SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

14 August 2012

BN tetap berpegang prinsip 'Janji Ditepati' - PM

Cekati Tembaga menulis..

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak goyah dalam perjuangannya dengan terus berpegang kepada prinsip 'Janji Ditepati' kerana ia merupakan perkara wajib yang dituntut dalam Islam.

Malah, Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan pimpinannya sedia ditolak oleh rakyat jika gagal mengotakan setiap janji demi masa depan mereka dan negara.

Sehubungan itu katanya, kerajaan BN akan sentiasa komited dalam menterjemahkan janji itu kepada segenap lapisan rakyat tanpa mengira parti serta fahaman politik.

Justeru, beliau menyeru seluruh rakyat untuk sama-sama meneruskan perjuangan dengan memberi sepenuh kepercayaan agar kerajaan dapat terus melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan bagi membela nasib mereka.

"Kita berjuang untuk tunaikan janji kepada rakyat. Kita teruskan pembelaan pada rakyat. Jangan gusar dan goyah kerana kita berada di landasan betul mengikut sunnah dan al-Quran.



NAJIB Tun Razak menyampaikan sumbangan Ihsan Ramadan kepada orang kurang upaya, Rohmatnor Yahya sambil diperhatikan Mohd. Nasir Ibrahim Fikri (kanan) pada majlis Berbuka Puasa Pemimpin Bersama Rakyat di pekarangan Masjid Padang Nenas, Kuala Terengganu


"Marilah kita teruskan perjuangan dan berilah kepercayaan kepada kerajaan yang berpegang pada prinsip 'Janji Ditepati'," katanya ketika berucap pada majlis Berbuka Puasa Pemimpin Bersama Rakyat yang dihadiri kira-kira 10,000 orang di pekarangan Masjid Padang Nenas .

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang; Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Muhamad Ramli Nuh.

Najib berkata, sehubungan itu, tema sambutan Hari Kemerdekaan bukan soal politik tetapi bertemakan rakyat, berlandaskan hukum, al-Quran dan sunnah.

"Ini bukan soal politik, yang penting kita orang Islam wajib tunaikan janji, tak kira pada BN ataupun 'belah sana' (pembangkang). Jangan main politik," ujarnya.

Menurut Perdana Menteri, sebagai sebuah kerajaan, BN sentiasa berdiri pada prinsip setiap janji wajib ditepati dan bukannya cakap tidak serupa bikin.

"Itulah komitmen kerajaan BN, kita bukan main politik, kita tak boleh cakap tapi tak buat," jelasnya.

Beliau mengingatkan tentang sepotong hadis tentang tiga perkara iaitu apabila bercakap dia bohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila dipercayai dia khianati.

Dalam ucapannya, Najib turut teruja dengan sambutan segenap lapisan rakyat bagi memeriahkan program berbuka puasa bersama beliau.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan ihsan Ramadan dalam bentuk jubah dan air zam-zam kepada imam serta bilal dalam Parlimen Kuala Nerus.