SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

26 December 2012

4,200 ekar tanah kepada Upayapadu Plantation - Kenapa Nik Aziz tidak jawab sendiri ?


Cekati Tembaga menulis..

Dalam pada kita di Kelantan sibuk menghadapi musim tengkujuh, suasana politik  negeri ini tidak pernah sejuk dengan persekitaran yang dingin. 

Biarpun 3 4 hari kebelakangan hujan turun dengan lebatnya sehingga menyebabkan berlaku banjir di beberapa kawasan di negeri ini, namun isu 4,210.4 hektar atau 10,526 ekar tanah di Hutan Simpan Relai, Mukim Chiku Gua Musang, yang khabarnya menjadi korban strategi politik tetap hangat. 

Soal tanah bukan soal kecil kerana ia adalah maruah rakyat Kelantan. Sebab ini adalah tanah negeri, bukan tanah Nik Aziz yang dia boleh perintah sesuka hati. Tanah negeri adalah hasil kepada negeri dan ia dimiliki oleh seluruh rakyat Kelantan.

Umum mengetahui yang tanah rizab itu dianugerahkan kepada Syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang mana Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming, 2 Cina DAP menjadi Pengarahnya. (dianugerahkan itu tidak bermakna bagi free tapi tidak dijelaskan jumlah transaksinya mana la rakyat tahu berapa ringgit harganya)

Lebih menarik ianya dikaitkan dengan isu tawar menawar pelantikan jawatan Menteri Besar Perak yang menyaksikan Si Nizar anak butir PAS berjaya menjadi MB Perak biarpun PAS hanya memiliki 6 kerusi berbanding DAP yang sepatutnya lebih layak kerana mengusai lebih banyak kerusi.

DAP dan PAS menemui jalan buntu kerana gagal meyakinkan masyarakat umum betapa urusniaga tanah tersebut adalah suci sesucinya. Nik Aziz sendiri pun tidak berani memberi kenyataan media, sekadar menyerahkan kepada setiausaha akhbarnya yang baru berumur awal 30an untuk mendada dalam isu ini. 

Bukan susah untuk diagak, kerana jika gagal memberi penjelasan sewajarnya dalam perkara ini, Nik Aziz akan dilihat seorang yang gagal mempertahankan harta negeri ini (walaupun banyak yang sudah dijual sepanjang pemerintahan Nik Aziz), dan jika kegagalan ini kerana penjelasan dibuat oleh anak buah yang hanya berumur awal 30an, alasan yang akan diguna kelak adalah pegawai Nik Aziz masih baru dan belum cukup pengalaman.

Isu tanah ini adalah isu besar yang perlu dijawab sendiri oleh Nik Aziz kalau benar dia seorang pemimpin yang bertanggungjawab, kecualilah kalau dia bimbang tidak akan mampu menjawab soalan wartawan. Takut sangat soalan wartawan, soalan mungkar nangkir dalam kubur lagi patut dia takut!

Ataupun jika kita menerima hakikat memang Nik Aziz tidak mampu menjawab, sekurang-kurangnya ia perlu dijelaskan oleh seorang Exco kanan, yang bertanggungjawab dalam urusan tanah tetapi dia juga berdiam diri? Macam semua nak berlepas diri.

Nampaknya Setiausaha Akhbar Nik Aziz yang ikut suruh ni terpaksa menjadi pak pandir dalam hal ini. 

Semakin tua pemerintahan Nik Aziz, semakin banyak kemungkaran !!!