SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

23 October 2011

Kegagalan Himpunan Sejuta Umat Akibat Sabotaj orang Islam sendiri ???

Cekati Tembaga menulis...

Adalah amat menyedihkan apabila perhimpunan yang dirancang khusus untuk umat Islam tanpa mengira latar belakang parti, tanpa mengira bangsa dan warna kulit..hanya bersandar pada satu akidah Tauhid yang sama, cuba digagalkan oleh orang Islam sendiri.

Tujuan murni Himpunan Sejuta Umat yang bertemakan SELAMATKAN AKIDAH UMAT ini adalah untuk menyedarkan rakyat tentang peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Ia juga bertujuan untuk menyedarkan rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal parti politik. Melalui perhimpunan ini juga diharapkan akan mampu menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

Himpunan Sejuta Umat juga bertujuan untuk menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

Itu antara objektif Himpunan Sejuta Umat ini sebagaimana yang dimuatkan dalam websitenya.
Jika dilihat dari segi objektif-objektif berkenaan, di manakah salah dan merbahaya perhimpunan ini yang dilakukan dalam stadium, sehingga PAS dan PKR keras menyatakan pendirian tidak akan turut serta menyertainya atas alasan perhimpunan ini diperalatkan dan boleh menimbulkan ketegangan agama sebagaimana dinyatakan sendiri oleh Anwar anak lelaki Pak Ibrahim.

Inilah contoh jelas betapa pemimpin yang beragama Islam sendiri yang bukan sekadar enggan hadir malah tidak membenarkan para penyokong parti mereka turut hadir mempertahankan akidah Islam, bahkan cuba kaitkan perhimpunan ini dengan ketengangan antara agama.

Kita tidak hairan kenapa Anwar Ibrahim takut sangat dengan Himpunan Sejuta Umat ini, namun kesal dengan sikap PAS yang terpaksa akur dengan arahan manusia itu untuk tidak membenarkan para penyokong bersama memperjuangkan akidah mereka.

Yang peliknya kalau pasal perhimpunan anjuran Si Ambiga baru-baru ini, mereka inilah yang bersungguh-sungguh mencari nas dalam Al-Quran untuk meyakinkan pengikut dan menyeru mereka beramai-ramai menyertainya!!
Sebaliknya Himpunan untuk memperjuangkan untung nasib Umat Islam diperlekeh dan dipulaukan, menunjukkan mereka menganggap Perhimpunan Bersih yang Kotor itu lebih Islamik daripada Himpunan Menyelamatkan Akidah Umat Islam...

Nampaknya Himpunan Sejuta Umat ini gagal mencapai matlamatnya kerana disabotaj oleh orang Islam sendiri... Jawablah dalam kubur masing-masing nanti...

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang hadir.

Tahniah juga kepada YB Dr Hassan Ali kerana turut hadir dengan membelakangkan arahan parti demi bersama memperjuangkan akidah umat Islam.