SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

16 June 2008

100 Hari PKR di Selangor: Pena Ajaib Siapa Yang Berdakwat?

Apabila mengambil alih pemerintahan di Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan bongkak berkata tamat sudah zaman pena ajaib dan runding terus (direct negotiations).
.
Sehingga hari ini masih belum muncul satu pun kes yang membuktikan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan BN Selangor yang lalu terutamanya oleh Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. Sebaliknya, pena ajaib muncul di zaman Khalid. Kaedah runding terus tetap diteruskan.

Laporan polis yang dibuat ke atas pegawai Pejabat Menteri Besar Selangor bukan dibuat tanpa bukti mahu pun laporan palsu. Pegawai Khas Tan Sri Khalid, Mohd Yahya Mat Shari dengan menggunakan kepala surat (letterhead) Pejabat Menteri Besar Selangor telah menulis surat menyenaraikan syarikat-syarikat yang perlu diberi keutamaan dalam pemberian kontrak pembersihan dan kutipan sampah di Petaling Jaya. Di manakah janji dan kata-kata tan Sri Khalid dan PKR untuk melaksanakan tender terbuka?

Lebih menghairankan, bagaimanakah beberapa surat oleh empat buah syarikat kepada Dato' Bandar Petaling Jaya boleh melalui Pegawai Khas Menteri Besar dengan tertera "mohon kerjasama, saya menyokong permohonan ini" - diiringi cop tertera HJ. MOHD YAHYA BIN HAJI MAT SAHRI, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Dato' Menteri Besar Selangor.

Apakah ini bukan pena ajaib dan kronisme? Apakah Tan Sri Khalid ingin mengatakan bahawa Haji Yahya membuat surat dan sokongan tersebut tanpa restu beliau? Apakah berani didedahkan bahawa pemilik syarikat ini tiada kena mengena dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat? Sudah tentu akan ada suara berkata BN juga membuat sokongan. Tapi ini bukan manifesto BN sebaliknya ia adalah manifesto Pakatan Rakyat.

Malah Khalid Ibrahim sendiri menegaskan tiada lagi pemberian kontrak tanpa melalui tender. Ini baru empat syarikat yang bocor. Entah berapa banyak lagi sudah berlangsung sejak tiga bulan ini. Baru seratus hari sudah melanggar polisi sendiri, bayangkan lima tahun apa akan jadi.Ketika sibuk menyelongkar mencari titisan dakwat pena ajaib Khir Toyo, rupanya pena ajaib Khalid Ibrahim yang menjelma.
.
Tahniahlah kepada Khalid Ibrahim. 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor akan diingati dengan Projek Babi Mega, Kronisme dan Pena Ajaib serta hubungan rapat beliau dengan pengerusi I Berhad. Tidak lama lagi kita akan menerima pula notis bangkrap Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kerana tidak mampu bayar pampasan kepada Syabas.