SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

18 October 2008

Zahid, Shafie layak tanding naib presiden

7.20 malam Dua lagi calon untuk jawatan naib presiden - Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Shafie Apdal layak bertanding jawatan tersebut apabila masing-masing mendapat 21 pencalonan setakat ini.

Calon pertama layak ialah Datuk Hishammuddin Hussein. Beliau kini mendapatkan 35 pencalonan.

Manakala bagi jawatan presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperolehi 40 pencalonan, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendapat 36 pencalonan untuk jawatan timbalan presiden.

Muhyiddin memerlukan tiga pencalonan lagi untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden.
Muhyiddin memerlukan tiga pencalonan lagi untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden. Dua lagi calon timbalan presiden - Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Datuk Seri Ali Rustam - setakat ini masing-masing mendapat tiga pencalonan.

6.14 petang Pencalonan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing mendapat satu lagi pencalonan, masing-masing untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.

Kali ini kedua-duanya mendapat pencalonan dari bahagian Raub. Dengan ini pencalonan untuk Najib berjumlah 39 manakala Muhyiddin kini mendapat 31 pencalonan.

Bagi jawatan naib presiden, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis dan Datuk Shafie Apdal.

Hishammuddin kini mendapat 31 pencalonan dan Shafie 18 pencalonan.

5.00 petang Jumlah pencalonan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak bagi jawatan presiden kini meningkatkan 38 manakala pencalonan untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden kini mencecah 30.

Hari Najib mendapat pencalonan dari Bachok, Tebrau, Kinabangan, Langkawi, Pokok Sena, Merbok, Padang TerapManakala Muhyiddin pula mendapat pencalonan dari Bachok, Tebrau, Kinabangan, Pokok Sena, Merbok, Padang Terap.

Bagi jawatan naib presiden pula, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sehingga ini mendapat 30 pencalonan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (18), Datuk Khaled Nordin (12) dan Datuk Shafie Apdal (17).

4.30 petang Gandingan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin terus dapat pencalonan. Hari ini mereka mendapat enam lagi pencalonan.

Bahagian-bahagian yang mencalonkan mereka ialah Pokok Sena, Merbok, Padang Terap, Bachok, Tebrau dan Kinabatangan.

Pokok Sena
Presiden: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Naib: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Merbok
Presiden: Najib
Timbalan: Muhyiddin
Naib: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Padang Terap
Presiden : Najib
Timbalan : Muhyiddin
Naib : Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bachok
Presiden: Najib
Timbalan: Muhyiddin
Naib: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Tebrau
Presiden: Najib
Timbalan: Muhyiddin
Naib: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Kinabatangan
Presiden: Najib
Timbalan: Muhyiddin
Naib: Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi.