SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

16 June 2008

Berita gempar...

Terkini ; APAKAH benar telah ada 16 orang Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional akan bertindak keluar daripada parti tersebut sebagai satu protes terhadap keengganan Pak Lah untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan tindakan mereka ini juga disifatkan sebagai satu lagi perkembangan yang bakal mengejutkan senario politik tanah air.

Walau bagaimana pun, keputusan yang bakal dibuat itu bukanlah bermakna mereka akan menyertai pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim tetapi Ahli-Ahli Parlimen tersebut akan meletakkan diri mereka sebaris dengan YB Ibrahim Ali sebagai anggota bebas serta bertindak sebagai kuasa penentu di sidang parlimen akan datang.

Menurut sumber yang layak dipercayai, kalangan beberapa anggota parlimen Barisan Nasional telah mula bosan dan muak dengan kenyataan berbelit-belit Pak Lah tentang tarikh sebenar penyerahan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri dan tindakan mereka mengambil keputusan keluar daripada Barisan Nasional sebagai satu bantahan kepada sikap dan pendirian Pak Lah dalam menangani isu tersebut.

Mereka juga menganggap sebarang perancangan yang Pak Lah sedang rancang ketika ini tidak lebih daripada sebuah perancangan kosmetik semata-mata dan tidak menjanjikan keputusan dominan sebagai sebuah kerajaan yang lebih mementingkan kepada tuntutan rakyat serta gerakan massa yang mampu membuatkan rakyat dan negara terus stabil, aman dan makmur.

Mereka juga berpendapat bahawa keputusan yang bakal dibuat itu meskipun akan mengecewakan ramai pihak namun kalangan mereka percaya bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk menyedarkan Pak Lah bahawa Barisan Nasional sudah tidak lagi mempercayai dan memerlukan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ada yang berpendapat, sebagai seorang Ketua pada sebuah kerajaan, Pak Lah telah gagal membuktikan bahawa beliau mampu untuk mengatasi segala masalah rakyat yang timbul dan juga pendirian serta komitmen beliau untuk mengeluarkan rakyat daripada segala kesulitan sejak akhir-akhir ini gagal meyakinkan semua orang.

Bermula daripada kekalahan mengaibkan melalui PRU12 lalu sehingga Pak Lah mencatat sejarah sebagai seorang Perdana Menteri pertama yang hilang majoriti dua pertiga di parlimen dan seorang Presiden yang terpaksa mengerah seluruh Ketua-ketua cawangan UMNO daripada seluruh Negara berkumpul setiap hujung minggu bagi mencari talian hayat untuk beliau menyambung khidmatnya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, gerakannya lebih kepada sekadar mahu mencari sokongan. Itu yang disifatkan.

Tindakan ahli-ahli parlimen ini sekiranya benar berlaku, satu lagi tamparan berbisa kepada Pak Lah sebagai Perdana Menteri dan sekali gus menterjemahkan betapa bila kebencian terhadap Perdana Menteri berlaku, apa sahaja boleh berlaku.

Namun menurut sumber tersebut, ahli-ahli parlimen ini selain tidak menyertai pembangkang, mereka juga tidak akan sama sekali menubuhkan parti lain dan akan menyertai semula Barisan Nasional apabila Pak Lah tidak lagi menjadi Pengerusi dan Perdana Menteri.