Perbicaraan Liwat melibatkan pelakon politik tersohor, Anwar Ibrahim kian menuju ke penghujung. Setelah berhempas pulas pihak pembelaan mencari idea untuk membuat pembelaan terhadap kes ini, jelas sekali mereka kian mati akal kerana fakta kes yang dibawa oleh pihak pendakwaan yang begitu kemas dan penuh teliti.
Pihak pendakwaan telah membuktikan kewujudan cecair hikmat yang sepadan dengan DNA Anwar dalam dubur Saiful.
Justeru, jalan terakhir yang ada adalah dengan membuktikan bahawa Anwar tidak mampu melakukan melakukan hubungan seks apatah lagi Liwat (perkataan yang menjadi igauan ngeri kepada Anwar), meskipun ianya boleh menyebabkan orang memandang Anwar sebagai lelaki mati pucuk!
Orang yang difikirkan boleh membantu adalah pastinya Dr Thomas Hoogland, talian hayat terakhir Anwar. Pakar tulang ini (kalau benar begitu?) memberikan keterangan yang menjurus kepada isu Anwar tidak mampu melakukan aksi seks seperti yang didakwa! Padahal boleh dikatakan semua pengguna internet yang waras akan lebih percaya pada visual yang baru-baru ini tersebar meluas (dengar khabar akan tersebar yang baru pulak) berbanding keterangan yang dibuat oleh doktor ini.
Setelah pihak pembelaan menyatakan mereka sudah tutup kes pembelaan, pihak pendakwaan yang diketuai Peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden pastinya mahu buktikan kepada mahkamah keterangan doktor itu bahawa Anwar tidak mampu melakukan hubungan seks adalah tidak betul.
Oleh itu pendakwaan memohon membawa empat saksi untuk menyangkal dakwaan Dr Thomas Hoogland itu.
Siapakah yang akan ditampilkan sebagai saksi berkenaan, pasitnya mereka adalah orang yang tahun dengan pasti betul atau tidak Anwar tidak mampu mengadakan hubungan seks... Siapa mereka ? Jeng... Jeng... Jeng....
Siapa yang paling tahu pastinya Wan Azizah. Sebab sebagai isteri Anwar mestilah dia tahu Anwar boleh berbuat demikian atau tidak. Jadi wajarlah Wan Azizah dipanggil sebagai saksi nombor 1. So Kak Wan kena sediakan skrip jawapan yang boleh meyakinkan Mahkamah...
Selain Wan Azizah, kita merasakan wajar beberapa orang kenalan rapat Anwar (bekas kenalan rapat)dipanggil, antaranya ;
- Azmin Ali kerana .........................
- Umi Hafilda Ali kerana pernah mendakwa Anwar menjalin hubungan sulit dengan kakak iparnya
- Dato' Nallakarupan kerana didakwa membekalkan ....................................
- Dato' Eskay kerana mengakui sendiri berada bersama dalam video klip lelaki berwajah seperti Anwar
- Pelacur China dalam video klip bersama lelaki berwajah seperti Anwar
- Atau yang lain-lain yang difikirkan wajar
Sama-samalah kita saksikan keterangan saksi-saksi yang ditampilkan pihak pendakwaraya pada Selasa ini. Apakah akan timbul banyak lagi perkara-perkara yang terselindung atau benda baru yang selama ini menjadi rahsia umum?
Kita harap pada Selasa ini tidak berlaku permohonan perbicaraan secara tertutup... sudah sudahlah tertutup, rakyat mahu mendengar kebenaran...