Cekati Tembaga menulis...
Usah lagi bercerita pasal memorandum kepada YDP Agong, kerana ianya memang tidak pernah wujud tapi BerSHIT 2.0 di ibu kota hujung minggu lalu telah berjaya menonjolkan bakat baru sebagai penipu bangsa, untuk menyaingi ketokohan dan kehebatan daya penipuan Raja Penipu Terhebat Abad ini.
Rupanya himpunan haram ini umpama gelanggang raja lawak jalanan, dalam mencari bakat baru untuk menyediakan pakar-pakar penipu yang berprofil tinggi sebagai usaha mewarisi bakat dan ketokohan Raja Penipu.
Akhirnya pencarian ini berakhir dengan kejayaan apabila seekor bakat baru dapat dicungkil dengan tahap penipuan bertaraf gaban.. menipu mati.
Ini lebih hebat daripada lakonan the big boss yang sekadar mempersembahkan adegan ditembak gas pemedih mata sehingga lembik macam pisang rebus, atau penipuan oleh Raja Khalwat yang menipu dilanggar trak polis sehingga terpaksa berkerusi roda.
Awas anda berdua, kerana bakat baru dalam bab penipuan ini akan mencakar kedudukan anda sedikit masa nanti..biarpun kamu terror tipu menipu tapi bakat penipu baru ini akan melakukan apa saja untuk meraih gelaran Raja Penipu Sepanjang Zaman..
Ini bakat baru bakal mencabar kedudukan Anwar sebagai Raja Penipu Sepanjang Zaman