SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

14 January 2013

Majlis Syura PAS HARAMKAN bukan Islam guna kalimah ALLAH, Nik Aziz dan Hadi Awang lari ikut pintu belakang?

Cekati Tembaga menulis..

Cekati berasa gembira dengan keputusan mesyuarat Majlis Syura PAS yang bermesyuarat Ahad malam, 13 Januari 2013, sehari selepas himpunan shamsidar #KL121 (nombor igauan ngeri Abg. Mat).

Majlis Syura yang khabarnya bersidang sehingga jam 11.00 malam memutuskan bahawa masyarakat bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam urusan agama mereka, apatah lagi digunakan untuk menterjemahkan perkataan "God" dalam bible.

Keputusan ini adalah selaras dengan pendirian para pemimpin dan seluruh ahli UMNO yang menentang keras persetujuan bersama DAP - PKR - PAS ini. 

Ia juga adalah selari dengan pendirian tokoh Ulama' besar PAS yang diketuai oleh Prof Dato' Dr. Haron Din, Datuk Harun Taib - Ketua Dewan Ulama' PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Ismail Kamus, dan Datuk Mohd Daud Iraqi (sekadar menyebut beberapa nama). Cekati Tembaga pernah menulis perkara ini beberapa hari lepas.

Pendirian Hadi Awang - Nik Aziz - Anwar Ibrahim itu sebelum ini yang dengan rasa tidak bersalah menyetujui penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam urusan agama mereka, mengundang bantahan pelbagai pihak di luar PAS. Para Mufti negeri-negeri, bekas Mufti, cendikiawan dan ilmuan Islam serta orang ramai tampil membantah persepakatan haram ini.

Kata sepakat Hadi Awang - Nik Aziz - Anwar itu disetujui sebagai pendirian rasmi pakatan pembangkang dan Hadi yang membuat kenyataan media berhubung isu ini. 

Tidak cukup dengan kenyataan oleh Hadi Awang itu, untuk meyakinkan lagi para penyokong mereka, Nik Aziz sendiri tampil membuat kenyataan media sebagai mengesahkan persepakatan itu dikongsi bersama dengan pendiriannya.


Justeru, dengan keputusan majlis Syura ini, apakah Nik Aziz dan Hadi Awang bersedia menarik kembali kata sepakat mereka capai dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng tempoh hari?

Atau terus terusan mengelak daripada menemui para wartawan, seperti mana selepas mesyuarat Majlis Syura malam tadi yang khabarnya mereka melarikan diri ikut pintu belakang, mengelak bertemu wartawan yang menunggu sejak awal?

Bersediakah Hadi Awang dan Nik Aziz mengakui kepada seluruh masyarakat Malaysia - terutama orang Islam, pendirian mereka sebelum ini adalah salah? Atau apakah mereka mahu mengambil sikap berdiam diri sehingga isu ini senyap, dengan harapan rakyat akan melupakannya. Melayu kan mudah lupa!!

Kita tak minta Hadi awang dan Nik Aziz minta maaf pun cukuplah sekadar mengakui kesilapan mereka dan tampil memberi penjelasan kenapa kesilapan itu berlaku. 

Kita tidak minta Hadi Awang dan Nik Aziz memutuskan "silaturrahim politik" dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, cukuplah sekadar menyedari kasih sayang yang terjalin antara mereka tidak boleh dijadikan jaminan untuk semua permintaan Guan Eng dipenuhi mereka.

Soalnya, berani ke Hadi Awang dan Nik Aziz berbuat demikian? Atau apakah selepas ini akan ada skrip baru karangan Anwar Ibrahim untuk dibaca sekali lagi oleh Hadi Awang?