SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

08 June 2008

Apa Kata Dr Khir Toyo Mengenai Kenaikan Harga Minyak

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Kenaikan harga petrol sebanyak RM 0.78 seliter sememang amat tinggi dan sukar untuk rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana menerimanya. Sebagai ahli MT saya pun terkejut kerana ia tidak pernah dibincang dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO untuk melihat dari perspektif kepentingan rakyat banyak.

Memang tidak dapat dinafikan pengurangan subsidi petrol ini merupakan satu kebaikan jangka masa panjang dari segi kestabilan dan kekukuhan ekonomi negara. Namun jika ia tidak dilaksanakan dengan bijak dan cermat, saya khuatir ia bukan akan mengukuhkan ekonomi tetapi menghancurkan terus kerancakan pembangunan negara.

Saya berharap kerajaan akan mempertimbangkan semula kenaikan drastik ini. Mungkin jika ia dapat dikurangkan separuh daripada kenaikan hari ini pun ia cukup bermakna kepada rakyat dan industri kecil dan sederhana.

Namun jika kerajaan berpendapat ini merupakan jalan terbaik, beberapa perkara harus dilaksanakan segera bagi mengurangkan beban rakyat. Pertamanya kerajaan patut melihat masalah pengurangan subsidi petrol dan kenaikan harga ini dari sudut yang menyeluruh.

Saya fikir kerajaan perlu kumpulkan semua jumlah subsidi sedia ada, kenal pasti berapa jumlahnya. Kemudian gunakan jumlah tersebut untuk mengurangkan kenaikan harga petrol ke tahap yang difikirkan tidak membebankan semua rakyat. Selebihnya barulah diagihkan semula ke sektor-sektor yang akan memberi kebajikan yang tinggi kepada rakyat seperti kepada nelayan, petani dan golongan pekerja berpendapatan rendah di bandar.

Saya difahamkan pada masa ini, subsidi dikategorikan dalam peruntukan pengurusan. Jika subsidi meningkat maka kerajaan perlu meminjam atau menyerahkan kepada rakyat untuk membayar bagi mengelakkkan pinjaman kewangan untuk pengurusan. Yang pastinya akan memberi impak negatif kepada imej negara.

Justeru pada hemat saya, peruntukan subsidi ini sewajarnya diasingkan daripada wang yang digunakan untuk pengurusan. Sepatutnya wang subsidi ini disatukan dengan jumlah peruntukan pembangunan. Dengan ini, jika berlaku penambahan subsidi maka peruntukan pembangunan samada dikurangkan atau dikekalkan dengan membuat pinjaman.

Keduanya, kerajaan juga harus mencari jalan membantu pekerja sektor swasta. Antara yang boleh dibuat ialah memberi potongan cukai khas kepada syarikat korporat yang menaikkan gaji kakitangan bawahan dan peringkat pertengahan pada peratus tertentu.

Ketiga, kerajaan harus menurunkan tarif elektrik bagi mengimbang kenaikan kos akibat harga petrol. Saya fikir tidak ada salahnya buat masa ini kerajaan memberi subsidi kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Janganlah terlalu dipentingkan keuntungan beratus juta syarikat berkaitan kerajaan (Government Link Company - GLC) sehingga rakyat di bawah menderita.

Apa penting diumumkan keuntungan besar syarikat ini tetapi rakyat tidak merasai apa-apa? Petronas dan semua GLC negara perlu mengumumkan keuntungan kepada kabinet sebelum kabinet memutuskan jumlah bonus yang perlu diberikan kepada mereka. Masa ini semua pengurusan GLC dilakukan oleh CEO masing-masing. Mereka menikmati bonus yang tinggi sehingga 9 bulan tetapi tidak menyumbang kepada wang disatukan negara.

Pengalaman saya di Selangor, semua GLC hendaklah menyumbang kepada wang disatukan negeri sebagai satu punca pendapatan, sama ada secara terus atau melalui tabung tertentu. Jika GLC ingin memberikan bonus kepada kakitangan, mereka perlu membuat sumbangan kepada Kerajaan Negeri di samping menyelesaikan pinjaman mengikut jadual.

Jika di laksanakan di peringkat Persekutuan, Petronas yang pasti memperolehi keuntungan hasil dari kenaikan harga minyak mentah dunia dapat menyumbang kepada pendapatan negara secara langsung. Wang ini bolehlah di gunakan untuk mengurangkaan bebanan rakyat atau pun program basmi kemiskinan tegar sebelum 2010.

Kesan kenaikan minyak ini hampir pasti akan menggagalkan rancangan membasmi kemiskinan 201, malah menggagalkan hasrat kerajaan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Sudah tiba masanya kerajaan melihat sistem pengangkutan awam secara menyeluruh di seluruh negara. Saya berpandangan kerajaan perlu melaksanakan satu sistem pengangkutan awam yang berkesan dengan segera. Janji kerajaan untuk mengadakan sistem pengangkutan yang sempurna telah lama didendangkan, tetapi tidak mencapai matlamat.

Kerajaan juga perlu melabur dengan membina infrastruktur pertanian seperti sistem saliran yang sempurna di kawasan yang di kenalpasti boleh di majukan sebagai kawasan tanaman padi seperti Projek Barat Laut Selangor yang telah berjaya meningkatkan Yel padi dari 2 -3 tan per hektar kepada 7-9 tan per hektar.

Sabah, Sarawak memiliki kawasan yang luas dan cukup sesuai untuk tujuan tersebut. Ramai pemimpin mengatakan minyak naik harga bukan masalah, yang saya bimbang rakyat "naik minyak" kerajaan akan hadapi masalah yang lebih parah lagi bila rakyat sanggup jadi "orang minyak" mengambil tindakan di tangan mereka tanpa mengendahkan kesan kepada negara. Fikirkanlah.