Anwar bersama peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman tiba di pejabat JAWI di Jalan Damansara pada jam 10.15 pagi tadi (9 Julai). Isterinya Wan Azizah turut hadir sama.Diikuti dengan seorang lagi peguam Anwar Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek. Sim Tze Tzi, pembantu peribadi Anwar (berkaca mata, di belakang) juga turut hadir.“Ini adalah kesalahan jenayah yang serius. Dalam soal ini sumpah (bermubahalah) tidak boleh diguna pakai seperti mana yang beliau katakan,” katanya kepada mStar Online.
“Sumpah juga boleh digunakan oleh pasangan suami isteri iaitu apabila si suami mendakwa bahawa isterinya telah melakukan zina dengan orang lain. Beliau tidak perlu mengemukakan bukti.
Katanya Anwar hanya boleh bersumpah jika bukti-bukti yang dikemukan Saiful tidak kuat dan lemah.
“Namun selepas itu kesalahan itu akan kembali kepada Saiful,” katanya.
“Qazaf digunakan apabila seseorang itu membuat tuduhan terhadap seseorang, tetapi dia tidak dapat mengemukan bukti melalui empat orang saksi (lelaki beriman) mengikut syarak.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 jika sabit kesalahan boleh dihukum tiga tahun penjara atau denda RM5,000.Ianya merupakan kesalahan dalam hukum hudud di mana seorang penuduh yang terbukti bersalah boleh dikenakan 80 kali sebatan. Tambah beliau ‘qazaf’ digunakan bagi mengelakkan orang ramai membuat sebarang dakwaan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang individu secara sesuka hati.
“Rogol lain, zina lain. Senang jika kita nak buktikan wanita dirogol iaitu melalui keadaan fizikalnya atau kerosakan pada alat sulitnya.
Dalam kes dakwaan liwat Saiful, Kamar Ainiah berkata beliau (Saiful) sepatutnya membuat laporan awal jika beliau benar-benar diliwat.
Ditanya bagaimana Saiful mampu mengemukan bukti dia diliwat kerana sudah pasti tiada siapa yang melihat kejadian itu, beliau berkata itu terpulang kepada Saiful untuk buktikannya.
Beliau juga musykil dan hairan mengapa Saiful sebagai seorang yang muda dan berpelajaran tidak menghalang dirinya daripada ‘diliwat’.
Mengulas mengenai tarikh perbicaraan kes ini, beliau berkata perkara itu terpulang kepada kepantasan pegawai pendakwaraya menjalankan siasatan.
“Kemudiannya siasatan akan dilakukan sebelum perbicaraannya dimulakan,” katanya.
.