SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

08 March 2009

Rais upaya redakan gelisah Rakyat

Kekecohan politik di Perak yang berlarutan sehingga kini menjadikan rakyat tertanya-tanya siapakah sebenarnya yang boleh memberi penjelasan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak berkaitan dengan beberapa isu seperti kuasa Sultan Perak dalam perlantikan Menteri Besar, Pembubaran Dewan Undangan Negeri, memanggil persidangan DUN dan beberapa perkara lagi.

Perkara yang semakin buntu ini berjaya sedikit sebanyak dileraikan oleh Menteri Luar, Dr Rais Yatim semasa menyampaikan penerangan berhubung isu-isu semasa di Angkasapuri baru-baru ini.

Paling menarik yang mempunyai kaitan dengan politik semasa Negeri Perak ialah penghuraian tentang kuasa Raja-Raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong. Menurut beliau Ada tiga kuasa unit yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa dan kuasa itu adalah hak mutlak Duli-Duli Raja dan Yang Di-Pertuan Agong.

Tiga kuasa itu katanya,
i) berhubung perlantikan Menteri Besar bagi Sultan dan perlantikan Perdana Menteri bagi Yang di-Pertuan Agong,
ii) soal membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi Raja-Raja manakala pembubaran Dewan Rakyat bagi Yang di-Pertuan Agong dan
iii) berhubung mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu dan juga bersangkutan soal-soal adat istiadat dan agama Islam.

Menurutnya mana-mana pihak tidak boleh mempersoal ke atas ketiga aspek itu kerana ianya adalah hak mutlak Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong. Menurutnya hanya 3 Sultan iaitu, Raja Perlis, Sultan Perak dan Sultan Terengganu yang mempunyai kuasa mutlak dalam perlantikan Menteri Besar.

Penjelasan beliau itu berdasarkan rujukan perlembagaan negara dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Perak. Bagi rakyat umum penjelasan seumpama ini berdasarkan fakta undang-undang sudah cukup melegakan apatah lagi mereka yang menderhaka termasuk ingin menyaman Sultan Perak boleh diambil tindakan di bawah akta hasutan atau mana-mana akta yang bersesuaian.

Sepanjang tempoh kecelaruan politik di Perak bermula daripada peralihan kuasa dari PR ke BN sehinggalah ke Mesyuarat Dewan Undangan Negeri 'Pasir Dua Butir' di bawah 'Pohon Demokrasi', rakyat tidak dapat penerangan yang jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di Perak.

Siapa sebenarnya perlu mengambil tugas ini.. Selain daripada Rais Yatim.. ?
.