SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

08 March 2009

Khir: Ada Usaha Jadikan Negara Sebuah Republik

Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata ada usaha pihak tertentu yang mahu menjadikan negara ini sebuah republik.
.
Tindakan segera perlu diambil terhadap pihak yang sanggup merosakkan sistem raja berpelembagaan yang dinaungi sekian lama, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pertemuan dengan perwakilan Pemuda Umno Melaka di Wisma Umno di sini hari ini.

Seorang lagi calon jawatan Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir, turut menghadiri majlis itu. Dr Mohamad Khir berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini bahawa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa kesal berikutan sikap pihak tertentu semakin lantang mempersoalkan kedudukan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata "serangan" pihak tertentu kepada institusi Raja adalah berdasarkan rentetan pihak yang sama yang memperjuangkan kesamarataan dan melaungkan isu ketuanan rakyat.

"Ini patut kita kesan dari awal dan kita tidak mahu kerana perbezaan politik yang akhirnya kita akan kehilangan segalanya-galanya berkenaan institusi Raja," katanya.

Sementara itu, Mukhriz turut bersetuju bahawa tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap pihak yang menghina dan mempertikai keputusan Raja-Raja.

"Ini satu perkara yang amat mengecewakan apabila ramai duli tuanku yang bertitah menyampaikan rasa kecewa terhadap orang Melayu yang mempersoalkan kedudukan Raja-Raja dan bangsanya sendiri," katanya.

Beliau berkata tindakan undang-undang termasuk mengikut Akta Hasutan wajar dilaksanakan untuk mengelakkan suasana huru-hara.

- BERNAMA
.