SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

14 May 2009

Rasuah Dalam Pas

dipetik daripada blog MSO

MUNGKIN kalau bukan Ketua Dewan Ulama yang menimbul perkara ini saya tidak berhajat untuk mengulasnya. Perkara ini adalah sangat sensitif dan memberi kesan buruk kepada Pas. Tetapi kerana Muhamed Daud Iraqi sudah memulakannnya maka elok juga kalau saya turut memblogkan perkara ini setidak-tidaknya sebagai rekod.

Perkara yang dimaksudkan itu ialah mengenai rasuah dalam politik Pas. Kononnya sudah berlaku politik wang dalam Pas untuk tujuan mendapatkan kuasa dan kedudukan dalam parti itu menjelang muktamar Jun depan.

Muhamed Iraq mendedahkan perkara ini semasa merasmi mesyuarat Dewan Ulama Pas Kelantan di Machang kelmarin. Menurutnya sudah ada fenomena rasuah dengan memberi hadiah berupa baju dan menjamu makan kepada perwakilan. Dalam nada bergurau tetapi pernuh bermakna katanya, kalau sudah diberi baju dan dijamu makan maka senanglah perwakilan membuat pengundi.

Apa yang beliau ingin analogikan manusia kalau sudah perut kenyang senanglah untuk dicucuk hidungnya dan ditarik ke mana saja yang disukai!

Dalam kes ini bukan soal kita ingin mencari jawaban kepada perkara itu apakah benar atau tidak! Itu tidak perlu dipersoalkan. Atas kapasitinya ketua dewan ulama, tentu Muhamed Iraq tidak berbohong mengenai hal itu. Sebagai seorang yang arif dengan hukum beliau tentu tahu apakah hukum membuat fitnah.

Saya yakin beliau diberikan maklumat dan laporan tepat mengenai kejadian. Boleh jadi juga pemberian baju sebagai hadiah dan acara jamuan itu berlaku di kawasannya sendiri, di Kubang Kerian.

Saya yakin seratus peratus Muhamed Irqa ada bukti mengenai perkara itu. Kalau tidak masakan beliau berani menuturkan hal itu. Tok Guru Nik Aziz sendiri rasanya tidak berani kerana beliau mempunyai perhitungan politik yang jauh ke depan berbanding dengan Mat Iraq yang lebih tulus.

Di sini saya ingin kemaskan sedikit pandangan Mat Iraq itu dengan dua kejadian yang dilaporkan berlaku pada sepanjang muktamar Pas kawasan baru-baru ini. Kedua-dua kejadian ini kalau ditilik dan dihalusi ia berunsur rasuah.

Pertama, saya ada mendengar ada beberapa kawasan Pas telah dihulurkan wang sebanyak RM5,000. Tujuan wang itu diberi ialah kononnya untuk membantu Pas kawasan berkenaan. Pemberian itu ada syaratnya. Pas kawasan yang menerima wang itu hendaklah memanggil si pemberi wang itu merasmikan mesyuarat Pas kawasan berkenaan. Atau pun Pas kawasan berkenaan kena mencalonkan orang berkenaan untuk jawatan-jawatan tertentu.

Permintaan agar pemberi wang itu dicalonkan tidak dibuat secara terang-terang, tetapi secara simbolik dan saling memahami antara pemberi dengan pihak yang menerima.

Kejadian atau tutur mengenai perkara ini kerap berlak di sebuah negeri di sebelah Selatan sana dan juga negeri-negeri di mana Pas miskin.

Kejadian ini katanya sudah menjadi buat mulut sampai ke peringkat pemimpin Pas. Bagaimana pun Pas tidak memberi reaksi serius kepada masalah ini kerana ingin melindungi Pas dari ditohmah sebagai turut sama mengamalkan rasuah. Tetapi amalan demikian sudah sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Pas.

Kedua, semasa muktamar kawasan baru-baru ini ada orang-orang tertentu menggunakan kedudukan dan kuasanya untuk menggugut ketua-ketua cawanagn atau para perwakilan. Bentuk ugutan ialah sekiranya mereka tidak mengundi calon tetentu kemudahan yang parti anugerahkan akan ditarik balik.

Salah satu anugerah kepada ahli ialah saham skim Ladang Rakyat. Mereka yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa terhadap Ladang Rakyat ialah kepimpiann Pas peringkat kawasan dan juga wakil rakyat. Pemimpin yang bertanding jawatan tertentu inilah telah menjadikan kemudahan itu sebagai bahan ugutan untuk mendapatkan jawatan.

Kerana ugutan ini menyebabkan perwakilan atau ketua-ketua cawangan yang mula mempunyai pilihan lain terpaksa terus mengundi orang tertentu itu kerana bimbang takut kehilangan kemudahan mendapat saham Ladang Rakyat yang berjumlah kira-kira RM250 sebulah itu.

Berdasarkan kepada dua kejadian itu maka jelas elemen rasuah semasa semasa pemilihan pemimpin peringkat kawasan ini seperti mana disebut Mohamed Iraq itu benar-benar berlaku.

Pendeknya gejala rasuah ini benar-benar berlaku cuma ia tidak diketengahkan lagi. Mereka yang melakukannya ialah mereka yang mempunyai sumber kewangan yang banyak dan ada kuasa untuk mendapatkan wang panas. Gejala ini sungguh bahaya dan wajar disekat segera. Jangan sesekali bertunas dalam Pas.

Jadi pada saya apa yang didedahkan Mat Iraq itu ialah sebagai amaran agar Pas tidak bermain wang dalam menentukan kedudukan seseorang. Tujuan Mat Iraq dedahkan itu baik untuk menyelamatkan Pas dan demi menjaga maruah Pas sebagai parti Islam.

Justeru tidak timbul desakan supaya Mat Iraq perlu membuat laporan rasmi berhubung dakwaan itu. Desakan itu saya kira makin membuka pekong Pas yang kini sudah mula 'terkebek; itu.

Laporan rasmi seperti mana yang diminta itu akan meroskakan Pas sahaja. Ingatlah sekiranya satu kes sahaja terbukti wujud politik wang dalam Pas ia akan memberi natijah buruk kepada Pas. Rakyat akan membuat tanggapan Pas sama saja dengan Umno.

Cuma, kepada mereka yang termakan lada atau sengaja makan lada rasuah tentulah merasa pedas. Apa yang Mat Iraq mungkin harapkan kepada pamakan lada itu hendaklah cepat-cepat cari penawar ataupun minum air siuam sepupaya rasa pedas lekas hilang dan jangan berdesis-desis menjeler lidah ke sana ke mari kena tak tahan pedas.
.