SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

04 February 2009

Isu 2 ADUN: "Keputusan SPR muktamad"

dipetik daripada mstar online

PETALING JAYA: "Keputusan SPR muktamad." Demikian tegas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika mengulas kata dua Pakatan Rakyat yang semalam memberikan tempoh 48 jam kepada agensi itu untuk mengkaji semula keputusannya.

"SPR buat kerja dengan rapi, tidak terburu-buru dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa," kata beliau yang pernah memegang jawatan Setiausaha suruhanjaya itu sebelum ini, ketika dihubungi mStar Online tengah malam tadi.

"Soal kaji balik keputusan (yang dibuat oleh SPR) tidak timbul," katanya.

Bagaimanapun jelas Wan Ahmad, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan SPR berhak untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Itu hak masing-masing," kata beliau dengan menambah bahawa keputusan semalam dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk tujuan pilihan raya diadakan dan undang-undang, bukan semata-mata soal politik.

Petang semalam, exco kanan Perak Datuk Ngeh Koo Ham meminta SPR menyemak semula keputusannya mengenai status ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang dan Changkat Jering dalam tempoh 48 jam.

Ngeh, yang mendakwa SPR telah membuat keputusan yang salah, berkata jika SPR enggan berbuat demikian maka ia telah cuai dalam menjalankan tanggungjawab berperlembagaan di luar batas kuasanya.

Pagi semalam SPR memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan pada kerusi DUN Perak kawasan Changkat Jering dan DUN Behrang dan kedua-duanya masih dipegang oleh penyandang kerusi berkenaan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, ini kerana SPR mendapati wujudnya keraguan terhadap keduadua surat peletakan jawatan Mohd Osman Jailu sebagai ADUN Changkat Jering dan Jamaluddin Mohd Radzi sebagai ADUN Behrang.

Ngeh, yang juga Pengerusi DAP negeri, berkata tugas SPR adalah untuk menjalankan pilihan raya dan bukan untuk memutuskan sama ada perlu atau tidak pilihan raya.

"Dalam enggan meneruskan dengan pilihan raya kecil, SPR merampas peranan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan telah menyalahtafsirkan peranannya," katanya.

Kata Ngeh, menurut Artikel XXXVI (5) Perlembagaan Negeri Perak, sebarang kekosongan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri harus diisi dalam masa 60 hari menerusi pilihan raya kecil dan Yang Dipertua DUN Perak T. Sivakumar telah memaklumkan kepada SPR bahawa dia telah menerima surat peletakan jawatan sebagai wakil rakyat dari dua ADUN itu.

Ngeh, yang juga seorang peguam, berkata ia bukan untuk SPR mempertikaikan keputusan Yang Dipertua DUN sejak yang Dipertua secara sah bertindak ke atas surat peletakan jawatan itu dan bukan menjalankan sebarang inkuari.

Katanya SPR tertakluk kepada Artikel 113 Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan pilihan raya sama ada di peringkat persekutuan atau negeri.

Ditanya sama ada keputusan SPR itu akan dicabar di mahkamah, Ngeh berkata tindakan susulan akan diputuskan selepas berakhirnya tempoh 48 jam itu.
.