SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

03 February 2009

PKR yang 'paksa' saya keluar - Jamaluddin


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Behrang hari Selasa secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu dan menjadi ADUN Bebas. Bercakap kepada Agendadaily sejurus keputusan tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beliau berkata, tiada sebab untuk beliau terus berada dalam parti itu.

Katanya, beliau membuat keputusan berkenaan seteleh meneliti sikap dan keputusan PKR berhubung dengan surat perletakan jawatannya yang ditandatangani Mac lalu.

“Surat itu disimpan oleh PKR negeri Perak. Mana mungkin surat perletakan jawatan itu boleh disampaikan kepada Speaker DUN Perak jika bukan dihantar sendiri oleh PKR negeri.

“Bagi saya ini membuktikan sikap sebenar PKR. Dengan menghantar surat itu kepada Speaker Dewan ia juga boleh ditafsirkan mereka telah membuka pintu dan meminta…Jamal kamu keluarlah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan SPR yang menyatakan tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering pada mesyuarat suruhanjaya itu hari Selasa.

Dengan keputusan Jamaluddin itu, kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS Perak kini mempunyai 31 ADUN termasuk ADUN Changkat Jering, Osman Jailu yang sehingga belum membuat sebarang keputusan. Namun Osman dijangka akan mengikut jejak langkah Jamaluddin.

Jika ini berlaku ADUN kerajaan campuran akan tinggal seramai 30 orang BN, 27 orang dan Bebas dua orang. Ini akan menjadikan kerajaan campuran Perak mempunyai kelebihan satu kerusi sahaja dalam DUN negeri itu. Menjelaskan pendiriannya itu Jamaluddin berkata, untuk apa beliau terus berada dalam PKR sedangkan parti itu tidak mempertahankan beliau dalam kemelut politik yang berlaku di Perak.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak menerima keputusan yang dibuat oleh SPR tersebut dan secara sinis berpesan kepada kalangan pimpinan PKR yang telah memasang angan-angan untuk bertanding pada pilihan raya kecil di DUN Behrang agar “simpanlah sahaja angan-angan itu”. Beliau juga bertekad untuk terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan dan memenuhi harapan para pengundi di kawasan tersebut