SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

30 May 2012

Kerajaan Pusat peruntuk RM10.4 juta bekal air bersih di Kelantan

Cekati Tembaga menulis...


PASIR PUTEH 20 Mei - Kerajaan Pusat memperuntukkan lebih RM10.4 juta untuk membekalkan air bersih kepada 4,639 penduduk di Kelantan sepanjang tahun ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata, peruntukan itu adalah yang tertinggi di Semenanjung.

"Ia dilaksanakan menerusi tiga fasa iaitu menyambung bekalan ke paip Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), pembinaan telaga tiub dan penyaluran air dari sumber bukit," katanya pada majlis penyerahan projek bekalan air di Kampung Nara di sini hari ini.

Mustapa berkata, sepanjang tahun lepas, kerajaan pusat memperuntukkan lebih RM16.5 juta bagi tujuan yang sama, melibatkan 7,868 buah rumah.

Katanya jumlah itu tidak termasuk peruntukan RM600 juta yang diberi oleh kerajaan pusat di bawah pinjaman mudah.

Beliau, bagaimanapun berkata, masalah air masih gagal ditangani oleh kerajaan negeri sehingga sekarang walaupun diberi peluang lebih 22 tahun memerintah Kelantan.

Katanya, kegagalan itu bukan sahaja menyusahkan rakyat untuk membersihkan diri, membasuh dan kegunaan minuman seharian bahkan sampai ke tahap menyukarkan urusan memandikan jenazah.

Selain itu, Mustapa berkata, terdapat juga penduduk yang menghidap penyakit apabila terpaksa menggunakan air dari perigi, sawah dan sungai yang tercemar.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan tujuh penduduk di Kampun Nara terpaksa dirawat di Hospital Tengku Anis Pasir Puteh selepas menghidap demam panas kerana dipercayai menggunakan air telaga, tahun lepas.

Katanya, masalah itu akan diatasi jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. - BERNAMA

20 May 2012

Skandal terbaru Anwar?

Cekati Tembaga menulis...


KUALA LUMPUR 19 Mei - Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab apakah hubungan beliau dengan seorang bekas pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sehingga dipercayai meminta pelajar lelaki itu mengirimkan 'gambar luar biasa' kepadanya.

Ahli Majlis Syura TIBAI, Abdul Ghani Haron yang mendedahkan perkara itu berkata, gambar dimaksudkan Ketua Pembangkang berkenaan adalah gambar lelaki itu tanpa berpakaian.

Berdasarkan maklumat kukuh yang didapati, katanya, Anwar tidak pernah mengenali lelaki berusia 20-an itu, malah, tidak juga mempunyai sebarang urusan berkaitan pekerjaan mahupun kekeluargaan, sebaliknya, sekadar mengenalinya menerusi laman sosial.

"Justeru, apakah tujuan beliau meminta gambar seperti itu? Mungkin hanya Anwar yang tahu kerana tanpa segan-silu beliau meminta lelaki itu mengirimkan gambar tidak pakai baju dan meminta supaya bekas pelajar universiti itu jangan segan-segan dengannya.

"Tetapi, yang pasti saya sanggup bersumpah bahawa Anwar sedang 'mengurat' lelaki itu sejak tahun lalu sehingga ke hari ini. Saya boleh bongkarkan siapa budak ini, anak siapa dia, pernah belajar di mana serta jurusannya," katanya kepadaMingguan Malaysia di sini hari ini.
Abdul Ghani yakin, orang ramai pastinya keliru dengan pendedahan tersebut.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa dalam kes liwatnya sebelum ini, Ketua Pembangkang tersebut masih belum menyahut cabaran sumpah laknat walaupun digesa oleh banyak pihak.

Sehubungan itu, Anwar sekali lagi dicabar untuk melakukan sumpah laknat bahawa beliau tidak pernah mengenali bekas pelajar tersebut dalam apa-apa rangkaian sekalipun.

"Saya bersedia untuk membongkarkan kisah Anwar dan pelajar lelaki berkenaan. Tetapi saya juga mahu Anwar menyahut cabaran untuk melakukan sumpah laknat menafikan pendedahan ini, jika beliau katakan ini satu lagi pembohongan.

"TIBAI akan mendedahkan perkara ini secara terbuka menerusi ceramah-ceramah kelab ini akan datang. Saya yakin, Anwar kenal siapa lelaki ini, kerana dia telah berkali-kali menghubungi bekas pelajar tersebut dalam pelbagai rangkaian telekomunikasi," katanya.

11 May 2012

UMNO komited perjuang hak seluruh rakyat

Cekati Tembaga menulis...


KUALA LUMPUR 10 Mei - UMNO komited dalam perjuangan meningkatkan kualiti hidup dan hak seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya memperjuangkan hak orang Melayu semata-mata, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, selama 66 tahun UMNO menerajui pemerintahan negara, parti itu tidak pernah sekalipun melakukan dasar mahupun pelan transformasi yang hanya memihak dan menguntungkan orang Melayu sahaja.

