Berikut adalah kenyataan 2 orang pemimpin politik utama di Kelantan pada hari 23 Mei 2009 (Sabtu) - iaitu sehari selepas kematian Allahyarham Pok Su Weil.. bandingkan siapa lebih berbudi pekerti dan siapa lebih pentingkan kerusi dan kuasa politik semata-mata...
.Apa perasaan keluarga Allahyarham Poksu Weil, apabila tidak sampai sehari meninggal partinya terus bercakap soal nak bertanding pilihanraya. Air mata sanak saudara pun tak kering lagi, partinya dah heboh bersiap nak letak calon lain bertanding..
Hormatlah sikit perasaan keluarga Allahyarham..simpatilah...
dipetik daripada berita harian
Masih terlalu awal tentukan calon Manek Urai : Dato' Mustapa Mohamad
Umno Kelantan berpendapat masih terlalu awal untuk menentukan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Jumaat lalu.
/Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata mesyuarat biro politik Umno negeri di sini, malam tadi hanya membincangkan situasi politik semasa di Manek Urai.
/
/
"Kita hanya mendengar taklimat mengenai keadaan di Manek Urai dari Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan langsung tidak membincangkan soal calon di DUN itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat biro itu di Bangunan Umno Negeri di sini.
/
/
Mustapa berkata, Umno Kelantan akan membuat keputusan mengenai calon pilihan raya kecil itu selepas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai DUN itu, Khamis ini.
"Sebaik mendapat isyarat daripada ibu pejabat barulah Umno Kelantan akan bertindak segera. Jika bertanding, kita akan berjuang habis-habisan di Manek Urai kerana kita yakin peluang BN di sana adalah baik.
............................................................
dipetik daripada mstar
DUN Manek Urai: BN wajar tanding, kata Nik Aziz
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak pernah ketandusan calon untuk diletakkan dalam mana-mana pilihan raya.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS mempunyai ramai calon yang berkelayakan untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.
“Calon sudah ada, ramai, tua muda semuanya ada dan layak, PAS tidak pernah ketandusan calon terbaik.
"Insya-Allah, kita akan letakkan calon tempatan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di markas PAS Taman Melewar, Gombak dekat sini, hari ini.
.