SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

16 June 2008

Sertai Pakatan Rakyat hanya 'perang saraf' Anwar?

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: "Jangan guna pintu belakang masuk Putrajaya." Demikian ujar pemerhati politik Dr. Chandra Muzaffar apabila mengulas mengenai desas-desus sejak tiga bulan lalu bahawa akan ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat.

Sambil menyifatkan ia cuma satu bentuk propaganda atau 'perang saraf' Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Chandra berkata: "Ia seolah-olah mengancam kedudukan BN bahawa ada yang akan menyeberang ke Pakatan Rakyat, akan ada 30 hingga 40 orang sudah sedia memasuki Pakatan Rakyat, sanggup berpaling tadah."

Dalam pertemuan dengan mStar Online minggu lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menyifatkan kenyataan-kenyataan Anwar selama ini sebagai satu "propaganda" semata-mata.

"Propaganda," jawab ringkas Dr. Mahathir.

Malah, menurut Dr. Mahathir, beliau juga percaya Anwar tidak akan menjadi Perdana Menteri."Saya tak nampak dia boleh jadi Perdana Menteri," katanya.

Ketika ditemui sempena 100 hari selepas pilihan raya umum ke-12, Chandra yang juga Presiden Just berkata, Pakatan Rakyat dan Anwar seharusnya menggunakan pendekatan yang wajar dan boleh diterima ramai jika merasakan pihaknya berpeluang menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuan.

"Jangan masuk Putrajaya melalui pintu belakang, cara yang baik ialah melalui pintu depan," katanya.

Anwar telah berulang kali menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan menjelang 16 September. Ia mempunyai 82 kerusi di Parlimen dan memerlukan 30 wakil rakyat yang sanggup melompat parti.

Sehubungan itu, beliau juga menyarankan mana-mana wakil rakyat sama ada anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Dewan Rakyat, jika ingin menyertai Pakatan Rakyat harus melepaskan kedudukan mereka terlebih dahulu.

"Saya menganggap bahawa ia (tindakan melompat parti) tidak salah dari segi undang-undang, tetapi jika wang ringgit dan janji digunakan untuk melompat parti, maka ia salah dari segi moral dan amalan demokrasi.

"Mereka yang terlibat ini harus mengembalikan semula mandat yang telah diperoleh (ketika pilihan raya umum ke-12) kepada pengundi dan harus meletakkan jawatan... kemudian bertanding semula jika merasakan boleh menang dan mahu bertanding lagi," kata beliau sambil mengakui kini tiada peruntukan sedemikian.

Undang-undang semasa pilihan raya tidak membenarkan seseorang berhenti daripada menjadi wakil rakyat dan bertanding semula.

Jelas beliau, perlu ada pindaan undang-undang bagi membolehkan peruntukan baru digubal bagi menghalang mereka yang menang atas tiket parti lain tetapi kemudian menyertai sebuah parti lain.

Perpindahan besar-besaran wakil rakyat mengejutkan negara berlaku pada 1994 selepas pilihan raya umum negeri Sabah sehingga membawa kepada kejatuhan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Tambah Chandra, tindakan mana-mana wakil rakyat yang melompat parti selepas menang atas tiket sesebuah parti bertindak bertentangan dengan etika dan salah dari segi demokrasi.

Pada Sabtu lalu, bekas Naib Presiden Umno dan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan bahawa akan ada sebuah parti komponen BN akan keluar menjelang hujung bulan ini.

Desas-desus bahawa ada Ahli Parlimen BN akan menyertai kendengaran sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, dengan kebanyakannya membabitkan parti-parti dari Sabah dan Sarawak. Semalam di Pulau Pinang, Anwar menyebut bahawa beberapa Ahli Parlimen MCA pula akan menyertai Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Chandra juga merasa hairan sebab spekulasi sedemikian berlarutan memandangkan BN yang mempunyai perbezaan 'selesa' 58 kerusi di Dewan Rakyat jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat.

"Dalam keadaan perbezaan kerusi sebanyak 58, cakap-cakap seperti ini satu fenemena luar biasa. Kalau di negara lain majoriti dua atau tiga kerusi, isu lompat-melompat biasa diperkatakan dan berlaku," katanya.