SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

04 July 2008

Saiful mengadu diliwat - TPM

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengakui bahawa Mohd. Saiful Bukhari Azlan ada menemuinya kerana mahu mengadu hal dirinya telah diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pertemuan itu yang pertama kali antara mereka berdua, berlangsung di kediamannya beberapa hari sebelum Mohd. Saiful, yang ketika itu dilihat berada dalam keadaan amat trauma, membuat laporan polis terhadap Anwar berhubung isu liwat itu.

"Saya menerima kedatangannya atas sifat saya sebagai seorang pemimpin dan dia sebagai rakyat biasa yang ingin mengadu kepada saya... saya tidak pernah mengenali beliau sebelum ini,'' katanya kepada pemberita di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini semalam.

Mohd. Saiful, 23, membuat laporan di Balai Polis Travers di sini pada 28 Jun alu, mendakwa dirinya diliwat Anwar pada 26 Jun di sebuah kondominium di Bukit Damansara.

Ketika ditanya mengapa pembantu Anwar itu menemui beliau untuk mengadu hal, Najib berkata, beliau tidak tahu, tetapi menganggap pemuda itu memerlukan bantuannya, berikutan Mohd. Saiful mengenali seorang pegawainya.

Najib memberitahu, Mohd. Saiful juga pernah datang ke pejabatnya untuk bertemu seorang pegawainya bagi menguruskan soal biasiswa yang dimohon, tetapi beliau tidak pernah menemui pemuda itu pada ketika itu.

Timbalan Perdana Menteri juga menolak sebarang dakwaan berlaku konspirasi terhadap Anwar dan beliau adalah perancangnya.

Ditanya sama ada beliau percaya apa yang diberitahu oleh Mohd. Saiful itu berasas atau sebaliknya, Najib berkata, pada awalnya beliau tidak berapa yakin sama ada cerita yang disampaikan oleh Mohd. Saiful itu benar atau tidak.

"Saya tidak berani nak cakap... saya nampak dia genuine (ikhlas) sebab dia ketakutan. Tangan dia seram sejuk. Tetapi saya tidak berani buat kesimpulan. Saya nasihat pada dia supaya buat keputusan sendiri," katanya sambil menolak andaian bahawa beliau telah menasihatkan Mohd. Saiful untuk membuat laporan polis mengenai perkara itu.
.