunggu jawapan Anwar

Khairy Jamaluddin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat jika pada 17 September ini Barisan Nasional masih berkuasa.
.
Dalam posting terbaru di blognya rembau.net Naib Ketua Pemuda UMNO itu berkata jika Anwar begitu yakin ada lebih dari 30 wakil rakyat BN sudah "dalam tangan" makanya cabaran itu tidak menjadi masalah baginya.
.
“Jika beliau gagal, bukan hanya beliau harus letak jawatan, tetapi apa sahaja kredibilitinya dimata rakyat akan hancur begitu sahaja. “Saya menunggu jawapannya”kata Khairy. Anwar telah beberapa kali membuat kenyataan terbuka kerajaan BN akan merudum menjelang 16 September ini menerusi tindakan lompat parti sebilangan Ahli Parlimen BN.

Sambil menyifatkan usaha Anwar sebagai strategi mewujudkan ‘ kerajaan pintu belakang,Khairy berkata rakyat Malaysia harus sedar bahawa tindak tanduk itu sebenarnya merupakan penghinaan terhadap rakyat.

Katanya,"rakyat Malaysia tidak mahu institusi demokrasi diruntuhkan semata-mata kerana kerakusan Dato' Seri Anwar yang tidak sabar untuk mencapai impian beliau menjadi Perdana Menteri.
.
Adakah majoriti rakyat Malaysia setuju dengan tindakannya untuk menubuhkan kerajaan yang tidak ada mandat pengundi? Saya percaya tidak. Jika kehendak Dato' Seri Anwar tercapai, negara kita akan menjadi bahan jenaka di peringkat antarabangsa kerana mempunyai Kerajaan yang tidak sah dari segi moral. Malaysia akan digelar sebagai "illegitimate democracy" dengan kerajaan yang tiada mandat rakyat, kredibiliti mahupun legitimasi moral untuk memerintah. Mungkin ada yang akan kata Malaysia sudah menjadi sebuah "banana republic."
- 17/6/2008
.
---------------------------------
Jolok jangan tak jolok…

Sebagai orang politik Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tahu beliau tidak rugi satu sen pun jolok dan terus jolok Barisan Nasional dengan cerita ada kalangan Ahli Parlimen mereka yang siap sedia nak melompat. Makanya baik pada kenyataan maupun ceramahnya dimana jua kebelakangan ini Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu terus pasang ‘lagu’ itu untuk buat Barisan Nasional tak sedap badan.
.
Paling tidak bila semuanya berlalu tanpa apa-apa lepas 16 September – tarikh yang didakwanya kerajaan BN akan merudum menerusi tindakan melompat banyak alasan politik yang boleh dijadikan sandaran.
.
Terbaru dalam ceramahnya di Pulau Pinang Ahad malam lepas sebelum ini bermain dengan cerita tentang Ahli Parlimen BN di Sabah dan Sarawak ,kalangan Ahli Parlimen parti MCA pula menjadi sasarannya.
.
Anwar mendakwa pakatan pembangkang makin hampir ke Putrajaya. Beliau juga mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan pilihan raya mengejut jika lompat parti dari BN ke pembangkang berlaku.
.
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting menyifatkan dakwaan Anwar adanya Ahli Parlimen MCA yang akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) bermotifkan politik. Katanya, dakwaan tersebut hanya bertujuan hendak mewujudkan rasa saling curiga mecurigai sesama anggota parti komponen BN. “Tidak ada kebenaran langsung dakwaan adanya Ahli-Ahli Parlimen MCA akan lompat atau tinggalkan BN. Dakwaan (Anwar itu) hanya bertujuan wujudkan rasa curiga di kalangan komponen BN,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sistem pesanan ringkasnya (SMS) kepada Agendadaily yang meminta komen beliau berhubung dengan dakwaan Anwar kononnya ada Ahli parlimen MCA akan sertai pakatan pembangkang tidak lama lagi.
.
Sementara itu Pengerusi Biro Publisiti MCA Datuk Fu Ah Kiow dalam satu kenyataan menilai dakwaan Anwar itu merupakan satu gimik murahan. Beliau juga menyifatkan ia sebagai satu dakwaan yang tidak masuk akal. Ia bertujuan menimbulkan perbalahan dalam kalangan parti komponen BN.
.
"Ini adalah strategi beliau dalam mengejar impiannya menjadi Perdana Menteri.
Jelas sekali niatnya adalah buruk," kata Fu.
.