SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

28 May 2008

Apabila Selangor dan Pulau Pinang Haramkan Islam Hadhari

Agak menarik juga apabila membaca Laporan Media berkaitan tindakan terbaru yang dibuat hampir serentak oleh kedua-dua kerajaan Negeri ini.

Di Selangor, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali menyatakan Islam Hadhari diharamkan di Selangor. Oleh yang demikian, mana-mana Masjid atau Surau di Selangor adalah diharamkan sama sekali terlibat dengan program atau apa-apa yang dikaitkan dengan Islam Hadhari. Imam-imam yang membaca khutbah berunsurkan Islam Hadhari pula akan ditarik balik tauliahnya, pendek kata nak sebut Islam Hadhari pun adalah tak boleh di Selangor.

Sementara di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri Mohammad Fairus Khairuddin pula menyatakan Pulau Pinang akan mengikut jejak Selangor yang melarang sebarang bentuk program mempromosikan Islam hadhari di negeri itu. Beliau juga menganggap pendekatan Islam hadhari seolah-olah mewujudkan mazhab baru dalam Islam. Timbalan kepada seorang Setiausaha Agung sebuah parti ini (yang penasihatnya pernah berkata kalau nak wujudkan negara Islam langkah mayatnya dulu), membuat keputusan bagi pihak seluruh orang Islam Pulau Pinang tanpa mendapatkan pandangan dari Mufti negeri yang tentunya amat arif dan bertanggung jawab dalam hal-hal berkaitan Islam.

Sementara di Perak, Exco yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam mengambil jalan selamat dengan menyerahkan kepada Mufti untuk mengulas berkenaan Islam hadhari.

Ternyata apabila mengambil alih pemerintahan di negeri-negeri berkenaan, kerajaan pakatan parti-parti pembangkang sentiasa mencari populariti murahan dengan membuat keputusan yang boleh dilihat sebagai membalas membalas dendam. Apa dosa Islam hadhari kepada mereka pun tidak diketahui.

Tetapi yang menjadi kemusykilan di sini adalah pengumuman keputusan pengharaman Islam Hadhari yang dibuat di dua negeri berkenaan hanyalah datang daripada 2 orang yang tidak pun mempunyai kepakaran, atau pun sekurang-kurangnya kelulusan dalam bidang agama. Hanya kerana tidak ada orang lain untuk dilantik menjadi Exco berkaitan Agama, mereka dilantik. Inilah yang pernah disebutkan dalam hadis; 'Apabila diserahkan sesuatu kepada orang yang bukan ahli, maka tunggulah detik-detik kebinasaan'.

Exco Agama Perak ternyata lebih pandai menggunakan otak dalam hal ini apabila menyerahkan kepada Mufti untuk membuat ulasan apabila sedar tidak mempunyai kepakaran.

Di Kelantan, walaupun telah memerintah selama 18 tahun, tidak pernah sekali pun Menteri Besar atau Exco agamanya mengharamkan Islam hadhari. Di Terengganu juga selama 1 penggal menguasai kerajaan, Presiden Pas juga tidak pernah mengharamkan Islam Hadhari walaupun ada perbezaan pendapat. Kedua-dua Menteri besar berkenaan dikenali sebagai orang yang arif dalam hal ehwal agama.

Selama pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan oleh Perdana Menteri, tidak pernah ada mana-mana Mufti yang mengatakan Islam Hadhari adalah Agama atau Mazhab Baru, bahkan mufti-mufti sentiasa terlibat dalam mempromosi pendekatan Islam hadhari seperti membentang kertas kerja, memberikan syarahan, mengadakan perbincangan dalam memperkemaskan pendekatan ini dan sebagainya yang berkait langsung dengan Manhaj Islam hadhari ini.

Adalah malang bagi Selangor dan Pulau Pinang yang mempunyai exco agama yang ternyata pandai-pandai nak tunjuk pandai sedangkan tak pandai. Orang yang paling bodoh adalah dia sentiasa menganggap dirinya pandai sedangkan dia tidak tau yang dirinya bodoh.