SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

09 January 2013

Kelantan tuan rumah tilawah Al-Quran Kebangsaan 2013


Buat julung-julung kalinya Kelantan akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56 yang berlangsung selama 5 hari bermula 2 sehingga 6 Mei depan.

Majlis yang akan diadakan di Kompleks Balai Islam, Lundang itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak, manakala upacara penutupan majlis tilawah berkenaan akan disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata, seramai 30 qari dan qariah dari seluruh negara akan mengambil bahagian pada majlis berkenaan - UTUSAN

*********************************************************************

Cekati Tembaga menulis...

Gembira sekali rasanya kerana akhirnya Musabaqah Al-Quran akan diadakan di Kelantan pada pertengahan tahun ini buat julung-julung kalinya. 

Boleh pula program di Kelantan guna istilah kebangsaan, selama ni kan Nik Aziz sangat phobia dengan nama kebangsaan ni... ops lupa pulak, bulan Mei nanti belum tentu lagi Nik Aziz yang menjadi Menteri Besar Kelantan.

Walau bagaimana pun keputusan mengadakan Pertandingan Tilawah Al-Quran atau Musabaqah di Kelantan adalah pilihan yang tepat kerana sewaktu waktu dahulu, Kelantan merupakan kilang yang menghasilkan Juara Qari dan Qariah bukan sekadar peringkat kebangsaan bahkan di persada antarabangsa.

Nama-nama seperti Haji Ahmad Pergau, Haji Mokhtar Ahmad, Haji Mohammad Yusoff, Haji Abdul Rahim Ahmad, Hajjah Faridah Mat Saman dan Hajjah Sapinah Mamat - merupakan nama-nama besar yang menjadi lagenda dalam pertandingan Musabaqah Al-Quran sehingga mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Qari dan Qariah Kelantan sentiasa memukau perhatian juri dan disegani peserta negeri lain setiap kali Musabaqah. Nama mereka kerap meniti di bibir penggemar Musabaqah, dengan penguasaan pelbagai jenis taranum. 

Haji Ahmad Pergau umpamanya, merupakan lagenda yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah Musabaqah Al-Quran ini. Beliau menyertai Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan kemudiannya peringkat antarabangsa pada 1961 dan menjadi johan Qari yang pertama. 

Kebolehan Haji Ahmad Pergau menguasai ilmu taranum dan lajnah Arab menyebabkan salah seorang hakim tilawah yang disegani, Sheikh Mahmud Khalil Husairi menyangka beliau seorang yang berbangsa Arab. Beliau kemudiannya mencadangkan kepada Haji Ahmad Pergau agar menjadi hakim tilawah kerana ternyata kebolehan beliau tidak mampu ditandingi oleh orang lain.

Hajjah Faridah Mat Saman

Begitu juga dengan peserta Qariah, Kelantan bertuah kerana memiliki Hajjah Faridah Mat Saman dan Hajjah Sapinah Mamat, yang saling berganti mewakili Kelantan dalam Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan.

Hajjah Faridah Mat Saman merupakan Qariah yang paling berjaya dalam sejarah Musabaqah, merangkul johan Qariah sebanyak 8 kali iaitu pada 1964, 1965, 1972, 1976, 1977, 1989, 1990 dan 1991.

Kehebatan Qari dan Qariah Kelantan memang tidak dapat disangkal dan sentiasa dihormati. Bermula dari awal musabaqah diadakan sehingga awal 90an, peserta Kelantan sering menyapu bersih kejuaraan.

Namun selepas 2 tahun Nik Aziz berkuasa, bermulalah episod malap kepada Kelantan apabila beliau mengharamkan penyertaan peserta wanita dengan alasan suara wanita adalah aurat, walaupun untuk membaca Al-Quran.

Sejak itu Kelantan hanya menghantar peserta lelaki. Tiada lagi peserta wanita. Dan yang lebih mendukacitakan adalah minat di kalangan wanita Kelantan untuk mempelajari seni taranum kian merosot.


Tetapi kini selepas lebih 20 tahun haram, Nik Aziz menyatakan Kelantan akan menghantar peserta perempuan mulai tahun ini. Maknanya hukum haram sudah jadi tidak haram.

Bukan mudah untuk mengembalikan kegemilangan yang sudah lebih 20 tahun malap. Sehingga kini pengganti Hajjah Faridah Mat Saman dan Hajjah Sapinah Mamat belum ada. 

Apakah dengan keputusan membenarkan Tilawah Al-Quran diadakan di Kelantan (yang tentunya akan melibatkan peserta perempuan) dan Kelantan sendiri akan menghantar peserta perempuan, hukum haram yang dikeluarkan Nik Aziz dulu sudah berubah? Bukankah hukum agama tu adalah tetap dan tidak berubah, kecualilah hukum haram pada masa itu kerana qariah-qariah Kelantan masa itu adalah UMNO?

Satu perkara lagi, apakah faktor yang telah mengubah hukum Nik Aziz yang bertahan lebih 20 tahun ini? 

Cekati Tembaga melihat kecenderungan Pas untuk memenangi hati pengundi wanita semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Tidak cukup dengan memberi laluan kepada beberapa orang kaum wanita dalam Pas sebagai calon pilihanraya, Pas berusaha menarik golongan artis wanita pula menyertai mereka.


Beberapa nama seperti Aisyah, Dayangku Intan dan Abby Abadi, kini menjadi ayam sabung Pas dan digunakan untuk berceramah menghentam UMNO dan kerajaan. Isu suara adalah aurat sudah tolak ke tepi, dengan harapan rakyat akan lupa kenyataan Nik Aziz itu.

Masakan Pas akan terus menyekat peserta tilawah perempuan sedangkan pada masa yang sama mengusung Abby Abadi untuk melalak berceramah (membebel) atas pentas ceramah mereka? 

Jadi untuk nampak lebih logik menghalalkan suara Abby, wajarlah ditarik balik larangan melarang Qariah Kelantan menyertai musabaqah.

Dasar yang Nik Aziz pertahankan sejak lebih 20 tahun nampaknya berubah dengan kehadiran Abby dalam Pas. 

Soalnya, apakah suara artis wanita itu berceramah politik atas pentas Pas lebih mulia daripada alunan taranum Hajjah Faridah Mat Saman mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran? 

Jawapannya ada pada kita semua tapi itulah Nik Aziz !!