SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

18 October 2008

Mukhriz 56, Khairy 29, Khir 24

9.50 malam Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat tiga lagi pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda dari Batu Gajah, Bera dan Bukit Katil. Dengan ini, Khairy memperolehi 29 undi hingga malam ini.

Bagi jawatan naib ketua, Batu Gajah dan Bukit Katil mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican, manakala Bera mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim.

8.55 malam Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-56 dari Pemuda Putrajaya, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

8.47 malam Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-55 dari Pemuda Kepong, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

8.18 malam Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-54 dari Pemuda Lenggong, Perak yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua.

8.03 malam Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-53 dari Pemuda bahagian Tanjung Piai, Johor manakala Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-23 dari Kuala Krau, Pahang.

Kedua-dua bahagian berkenaan juga mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim bagi jawatan naib ketua.

7.30 malam Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-52 dari Pemuda bahagian Baling yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

.