SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

13 July 2011

Kenapa DAP tidak turut menyalak dalam himpunan haram 9 Julai ?

Cekati Tembaga menulis

Hampir seminggu himpunan haram oleh kira-kira 10,000 penyokong PAS dan PKR (kecuali beberapa kerat penyokong DAP) mencemarkan ibu kota dengan demontrasi jalanan mereka.

Seluruh negara tahu himpunan jalanan itu tidak lebih sekadar pentas untuk memperjuangkan nasib Anwar Ibrahim, yang sedang berdepan dengan urusan mahkamah atas dakwaan meliwat yang kini sudah memasuki era membela diri.

Ia juga sebagai cara melarikan isu moral Anwar yang teruk, bergelumang untuk mencipta alasan untuk menafikan pendedahan video seks yang disahkan pakar luar dan dalam negara 99.99 % pelakunya adalah Anwar sendiri.

Khabarnya 95% orang Melayu dalam himpunan jalanan itu. Ini menunjukkan DAP lebih bijak berpolitik daripada PAS dan PKR. Pada saat penyokong PAS dan PKR menyalak-nyalak sepanjang himpunan kotor itu, DAP sekadar menghantar beberapa pemimpin sebagai tanda kesepakatan pembangkang, sedangkan para penyokongnya digesa tidak turut serta.

Maka jadilah bangangnya orang Melayu PAS dan PKR diremote-controlkan oleh DAP untuk menyalak di sekitar ibu negara.

Kenapa DAP tidak meminta para penyokongnya turut serta dalam himpunan haram itu?
Kenapa DAP mengkhianati ikrar bersama PAS dan PKR membantu Si Ambiga ?

Kerana mereka tahu tidak ada gunanya membuang masa melalak dan menyalak di jalanan dengan risiko ditangkap pihak berkuasa.

Kerana mereka fikir tiada maknanya berpanas dan berhujan untuk membela Anwar yang semakin dekat dengan istirahat panjang di Sungai Buloh.

Dan, kerana DAP lebih selesa bertepuk tangan melihat orang-orang Melayu PAS dan PKR bertempur dengan pihak polis yang juga pastinya Melayu.

Apabila Melayu dengan Melayu bergaduh, mereka yang akan meraih untungnya. Bukan orang Melayu tidak sedar hal ini tapi kerana Melayu Mudah Lupa, kata Tun Dr Mahathir.

Dan lupa orang Melayu dalam PAS dan PKR rupanya kerana akal mereka singkat akibat dendam, kerana hati mereka rosak akibat benci dan kerana mereka merelakan diri diremote control.