SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

08 June 2008

Pemukiman MT UMNO…semua gam mulut



















Ia pertama kali pernah diadakan.Apa lagi ditengah macam-macam cerita yang berlegar. Jadi tidak hairanlah ramai yang nak tahu sangat apa yang dibincangkan oleh para pemimpin utama UMNO hingga kena bermukim selama satu setengah hari di Holiday Inn Glenmarie di Shah Alam. Andaian yang dapat dibuat pasti ia melibatkan segala macam hal-hal sulit untuk berdepan dengan senario politik semasa.




















Makanya usaha para wartawan untuk korek sana... korek sini mengenai hal-hal yang dibincangkan semasa program pemukiman para ahli Majlis Tertinggi UMNO itu yang berakhir lewat pagi Jumaat tidak dapat apa-apa. Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan mahu pun satu sidang akhbar diadakan.



















Para wartawan yang menunggu Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak di lobi utama pada waktu tengahari kemudiannya mendapat tahu mereka telah berangkat pulang melalui ‘ jalan belakang’.

Sebelum itu beberapa ahli Majlis Tertinggi yang ditemui semasa berjakan keluar untuk pulang enggan mengulas apa-apa mengenainya.





















Ada antara mereka cuma tersenyum dan menolak permintaan wartawan bagi mendapatkan maklumat atau ulasan mengenai hasil perbincangan. Seorang anggota secara berseloroh berkata beliau akan kehilangan jawatannya jika membocorkan maklumat mengenai perbincangan mereka kepada wartawan.




















Pemukiman itu diadakan bagi membincangkan hala tuju UMNO selain merangka strategi untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap parti itu yang merosot dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas. Program itu dimulakan Khamis selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden UMNO menyampaikan amanatnya.




















Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Timbalan Presiden UMNO, dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor turut menyampaikan taklimat masing-masing.

Perbincangan yang diadakan dalam tiga kumpulan itu, berlangsung sehari suntuk sehingga lewat Khamis malam tadi sebelum disambung pagi Jumaat dan diakhiri dengan sesi rumusan.




















Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Ali Rustam mempengerusikan sesi perbincangan kumpulan pertama, seorang lagi Naib Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai kumpulan kedua dan Ketua Penerangan Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengetuai kumpulan ketiga.

Muhyiddin sebelum ini telah menyatakan bahawa pemukiman itu adalah bagi membolehkan UMNO merangka strategi jangka panjang dan jangka pendek bagi menawan hati dan pemikiran rakyat terutamanya golongan muda.




















Peserta telah diminta mengemukakan syor-syor mengenai strategi pemulihan untuk dilaksanakan oleh parti.