SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

16 June 2008

Isa Samad kembali...

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan datang sudah tentu akan menjadi tumpuan kepada pelbagai pihak. Beberapa keputusan yang sepatutnya dibuat oleh MT dinanti-nantikan kerana ia memberikan kesan kepada iklim dan perjalanan politik dalaman UMNO sendiri.
.
Antara keputusan tersebut ialah adakah MT akan berkongsi sama hasil permuafakatan MT UMNO yang berlangsung di Shah Alam bulan lalu. Keduanya, yang paling menarik ialah bagaimana dengan nasib bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Isa Samad yang akan tamat tempoh penggantungannya pada 24 Jun depan.
.
Berdasarkan hukuman yang dikenakan ke atas Isa tiga tahun lalu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu perlu menjalani tempoh penggantungan satu penggal atau tiga tahun. Berdasarkan tarikh hukuman dijatuhkan, 24 Jun depan merupakan ‘hari pembebasan’ yang sepatutnya dinikmati oleh Isa.
.
Apa kesan daripada keputusan tersebut? Yang paling di tunggu-tunggu ialah Isa akan menikmati semula haknya sebagai ahli untuk memilih dan dipilih memegang sebarang jawatan. Memandangkan tahun ini adalah tahun pemilihan di semua peringkat bermula daripada Cawangan bermula Julai ini, Bahagian mulai Oktober dan kemuncaknya pemilihan jawatan tertinggi parti pada Disember 2008.
.
Pembebasan Isa tidak dapat tidak akan terus dilihat daripada sudut, adakah Isa akan melakukan ‘misi memberishkan semula namanya’ dengan menawarkan diri untuk bertanding semula jawatan Naib Presiden yang dilucutkan daripadanya ekoran kesalahan atas dakwaan politik wang. Kalangan pemerhati politik, berpendapat Isa tidak akan kehilangan apa-apa jika menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Malah akan memperolehi banyak keuntungan daripada usahanya bertanding semula.
.
Selain boleh membersihkan namanya, Isa juga akan menjadi calon yang mungkin dapat menarik banyak undi simpati serta menjadi calon alternatif yang boleh menjadi suara 'bebas' daripada kalangan mereka yang berada dalam sistem kekuasaan negara. Isa sendiri apabila diajukan soalan oleh Agendadaily mengenai tarikh pembebasannya hanya berkata, lebih baik tunggu keputusan MT dahulu.
.
Ditanya adakah beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden semula jika dibebaskan, beliau tetap tenang memberikan jawapan, dibebas atau tidak belum tahu lagi masakan beliau boleh bercakap soal hendak bertanding atau tidak. Namun, hakikatnya, pembebasan Isa memang ditunggu-tunggu khususnya daripda kalangan para penyokong beliau yang kelihatan sudah mula ‘hidup enjin’ untuk menobatkan semula bos mereka sebagai salah seorang pimpinan tertinggi parti pada pemilihan Disember depan.
.
Selain, kedudukan Isa, ada juga yang hendak tahu apakah keputusan MT pada mesyuarat akan datang mengenai permohonan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Noor untuk menyertai semula UMNO dan beberapa bekas pemimpin parti itu termasuk bekas Ketua PKR Permatang Pauh, Anuar Shaari. Permohonan mereka menarik perhatian kerana kedua-duanya bukan sahaja bekas pemimpin PKR tetapi merupakan orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
.
Ezam adalah bekas Setiausaha Politik Anwar manakala Anuar pula bekas Setiausaha Sulitnya. Banyak pandangan diberikan termasuk kemungkinan Ezam menjadi ‘hadiah kuda trojan’ yang menjadi musuh dalam selimut UMNO untuk kepentingan politik pembangkang.
.
Apa yang pasti, mesyuarat MT akan datang sudah tentu menarik sama ada irama politik negara makin rancak atau sebaliknya.
.