SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

24 October 2011

Aziz Bari : Apabila Timbalan Menteri berfikiran mahasiswa semester Pertama

Cekati Tembaga menulis...

Pasti ramai yang merasa sangat tidak kena apabila membaca artikel di Malaysiakini tentang "nasihat" Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Saifuddin Abdullah yang menasihatkan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan ke atas Prof Dr. Abdul Aziz Bari.

Kalau ada yang belum membaca kenyataan Saipuddin Abdullah itu boleh tinjau di Malaysiakini

Namun amat menyedihkan apabila seorang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi seperti beliau dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Universiti, tanpa rasa segan silu memberi kenyataan terbuka tentang tindakan UIA menggantung sementara tugas Aziz Bari, konon atas alasan memberi pandangan berupa nasihat.

Bukankah Saipuddin perlu sedar Universiti mempunyai kuasa autonomi yang perlu dihormati oleh semua, termasuk dirinya. Status Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bukan lesen untuk beliau memberi arahan kepada Universiti untuk menarik balik penggantungan tugas berkenaan.

Saipuddin juga kena tahu, UIA bukan suka-suka mahu menggantung tugas Aziz Bari. Kalau kesnya kecil pasti UIA tidak akan mengambil tindakan demikian, tetapi kesnya menjadi tumpuan seluruh negara apabila si Aziz Bari dikatakan mempertikaikan Titah Sultan Selangor.
Aziz bari digantung tugas untuk membolehkan siasatan rapi dibuat sama ada benar atau tidak kenyataan berkenaan dikeuarkan beliau. Biarpun digantung tugas, gaji beliau berjalan seperti biasa sebagaimana dinyatakan oleh Rektor UIAM Profesor Datuk Zaleha Kamaruddin. Zaleha berkata kenyataan Abdul Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.
Sebagai Timbalan Menteri yang bertanggungjawab langsung dengan Universiti, tindakan Saipuddin ternyata bukan sekadar tidak kena pada tempatnya malah jauh daripada peranan yang sepatutnya dimainkan beliau.

Kalau beliau mahu mencari publisiti dan menarik perhatian masyarakat, carilah kes lain.. bukan kes ini.

Bukan kelas seorang Timbalan Menteri berbuat demikian, sebaliknya bertindak tidak ubah seperti Mahasiswa Semester Pertama, yang masih demam akibat kejutan budaya di kampus.