SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

17 June 2008

Anwar Bakal Pilih Permatang Pauh?

SHAH ALAM, 17 Jun: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan, kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili beliau sekarang adalah salah satu dari tiga kerusi pilihan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding dalam pilihan raya kecil untuk membolehkan beliau menjadi anggota Parlimen.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak fakir Anwar dan partinya, PKR akan memilih Bandar Tun Razak untuk dijadikan tempat bertanding dalam pilihan raya kecil kerana ia bukan kawasan selamat.

“Saya adalah pihak yang paling gembira jika Anwar memilih kerusi itu tetapi melihat kepada peluang untuk menang, saya tidak fikir ia kerusi pilihan,” kata Khalid ketika ditanya Siasah dalam pertemuannya dengan ketua-ketua pengarang media di kediaman rasmi MB Selangor petang ini. Lebih 30 pengarang kanan media termasuk ketua pengarang menyertai sessi yang berlangsung lebih dua jam itu.

Sebelum ini, Siasah melaporkan, kawasan Parlimen Bandar Tun Razak antara kawasan pilihan Anwar jika beliau perlu bertanding dalam pilihan raya kecil memandang Khalid adalah juga Menteri Besar Selangor di samping anggota Parlimen kawasan itu. Menurut Khalid, beliau hanya menang dengan majoriti tidak sampai 3,000 undi sahaja dalam pilihan raya lalu dan bukanlah satu kawasan yang selamat untuk Anwar.

Dua lagi kawasan yang disebut-sebut menjadi fokus Anwar adalah kawasan yang diwakili isterinya, Dr Wan Azizah Ismail iaitu Permatang Pauh dan kawasan yang diwakili anaknya, Nurul Izzah, Lembah Pantai. Dalam pilihan raya umum lalu, Khalid menang dengan majoriti 2,515, Wan Azizah menang dengan majoriti 13,888 di Permatang Pauh manakala Nurul Izzah menang dengan majoriti 2,895 undi.

Bagi memastikan kemenangan, Permatang Pauh dipercayai bakal menjadi pilihan Anwar jika beliau memutuskan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil. Walaupun Anwar pernah menyebut berminat untuk bertanding di Perak namun faktor kawasan selamat untuk Anwar dijangka menjadi penyebab utama sesuatu kawasan itu dipilih.

“Saya merasai sendiri bagaimana berada dalam suasana semua jentera BN memberikan tumpuan kepada suatu kawasan dalam satu pilihan raya kecil iaitu dalam pilihan raya kecil Ijok. Tidak boleh bergerak kita,” kata Khalid.