GAMBAR yang dirakam menggunakan telefon bimbit kelihatan pakatan pembangkang mengadakan sidang tergempar dewan di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan sebentar tadi.
Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan pakatan pembangkang di bawah pokok sebentar tadi meluluskan usul undi percaya kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan usul membubarkan dewan serta-merta.
Usul pertama dicadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah, sejurus sidang tergempar itu dimulakan pada 10.20 pagi tadi, dan diluluskan 27 Adun pakatan pembangkang yang hadir.
Usul kedua, iaitu bagi pembubaran DUN Perak pula dicadangkan Adun Teja, Chang Lih Kang, dan segera diluluskan.
Speaker, V. Sivakumar, mengadakan sidang tergempar itu di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan, selepas hanya beliau dibenarkan memasuki bangunan berkenaan. Perjalanan persidangan itu disaksikan ratusan penyokong parti pembangkang dan wartawan serta anggota polis yang berkawal.
.
p/s : MACAM CERITA P.RAMLEE LAKSAMANA DO RE MI PULAK, BERSIDANG BAWAH POKOK.. DAH TARAF MEREKA LA TU MESYUARAT BAWAH POKOK.. SIAP LULUS USUL LAGI.. BANGANG YANG TERAMAT..