SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

08 June 2008

Peralihan kuasa sebahagian pelan pemulihan politik UMNO

Pelan Peralihan Kuasa yang disebut-sebut sebagai salah satu isu utama dalam UMNO difahamkan turut menjadi salah satu perkara yang dibincangkan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada ‘perkampungan’ MT yang berlangsung bermula hari Khamis hingga Jumaat.

Menurut sumber daripada kalangan Ahli MT memberitahu Agendadaily, soal peralihan kuasa perlu ditangani dan diselesaikan kerana ia merupakan isu yang menjadi tumpuan di kalangan ahli-ahli UMNO dan juga rakyat umum keseluruhannya.

“Ia bukan soal mendesak sesiapa meletakkan jawatan tetapi dalam usaha pemulihan politik UMNO, perkara ini sebahagian daripada perkara yang perlu dibahaskan secara terbuka dan diselesaikan,” katanya. Sumber berkenaan menyatakan demikian di sela-sela bengkel perbincangan Pelan Pemulihan Politik UMNO berhenti rehat tengahari Khamis.

Menurut sumber tersebut, selain soal peralihan kuasa, perbincangan turut menyentuh mengenai perkara-perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan UMNO yang perlu dilaksanakan kerana selama ini ia tidak diberi perhatian. Sebagai contoh kata sumber itu, dalam senario politik sekarang sudah ada pandangan sama ada di kalangan orang Melayu mahu pun rakyat umum bercakap tidak perlunya keistimewaan diberikan kepada orang Melayu dan mahukan kesamarataan diberikan kepada semua kaum.

“Pandangan ini adalah hasil persepsi yang UMNO hanya pentingkan orang Melayu dan seolah-olah nafikan hak kaum lain. Sedangkan hakikatnya, dalam Perlembagaan UMNO termaktub UMNO juga menjamin hak kaum-kaum lain. Inilah yang perlu dilaksanakan dan diperjelaskan bagi memastikan UMNO dilihat relevan kepada semua kaum,” ujar beliau.

Mengulas lebih lanjut mengenai perbincangan yang berlangsung ketika ditanya secara keseluruhannya apakah perkara-perkara yang menjadi fokus pelan pemulihan politik UMNO itu, sumber berkenaan secara analoginya memberikan kenyataan berikut: “Kita hendak merawat penyakit buta iaitu nampak tapi tak melihat. pekak iaitu dengar tapi tidak faham dan bisu iaitu tidak bercakap perkara yang benar.

“Maksudnya, penyakit buta ialah apabila telah terlalu lama berkuasa sampai tidak melihat jalan keluar untuk beri laluan kepada golongan pelapis. Pekak pula tidak mahu mendengar pandangan yang sepatutnya didengar manakala bisu pula tidak berani untuk menyatakan perkara yang sebenar,” jelasnya.

Bagaimanapun ketika ditanya apa yang boleh diharapkan daripada perbincangan pelan pemulihan politik tersebut, sumber itu berkata, berdasarkan perbincangan awal dan keseriusan yang ditunjukkan oleh Ahli-Ahli MT, beliau yakin satu pelan yang konkrit akan dapat dihasilkan dan boleh mengembalikan semula keyakinan rakyat kepaa UMNO.