SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

18 October 2008

Kedudukan Terkini : Mukhriz 51 Khairy 26, Khir 22

6.50 petang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-51 dari Pemuda bahagian Titiwangsa.

5.40 petang Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat tiga lagi pencalonan dari Tapah, Dungun dan Grik.

Manakala bagi jawatan naib ketua, Tapah mencalonkan Khairy Jamaluddin untuk mengekalkan jawatan naib ketua, manakala Dungundan Grikmencalon ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim.

Dengan itu, pencalonan Dr Mohd Khir kini mencecah 22. Beliau memerlukan 17 pencalonan lagi layak bertanding ketua Pemuda Mac depan.

Pencalonan untuk Razali pula kini berjumlah 49.

5.20 petang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan exco Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican masing-masing mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Ranau, bagi jawatan ketua dan naib ketua Pemuda.

Dengan itu, pencalonan untuk Mukhriz kini mencecah 50 manakala pencalonan untuk Reezal pula berjumlah 40.

5.15 petang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim masing-masing mendapat satu lagi pencalonan dari Pemuda Paya Besar, bagi jawatan ketua dan naib ketua Pemuda.

Dengan itu, pencalonan untuk Mukhriz kini berjumlah 49 manakala untuk Razali kini 47.

4.40 petang Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Datuk Reezal Merican Naina Merican masing-masing dicalonkan oleh Pemuda Bukit Gantang untuk jawatan ketua dan naib ketua Pemuda.

Dengan itu, pencalonan bagi Dr Mohd Khir meningkat kepada 19 manakala pencalonan untuk Reezal kini 39.

3.40 petang Ahli Parlimen Jerlun. Datuk Mukhriz Mahathir mendapat empat lagi pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda Umno, menjadikan jumlahnya meningkat kepada 48. Sehingga jam 3.30 petang ini, Mukhriz mendapat pencalonan tambahan dari bahagian Sik, Jerai, Pasir Mas dan Setiu.

Manakala ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pula mendapat dua lagi pencalonan - Alor Gajah dan Arau.

Manakala Datuk Dr Mohd Khir Toyo mendapat tiga lagi pencalonan dari bahagian Wangsa Maju, Labis dan Kelana Jaya.

Dengan itu Khairy kini mendapat 26 pencalonan manakala Dr Khir memperolehi 18 pencalonan. Bagi jawatan naib ketua pula, ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim mendapat tujuh lagi pencalonan dari Sik, Pasir Mas, Wangsa maju, Jerai, Labis, dan Setiu.

Manakala exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican mendapat tiga lagi pencalonan dari bahagian Alor Gajah, Kelana Jaya dan Arau.

Dengan itu, sehingga ini, Razali mendapat 46 pencalonan, manakala Reezal memperolehi 38 pencalonan.