SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

31 July 2010

Tan Sri Annuar Musa dipilih Timbalan Presiden FAM 2010-2014

Cekati Tembaga menulis...

Cekati Tembaga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Annuar Musa, Bapa Pemodenan Bolasepak Kelantan yang telah dipilih untuk bergandingan dengan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Timbalan Presiden FAM untuk sessi 2010-2014.

Kongres Tahunan ke-47 FAM yang berlangsung hari ini turut menyaksikan jawatan Presiden dimenangi tanpa bertanding oleh DYMM Tuanku Sultan Ahmad Shah.

Pemilihan Tan Sri Annuar Musa menepati ramalan ramai yang merasakan beliau adalah tokoh paling layak menyandang jawatan No.2 FAM ini setelah seluruh negara melihat perubahan mendadak kepada pasukan Bolasepak Kelantan yang diterajui beliau.

Keupayaan Annuar Musa mengubah sama sekali pasukan Kelantan daripada sebuah pasukan belasahan dan penghuni tetap dasar liga, menjadi sebuah pasukan yang amat disegani dan paling dicemburui lawan, membuktikan pemilihan ahli-ahli kongres FAM sememangnya menepati kehendak seluruh peminat bolasepak tempatan.

Kehadiran Annuar Musa dalam pasukan Kelantan bukan sekadar mengubah perspeksi negatif terhadap pasukan itu, tetapi menjenamakan semula Kelantan sebagai "The Red Worriors".

Kelantan kini bukan sekadar pasukan bolasepak tetapi kini menjadi sebuah industri bolasepak yang berkembang pesat dengan penghasilan pelbagai produk berjenama The Red Worriors sehingga diiktiraf oleh Malaysia Book of Record sebagai pasukan yang paling banyak mengeluarkan produk menggunakan jenama tersebut.

Annuar Musa sudah buktikan, tanpa bantuan daripada kerajaan PAS Kelantan sekalipun, The Red Worriors tidak menjadikannya sebagai halangan untuk menjadi pasukan yang hebat. Beliau sudah buktikan dengan keupayaan merencana pasukan menjadikan Kelantan sebagai rebutan penaja.

Syabas diucapkan kepada Tan Sri Annuar Musa.

Seluruh negara kini menunggu sentuhan ajaib Annuar Musa untuk merombak lanskap bolasepak negara. Seluruh negara mengharapkan Annuar Musa mencipta keajaiban seterusnya untuk bukan sekadar meningkatkan mutu bolasepak negara malah mengembalikan nostalgia kegemilangan Skuad Harimau seperti zaman lagenda Mokhtar Dahari.

Tetapi sedikit kegusaran kepada peminat The Red Worriors, bimbang kalau-kalau Annuar terpaksa menumpukan lebih masa di FAM, akan terabai pembangunan The Red Worriors.

Semoga kebimbangan ini tidak menjadi kenyataan, sebagaimana The Red Worriors memerlukan Annuar Musa, begitu jugalah seluruh negara menagih sentuhan beliau. Kita terimanya dengan redha..