SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

17 August 2008

Dakwah: Muqabalah perlu diteruskan - Dr Haron Din

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din menjelaskan kaedah muqabalah perlu diteruskan bagi menyampaikan mesej dakwah sebagaimana diputuskan di Kota Bharu sebelum ini.

Sedangkan kata beliau sebelum itu, pada April lalu Majlis Syura Ulama telah membuat keputusan boleh mengadakan perjumpaan dengan Umno di atas nama dakwah.

"Presiden memberitahu saya beliau dihubungi pemimpin Umno lebih 10 kali bagi diadakan perjumpaan, namun Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menolaknya.

Pada awalnya kita buat jual mahal sedikit," katanya ketika menggulung perbahasan pada muktamar hari kedua, petang ini.

Beliau berkata, PAS tiada agenda peribadi terhadap perjumpaan itu.

Menurutnya musuh lebih condong hendak berdamai dan berbaik-baik dengan kita, jadi disambutlah seruan tersebut.

"Kalau musuh condong hendak berdamai dengan kita.. jadi kita terima," kata beliau.

Menurutnya hendak berdakwah macam mana kalau pintu tidak dibuka.

Bagaimanapun kata beliau perkara itu menjadi kecoh kerana ada ahli parti yang tidak cukup disiplin terhadap keputusan yang dibuat Majlis Syura.

Katanya, sudah ada petanda awal keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulama tidak dipatuhi oleh sesetengah ahli.

Sedangkan sepatutnya ahli perlu komited kepada segala keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulamak, selagi perkara itu tidak bercanggah dengan agama.

Menurut beliau dalam perlembagaan PAS ada peruntukan menyebut Majlis Syura Ulamak berkuasa untuk membuat sebarang keputusan selagi ia tidak bercanggah dengan Islam.

"Sedangkan kalau robohlah benteng Majlis Syura Ulamak tergugatlah PAS dan kalau teguh Majlis Syura maka mantaplah perjuangan PAS.

"Dan perlu dijelaskan lagi bahawa al Quran menjadi panduan dan dasar kepada PAS sejak dahulu, sekarang dan selama-lamanya," ujar beliau.

Beliau juga menjelaskan ahli-ahli PAS sekarang lebih matang dan tidak terpengaruh dengan agenda media massa yang membesar-besarkan isu tersebut.

Namun katanya seramai tujuh perwakilan yang menyentuh secara langsung peranan Majlis Syura Ulamak sehingga mereka berkata ia perlu diperkasakan.

Majlis Syura Ulama dianggotai 15 ahli di mana empat orang daripada Dewan Ulamak, empat anggota jawatankuasa PAS Pusat dan tujuh lagi dipilih di kalangan mereka yang berkelayakan.

Dr Haron juga menjelaskan beliau secara peribadi telah mengadakan perjumpaan dengan pihak istana (muqabalah) bagi menyampaikan mesej perjuangan PAS.
.