SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

28 May 2008

Kemasukan Ezam Dalam Umno Diumum Perdana Menteri

oleh MSO

TEKA TEKI bilakah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Ezam Muhammad Noor, 41 akan mengistyharkan secara rasmi kemasukannya semula dalam parti asalnya, Umno berakhir kira-kira dua jam setengah tadi apabila Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan perkara itu dibangunan Parlimen jam 4:10 minit petang tadi.

Pengumuman mengenai Ezam itu sekaligus mengesahkan ramalan saya sebelum ini yang mengatakan orang kanan Anwar Ibrahim itu akan menyertai Umno dan pengumumannya akan disampingi Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi atau pun timbalannya Mohd Najib Razak.

Dengan disaksikan oleh beberapa pemimpin Umno dan di hadapan kira-kira 50 wartawan dan jurugambar Abdullah mengumumkan kemasukan Ezam dalam satu sidang akhbar khas yang ditunggu-tunggu sejak semalam.

Pada sidang akhabr itu juga Ezam telah menyerahkan borang permohonan menyertai Umno sebagai ahli seumur hidup. Kehadiran Ezam ditunggu sejak jam 2:00 petang lagi oleh para wartawan dan juga menjadi perbualan hangat di Parlimen sejak semalam.

Ezam tiba di bangunan Parlimen dan terus ke tingkat dua di mana terletak pejabat Perdana Menteri tanpa melalui lobi Parlimen. Beliau diringi beberapa orang penyokong dan teman-teman rapatnya yang lebih awal menyertai Umno.

Sebelum memasuki ke bilik sidang akhbar Ezam terlebih dahulu memasuki bilik rehat Perdana Menteri untuk sessi bergambar. Sebaik Abdullah masuk Ezam dengan wajah berseri menyambut kedatangan Abdullah.

Antara mereka yang kelihatan ikut sama berdiri di belakang Ezam sewaktu Abdullah mengumumkan kemasukam Ezam ialah Hamdah Taha, Hanafiah Man, Abdul Ghani dan beberapa yang lain.

Abdullah ketika menjawab persoalan wartawan berhubung tindakan Ezam itu menjelaskan tidak ada apa-apa layanan istimewa untuk Ezam. Sambil mengucapkan selamat berjuang kepada Ezam, Abdullah memberi alasan ringkas berhubung kemasukan Ezam dengan dengan berkata; "sebab beliau yakin kepada Umno maka beliau bersama kita untuk sama-sama berjuang."

Menurut Abdullah tidak ada apa-apa tawaran jawatan politik kepada Ezam termasuk Senator dan sebagainya. Abdullah yang cuba menjawab persoalan sebenar di sebalik tindakan Ezam itu menyerahkan kepada Ezam untuk menjawabnya.

Bagaimana pun Ezam disepanjang sidang akhbar itu tidak memberi apa-apa komen melainkan tersenyum kerana beliau akan berbuat demikian dalam satu sidang akhbar khas esok.

Turut sama hadir pada sidang akhbar itu ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri Md Alwi Che Amat dan Setiasauaha Politik Menteri Kewangan Rizal Marican Naina Marican.

Ulasan mengenai kemasukan Ezam dalam Umno akan menyusul.