"Memang teras perjuangan UMNO adalah bagi memperkasakan dan mendaulatkan hak orang Melayu, tetapi jika kita lihat dari dulu hingga kini tidak ada satu pun yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk sebuah kaum sahaja, dan jika ada mengapakah kerajaan kini beriya-iya mempromosikan identiti dan budaya 1Malaysia?

"Kedai rakyat 1Malaysia (KR1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan banyak lagi dasar dan juga pemberian kerajaan kepada rakyat untuk mengurangkan beban tidak hanya menfokuskan kepada orang Melayu sahaja, maka saya anggap UMNO sehinggi kini telah terlalu banyak membantu dan menjaga kebajikan rakyat di negara ini keseluruhannya," katanya dalam program "Soal Jawab" terbitan TV3 malam tadi.

Program wawancara itu dipengerusikan oleh Datuk Johan Jaafar, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad.

Turut menjadi panel tamu pada program yang membincangkan hala tuju UMNO sempena ulang tahun ke-66 penubuhan parti itu ialah bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang.

Ditanya perbezaan UMNO pada tahun 2008 dan pada masa sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum, Ahmad Maslan berkata, kekuatan UMNO pada kali ini berada ditahap optimum yang mana ia juga melibatkan peringkat akar umbi.

"2008 dahulu kita dilanda "tsunami" ekoran lima negeri kita kalah dan terpaksa diserahkan kepada pembangkang tetapi kini atas komitmen dan gerak kerja yang saya lihat Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lakukan tidak mustahil kita mampu peroleh apa yang kita rancang untuk pilihan raya akan datang nanti.

"UMNO juga semakin matang dan ia boleh dilihat sendiri apabila presiden sendiri memohon maaf kepada anggota parti atas kesilapan dan kekhilafan pimpinan lalu yang menyebabkan kita tidak memperoleh kemenangan yang "total" semasa 2008," katanya. - BERNAMA

05 May 2012

RTC bukti Kelantan tidak dipinggir - Mustapa

Cekati Tembaga menulis...

KOTA BHARU 4 Mei — Kewujudan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan yang dibina dengan kos RM140 juta adalah bukti nyata bahawa kerajaan Pusat sama sekali tidak meminggirkan Kelantan daripada arus pembangunan.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kewujudan RTC yang turut menempatkan pejabat enam agensi kerajaan Pusat juga menafikan fitnah pembangkang terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).



"Kesemua pembinaan RTC termasuk enam buah pejabat agensi kerajaan Pusat membabitkan kos sebanyak RM250 juta dengan RTC yang paling besar sekali.

"Ini jelas mematikan fitnah pembangkang yang mengatakan Kelantan dipinggirkan sedangkan walaupun Kelantan diperintah pembangkang namun kerajaan pusat tidak pernah mengabaikan Kelantan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran RTC Kelantan di Bandar Baru Tunjong di sini hari ini.


Hasil laut antara produk yang didagangkan di RTC Kelantan, Tunjong, Kota Bharu.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, jika BN menguasai Kelantan, lebih banyak pembangunan akan dibawa oleh kerajaan Pusat.

"Bukan setakat RTC sahaja, namun masalah lain seperti air bersih dan lebuh raya juga akan dibina jika BN menguasai Kelantan," katanya sambil menambah kehadiran sebegitu ramai orang pada majlis pelancaran ini membuktikan sokongan rakyat terhadap BN sudah jauh berubah.

04 May 2012

Azmin perlu bersihkan "Aiskrimnya"

Cekati Tembaga menulis...


GUA MUSANG 4 Mei - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali perlu membersihkan namanya selepas dikaitkan dengan skandal seks selepas gambar yang dikatakan miripnya didedahkan oleh beberapa laman blog.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Azmin perlu tampil untuk memberikan penjelasan mengenai gambar-gambar tersebut.

"Itu terpulang kepada Azmin, saya tidak boleh komen apa, dia sendiri kena bela dan bersih diri dia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia peringkat Kelantan di padang Pusat Sivik di sini hari ini.

Sementara itu, Najib melahirkan rasa gembira apabila kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar yang dilaporkan diculik ditemui semula semalam.

"Saya begitu gembira sekali sebab sebelum kanak-kanak itu dibebaskan, saya sudah telefon bapanya bahawa saya sudah tugaskan pegawai saya jadi perantara di antara kerajaan, pihak polis dengan keluarga berkenaan.

"Dengan kerjasama erat ini, Nayati telah selamat dan dapat kembali kepada keluarganya, Alhamdulillah kita bersyukur perkara ini selesai," katanya.

Nayati yang dilaporkan diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke Sekolah Antarabangsa Mont Kiara pada Jumaat lalu, ditemui selamat di Restoran Jejantas Sungai Buloh di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, Kuala Lumpur.

Difahamkan, Nayati, 12, dibebaskan oleh penculiknya setelah keluarga kanak-kanak itu membayar wang tebusan berjumlah RM300,000 pada tengah hari semalam.