
Dr Mohd Asri Zainul Abidin minggu lepas menyeru empat tokoh ini berbincang "memandangkan masa depan umat Islam yang mula goyah" kerana "masa depan negara dan umat lebih utama daripada segala-galanya."
.
Mursyidul am PAS berkata PAS sudah lama menggesa pertemuan seumpama itu "tetapi Umno yang tidak mahu."
"Bila pembangkang dah dapat lima negeri (selepas pilihan raya umum lalu) baru timbul nak adakan pertemuan," katanya, lapor Bernama, di Kota Bharu hari ini.
Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan, dilaporkan berkata sekarang masa yang sesuai untuk pertemuan penting sebegitu kerana jika dibiarkan berlanjutan, ia akan memburukkan lagi keadaan.